Memang Perit Untuk Di Tanggung.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Hari ini barulah aku dapat kembali menulis blog kesayangan aku. Bermula dari hari Sabtu lepas 5 blog aku tidak dapat dibuka. Bukan kerana masalah Internet atau Broadband tetapi masalah hosting. Menurut pengendali hosting aku, mereka membuat sedikit penyelengaraan di hujung minggu lalu.

Aku bukan sahaja tidak boleh masuk menjenguk 5 blog aku malah aku juga tidak berpeluanng untuk mengupdate atu membalas segala komen-komen yang pengunjung berikan ke atas blog aku. Inilah satu penyiksaan yang paling perit aku hadapai setelah menjadi blogger ni.

Hidup tidak menjadi keruan apabila melihat tiada traffik yang masuk di kota windows Google Analytic aku. Kecewa rasenya seperti rasa nak tukar sahaja hosting. Malah ader juga rakan-rakan pelawat menelefon dan SMS bertanyakan hal Shaffik.com. Mengapa tidak boleh buka, Mengapa mesej “Page cannot be display” di paparan LCD atau monitor dia orang di sana.

Aku sungguh terharu. Tetapi apa yang boleh di lakukan, hanyalah menerangkan perkara yang berlaku sebenarnya dan berdoa agar segalanya kembali sediakala. Pada petang Isnin, pihak penyedia hosting menghantar email kepada semua pelanggannya, menyatakan bahawa segala kerja-kerja pengelengaraan suda selesai. Namun 3 blog aku masuk tidak boleh di akses.

Wah memang bertambah keruan dan mula timbul perasaan ingin marah. Rupa-rupanya aku seorang sahaja yang mengalami masalah untuk akses. Lebih menimbulkan kerisauan adalah, advertiser bertanyakan status blog aku. Mengapa mereka tidak boleh akses, dan aku tidak dapat membuat satu job di blog yang bernilai $35. Nasib baik due datenya adalah 31/10/2009.Mungkin pada kamu semua tidak banyak. Tetapi bagi aku itu sesuatu yang amat berharga.

Segalanya kembali pulih pada sekitar jam 5.15PM hari ini. Semua blog aku boleh di akses seperti biasa. Semua database dan setting untuk semua blog aku berada dalam keadaan baik. Terima Kasih aku ucapkan kepada krew Rawanaz Studio yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah hosting aku. Maaf mungkin kerenah aku yang sering bertanyakan status membuatkan mereka kurang selesa. Tetapi sebagai pelanggan aku ada hak bertanyakan hal itu kepada mereka kan.

Sekarang aku sudah boleh membuat kerja-kerja blogging seperti biasa. Pengalaman ini amat bermakna untk aku. Memang perit. Tetapi inilah hakikatnya bila menjadi seorang blogger. Masalah Internet Connection dan Hosting amatlah perit untuk di tanggung. Apatah lagi jika sering berurusan dengan advertiser.  Memang tidak keruan jadinya. Fikiran sering bertanya, bilakah segalanya akan pulih. Bilakah aku boleh berblogging semula. Alhamdullilah semuanya selamat. Aku boleh Blogging Seperti Biasa…..huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Celcom Broadband Masalah Ke?
  • Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?
  • Selamat Tinggal Rawanaz.
  • Tahun Baru Cina Yang Menguji Kesabaran
  • Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.
  • RM647.50 hanya 10 minit sahaja.
  • Semakin Hari Semakin Indah
  • Setahun bersama Blog.
  • Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka
  • Lamanya tidak menulis

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

20 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Ezad says:

    huhu..boleh la belanja ngeteh..kih3

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Boleh bro..takder hal punyer..

    [Balas Komen]

  2. Fatin Pauzi says:

    Da agak. Mesti hosting cap nni yang bermasalah. Blog saya yang pakai hosting die orang pun, hidup segan mati tak mahu. Tension. Selalu je tak dapat bukak.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa pasal…tgk laa kalau ada hati nak renew..mungkin mencari alternatif lain

    [Balas Komen]

  3. en_me says:

    lega kannns.. ehehe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ermm..Memang lega rasernya bila semua kembali bernyawa.

    [Balas Komen]

  4. Bese la tu fik. Dugaan blogger. Yang penting semangat!!!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Boy memang dugaan..sampaikan boleh menganggu emosi…

    [Balas Komen]

  5. al-lavendari says:

    memang frust kan ? sabor je lah. t.kasih kerana mengunjungi blog saya buat kali pertama.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Frust tu memang frust..bila dah jadi blogger..inilah perkara yang paling perit untuk di hadapi..

    [Balas Komen]

  6. haritz says:

    kekadang kena jugak

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa pasal. tapi kali ni dekat 4 hari..tu yang perit tu..

    [Balas Komen]

  7. nuaeman says:

    Aku dulu blog nuaeman tu sampai seminggu tak boleh bukak.. hampir meroyan jadinya.. huh

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    ko seminggu dah meroyan..aku ni baru 4 hari dah tak tentu hala dah..

    [Balas Komen]

  8. Fahdi says:

    assalamualaikum shaffik.

    ini kali pertama saya berkunjung ke blog ini.
    memang benar hebat. lihat sahaja komennya. berbelas2 setiap kali post.pasti sudah ada pengikut setia. masakan tidak, blog tidak dapat di aksas, ada orang akan “ambil tahu”.

    Benar shaffik,
    saya juga menghadapi masalah yg sama setahun yang lalu
    Sebelum ini saya menggukan hosting dari malaysia (pada awal menceburi bidang blogging).

    namun hasil agak kurang memuakan.
    Dengan support dan downtime yang terlalu mengecewakan
    saya bertukar ke hosting antarabangsa.

    Walaupun agak mahal
    tetapi kualiti dan support amat bagus.
    saya amat mengeshorkannya.

    apa pun shafik,
    jangan berputus asa.
    ini semua adalah cabaran. semoga tabah!
    ada lagi yang akan di hadapi. mungkin lagi susah.

    salam persahabatan

    assalamualaikum

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    itu lah yang sedang saya fikirkan sekarang..tgklah macam maner nanti..

    [Balas Komen]

  9. Kujie says:

    jom lah ikut kak jie..lepak kat serverfreak..

    hehehe….

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Kak jie : serverfreak tu ok ker? dah baper lamer kak jie pakai hosting deorang? Malaysian or Overseas?

    [Balas Komen]

  10. titan says:

    aku harap rawanaz akan cuba buat yang terbaik untuk semua pelanggannya. Dah lama ke pakai rawanaz nih?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    dah hampir setahun..bulan 12 ni kena renew..tgklah macam maner..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge