Kes Pembunuh Pensyarah UITM Selesai

By | November 14, 2009

Masih ingat lagi kes pembunuhan seorang pensyarah UITM tujuh tahun lalu.  Kes perbicaraan ini berlangsung selama 7 tahun lebih apabila mayat Pensyarah UITM Bakarudin Busu ditemui dalam keadaan mayatnya di bakar sekitar awal 2002.

Semalam Hakim Datuk Muhammad Ideres Muhammad Rapee memjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 2 daripada 3 tertuduh. Hakim menjatuhkan hukuman Gantung Sampai mati kepada Sulkarnain Alias 32 seorang eksekutif dan Noorman Abdul Wahab 31 seorang pekerja kilang. Manakala hukuman kepada tertuduh ketiga Azizul Azwal Mohamad Jailani 26 tahun ditangguhkan untuk menunggu laporan akhlak 11 Disember 2009.

Pihak pembelaan gagal untuk membuktikan segala sebarang keraguan yang munasabah. Seramai 30 orang saksi dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk bekas teman wanita Sulkarnain yang pada awalnya dinamakan juga sebagai tertuduh.

Suasana hiba menyelubungi ruang mahkamah terutama kepada ahli keluarga tertuduh. Namum apa yang boleh lagi dikatakan, segalanya sudah pun di putuskan. Sementara itu bapa arwah Bakaruddin menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai balasan Allah kepada tertuduh atas kekejaman yang dilakukan.

Ketika di tanya oleh wartawan Metro Harian adakah dia bersedia untuk memaafkan tertuduh. Ini jawapannya “Saya tiada sebab untuk memaafkan mereka yang sudah terbukti membunuh anak saya”. Tambahnya lagi semenjak kematian anaknya, kehidupan mereka suami isteri berubah sama sekali. Isterinya sering menangis setiap hari yang menyebabkan kesihatannya terjejas. Walupunt Bakarudin sudah lama pergi, tetapi perasaan sedih seperti baru semalam Bakarudin pergi.

Semasa aku menulis entri ini, seakan ingin menitiskan air mata. Sebab aku mengenangkan jika itu berlaku pada keluarga aku. Bagaimana rasanya? Entri ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah keluarga tertuduh, tetapi sekadar untuk menyedarkan pengunjung blog ini supaya mengambil pengajara dari apa yang berlaku. Janganlah kita menjatuhkan hukuman sesuka hati. Sentiasa kuatkan iman supaya segala tindakan kita tidak menjangkaui batasan undang-undang. Sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang diberikan Tuhan. Beringatlah, segala yang datang dari NYA, sudah pasti ada musibah disebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.