Semalam aku sempat meluangkan masa bersama isteri dan anak aku jalan-jalan di sekitar JB. Balik sahaja dari kampung aku pusing-pusing sekitar JB. Isteri nak ke Plaza Angsana Johor Bahru. Apa yang di cari pun aku tak tau. Tak apa, janji aku bawa dia dan anak ke sana.
Lepas ke Angsana, perut mula terasa lapar dan tekak pun kehausan. Aku tanya Isteri, nak makan di makan. Atau bahasa yang mudah dan biasa aku gunakan, “nak ngeteh kat mana nie?”. Maksudnya nak lepak minum atau makan di mana. Isteri aku tak kisah. Tiada pilihan khusus untuk tempat makan yang hendak di tuju.
Dia tak kisah asalkan sebelum makan atau minum tu, dia nak singgah ke AVON. Biasalah orang perempuan kan. Setelah aku parking di sebelah AVON Bandar Baru Uda, aku lepak sahaja di dalam kereta. Isteri aku seornag yang turun menuju ke Pejabat AVON. Memang kebiasaannya aku tak turun kereta. Memang tak masuk kat jiwa la pergi ke tempat-tempat kosmetik ni.
Sambil melayan kerenah anak aku di dalam kereta, aku ternampak satu kedai makan yang sempoi. Simple dan bersih. Nama kedai itu Chamek Kopitiam. Entah kenapa, kedai itu seakan memanggil aku untuk lepak minum di sana. Setelah Isteri aku habis membeli-belah di AVON, aku terus mengajaknya kesana.
Isteri aku bertanyakan satu soalan, ” Sedap ke bang makanan dan minuman di Chamek Kopitiam” . Dengan confident aku jawab, sedap ni. Roti bakar dia memang sedap. Sebabnya kalau tak silap member aku pernah ajak lepak Chamek Kopitiam di Kompleks Pasir Gudang seawal bulan Januari 2009.
Dengan tidak melengahkan masa lagi, aku mendokong anak dan membawa Isteri aku masuk ke dalam Chamek Kopitiam. Kedai seberang jalan bersebelahan AVON Bandar Baru Uda (BBU). Aku order teh tarik dan Roti Kawen. Manakala Isteri aku mencuba Fresh Orange dan Roti Pattaya. Uik tak pernah pulak aku dengar Roti Pattaya. Budak yang mengambil order menerangkan kepada kami, Roti Pattaya adalah Roti yang di salut dengan Telur. Ianya adalah menu Istimewa di Chamek Kopitiam. Banyak lagi menu yang disediakan seperti Ubi Rebus Sambal Ikan Masin, Telur Ayam Kampung 1/2 masak, Kuew Teow Goreng (Udang & Kerang), Char Kuew Teow dan macam- macam lagi.
Setelah 5 minit menunggu, semua hidangan kami sampai. Memang tak salah pilihan kami untuk tempat mengeteh petang semalam. Roti Pattaya tu memang sedap. Aku sempat merasa sepotong dua dari pinggan Isteri aku. Memang best. Sedap, sedap dan sedap. Sampai licin pinggan Isteri aku. Jarang juga dia menghabiskan makanan yang di ordernya. Tapi Roti Pattaya di Chamek Kopitiam mampu membuat seleranya terbuka dan boleh menghabiskan makanannya petang semalam.
Jika diberikan peluang, aku berikan kedai ini 4 bintang, Dari segi layanan, kebersihan dan keenakkan Chamek Kopitiam memang best. Jadi mungkin selepas ini aku akan ke sana lagi. Insyallah. Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar Chamek Kopitiam, boleh lah mencuba makanan-makanan di sana. Yang aku tahu, terdapat 2 cawangan di Johor Bahru. Satu Chamek Kopitiam di BBU (Bandar Baru Uda) dan satu lagi di Komplek Pasir Gudang Johor. Kalau tak silap Tingkat satu berdekatan dengan tempat letak kereta. Selamat mencuba dan menjamu selera di Chamek Kopitiam.
masalah kalau nak makan… kedai yang kita tak pasti sedap ke tidak…sebab dah makan mana boleh kita cakap
tak nak lah…terus belah
sedap tak sedap kena bayat, jugakan…
boleh la aku gi dating kat sn nnt… hehehehe
eh aper salah nyer..tempat pun open..tak der hal punyer..
PASTI aku akan datang ke sini!!! Bukan dekat dengan gerai Jmabu ke Fik? Kihkhihkhihh
Memang betul boy. Gerai ko tu kat depan Osman kan…Chamek ni belakang kedai tayar tu..
wei lepas ni ko promote kat kedai makan area seri austin…aku lupa la nama kedai tu..dia baru bukak dalam seminggu 2..ala sebelahnya balai polis Seri Austin..cara beb…kalau nak g calling2 aku…haha
Ulik yer ker…aper makanan special kat saner..wah baguih nie..
thanks bro shaffik atas n3 pasal Chamek Kopitiam. sapa lagi yang nak tlg org melayu klu bkn org melayu sendiri. org melayu dah lama menolong biz bangsa asing w/pun status HALALnya diragui…
Sama-sama. Saya hanya bercerita pengalaman yang berharga di Chamek Kopitiam. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudab Kopitiam yang di usahakan oleh orang melayu.
bro cawangan kat kl / selangor ada tak? kalau ada tlg specify dia punya tempat bro. gua teringinlah nak try nasi pattaya tu, ops roti pattaya. hehehe
Itu aku tak pasti pulak.
Tapi sekarang ni kat JB dah banyak dah..yang latest sekali kat Setia Tropika…sebelah highway kempas menghala ke arah selatan.
atan – ada dkt TTDI Jaya. baru bukak bulan 12/2009. gi lah cuba roti pattaya tu & jgn lupa kopi ais Chamek. mmg marvelous…
Saya ingin nak tahu….berapakah modal yg perlu ada kalau sy nak jd franchise chamek kopitiam?saya nak buka kat miri,sarawak….kalau sy nak labur dlm $100K….cukup tak?Perancangan sy nak jadi franchise ini dalam penghujung tahun 2011….& awal tahun 2012.Boleh tak you sentkan proposal kat email saya….Saya minat sangat nak tahu semuanya tentang nak jadi franchise ni.Thanks You.Wslm…
[email protected] (emailkan kepada saya proposal Chamek Kopitiam…ok?Bye…
Nuraisah. Boleh tanya kepada orang yang lebih tahu pasal perniagaan ini. ini email dia [email protected]…
Cuba tanya dia untuk maklumat lanjut…
salam bro… blh x sy belajar buat kopi..apa jenis kopi?sdp la kopi nya.
Green, Awak boleh email terus kepada orang ini : [email protected]. Dia tahu info tentang chamek kopitiam ni. Saya hanya pelanggan biasa sahaja.
chamek dkat sini agak lambat laa
ade test jugak
but saye rase lagi better chamek dkat setia tropika dgn dkat johor port
lagi sedapp,
Dekat Johor Port pun ada juga ye..kalau tak silap, chamek kat setia tropika pun sampai petang sahaja. Malam dah tutup. Tak tau laa kenapa.
Dekat prlangi leisure mall pun ada….dekat dalam giant….makanan die murah….nak gak jadi franchaize ni
Hi shaffik….ada satu branch kat seri alam tapi tutup entah kenapa. anyway saya suka makan yg basic macam roti ngan kopi. .hmm menarik entri2 website shaffik nanti shaffik singgah la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan….makan hehe…dan jangan lupa register follower yer maklum la blog baru nih sunyi je TQ TQ TQ