Kelab Jiwa-Jiwa Juara Futsal

By | November 16, 2009

Hari Sabtu yang lalu, aku sempat bersama rakan-rakan sekerja menyertai satu pertandingan Futsal yang di anjurkan oleh HID Global Sdn. Bhd. Ini adalah julung kalinya pertandingan Futsal yang diajurkan oleh Kilang tempat aku bekerja.

Pertandingan bermula tepat jam 2 petang. Pertandingan kali ini di sertai oleh 8 pasukan lain. Kali ini pertandingan tidak terlakluk kepada jabatan atau department masing-masing. Ianya terbuka kepada semua pekerja HID Global Sdn. Bhd. Maksudnya sesiapa sahaja boleh turut serta dengan syarat 8 pemain maksimum untuk satu pasukan.

Pertandingan diadakan di Sport Prima Arena Johor Bahru. Atau nama glamournya di JB Sports Prima yang menyediakan 6 gelanggang futsal. 4 pitch berwarna biru dan 2 lagi karpet berwarna hijau. Antara nama-nama kelab yang turut serta adalah Kelab Jiwa-Jiwa, Ben10, Kaki Bangku FC, Anchoveis, Virus XXX, Flyer FC, Orang Timur FC dan B2 Team. Nama pasukan memang sembarang. Asalkan tidak lucah. Lebih-lebih lagi Kelab Jiwa-Jiwa. Nama macam jiwang kan. Tapi Power n di geruni beb. Ikut cerita Kelab Jiwa-Jiwa hingga ke hujung entri ini.

Kelab Jiwa-Jiwa di wakili oleh Nadzir(Striker), Shaffik(Semua posisi-aku laa tu), Afzan (Pertahanan kental), Zol (penjaga gawang), En Rhymee (HR Manager ni), Mahathir (Kaki lipat) dan Azri (Tukang Sorak). Memang dari awal lagi Kelab Jiwa-Jiwa di jangka untuk memang pertandingan futsal kali ini. Mengapa? Kerana hampir semua pemainnya selalu bermain futsal setiap minggu pada malam Rabu.

Ini memberikan tekanan kepada kami selaku pasukan pilihan. Namun dengan tenang kami memulakan langkah. Ye la, Puratanya inilah kali pertama kami menyertai pertansingan futsal. Walaupun pertandingan sesama rakan-rakan, kami tetap gentar dengna pasukan lain yang hebat-hebat belaka. Seolah-olah main world cup laa gamaknya.

Kelab Jiwa-Jiwa memulakan perlawanan pertama menentang Pasukan Ben10. Ben10 ini turut diwakili oelh 2 orang OKU. Haa sapa kater OKU tidak boleh main futsal. Bukan setakat tendang-tendang bola sahaja, malah mereka mampu menjaringkan gol dan berbakat. Kami tersentak bila gawang kami bolos seawal minit ke-2. Namun Afzan dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-7 .

Waktu rehat, kami agak kecewa dengan perlawanan kami. Namun kami bangkit pada perlawanan ke-2 dengan menang sehingga membawa kami ke perlawanan separuh akhir.Perlawanan separuh akhir kami bertemu dengan kumpulan Anchoveis. Satu kumpulan yang di target ke Final. Agak gentar kerana semua pemain selalu bermain futsal setiap malam rabu.  Namun berkat Fokus dan kesungguhan, yang tinggi, kami layak ke final dengan menewaskan Anchoveis 3-1.

Perlawanan akhir kami bertemu dengan pasukan Kaki Bangku FC yang menewaskan Ben10 (lihatlah budak OKU main futsal sampai semi final tu) . Satu team underdog yang tidak disangka masuk ke Final. Kaki Bangku FC semuanya adalah budak-budak Store. Siap ugut kami sebelum perlawanan bermula. Begini ayatnya ” Kalau kita orang kalah, jangan harap aku nak ship barang-barang korang”. hahahahahaha…

Namun kami tidak gentar dengan ugutan itu. Kami berlagak seakan professional. Walaupun tak professional mana pun. Perlawanan yang sungguh mendebarkan. Keputusan perlawanan memihak kepada Kelab Jiwa-Jiwa. Kelab Jiwa-Jiwa menang dengan jaringan 3-0. Akhirnya tercapai juga sasaran untuk menjadi JUARA thun 2009. Alhamdullilah. Kami semua pulang dengan Gold Medal (18 karat tu). huhuhuhuhuhu.

*** Gambar Sebenar Pertandingan Akan di Upload Kemudian.

7 thoughts on “Kelab Jiwa-Jiwa Juara Futsal

  1. ulik

    yalah…ko menang…tapi aku memang pelik…suasana malam ngan siang agak belainan…kalau main siang rasa cama kaku ah…lagi plak ornag datang tengok ramai…tu yg segan tu…hehe..tak pe..rabu ni nengok boleh menang ke idak…hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.