Kerana Tangan Perancis Layak Ke World Cup 2010

By | November 19, 2009

Aku pasti ramai sudah tahu pasukan-pasukan yang sudah pun layak ke Piala Dunia 2010. 32 pasukan sudah pun layak untuk bertarung di Piala Dunia (World Cup) 2010 di Afrika Selatan. Selepas play off semalam, aku agak sedikit kecewa kerana Rusia tidak layak. Tidaklah dapat melihat kelibat Andrei Arshavin bermain.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku adalah perlawanan play off antara Perancis vs Ireland. Pada perlawanan pertama, Perancis menang 1-0. Dan pada perlawanan ke-2 kedudukan seri 1-1 sehingga ke akhir perlawanan. Pada mulanya Ireland telah menjaringkan gol untuk menyamakan agrreget.

Kegembiraan Ireland tidak lama. William Gallas telah menyamakan kedudukan. Satu hantaran lintang dan kontrovesi daripada Thierry Henry. Thierry Henry menahan bola menggunakan tangan sebelum membuat hantaran kepada Gallas. Satu gol yang kontrovesi dan menyebabkan Irelan tersingkir dari Piala Dunia 2010.

Ini adalah satu gol yang agak kontrovesi. Seluruh rakyat Ireland pasti kecewa dengan kekalahan ini. Pada mula-mula aku pasti masing-masing memasang impian menyaksikan Ireland bermain di Piala Dunia 2010. Tetapi segalanya musnah pada minit tambahan dengan Gol Gallas ditambah pula bola terkena atau sengaja di tangan Henry. Pengadil tetap bertegas meniup wisel sebagai tanda gol kepada Perancis.

Lebih menambahkan perit lagi di hati penyokong Ireland, Hanry sendiri mengaku menggunakan tangan sebelum menghantar bola kepada Gallas. Sekali lagi Ireland terlepas ke Piala Dunia. Dan sekali lagi Perancis layak ke Piala Dunia 2010. Kita lihatlah sejauh mana Perancis di Piala Dunia tahun hadapan.

Inilah senarionya bola sepak. Penuh dengan tanda tanya dan banyak perkara-perkara yang tidak masuk akal. Ini yang menyebabkan bolasepak mempunyai penonton yang ramai di seluruh dunia. Selain bola itu bulat, tetapi tiada siapa yang boleh menjangka dengan tepat pasukan mana yang menang bila di atas padang. Lebih-lebih lagi pasukan underdog. Biasanya pasukkan ini yang sering mencuri tumpuan.  Masih ingat lagi bagaiman Perancis tewas pada Senegal di Piala Dunia 2002? Pelik tetapi menarik kan. Jadi siapa pasukan pilihan anda untuk Piala Dunia 2010?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.