Bersediakah Kita Menjadi Survival?

Survival mungkin satu perkataan baru bagi anda atau kita semua. Ini bukan survival si dalam hutan. Tetapi Survival dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia dan rakyat Malaysia. Suvival dengan bahasa yang mudah di fahami bermaksud melakukan segala perkara dengan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Aku terpanggil untuk menulis entri kali ini rentetan daripada laungan 1 Malaysia yang kini menjadi bualan dan sebutan di setiap bibir rakyat Malaysia.

Apa yang aku faham, konsep 1 Malaysia yang akan memberikan satu impak yang besar di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Semangat perpaduan antara kaum juga menjadi tunjang kepada kejayaan 1 Malaysia. Lebih tepat boleh aku kata 1 Malaysia adalah keadilan kepada semua kaum di Malaysia.

Jika dahulu sebagai seorang melayu mungkin mendapatkan hak yang lebih istimewa daripada rakan-rakan kaum yang lain. Mungkin selama ini bangsa melayu menerima segala keselesaan sebagai rakyat Malaysia. Beranding dengan kaum-kaum yang lain. Apa yang di nikmati oleh bangsa melayu mungkin tidak dapat diperolehi oleh kaum-kaum lagi. Maksudnya keistimewaan diberikan lebih untuk bangsa melayu.

Dengan ada Gagasan 1 Malaysia,  Perdana Menteri mahukan semua rakyat Malaysia bangun, berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia. Ini adalah maksud yang tepat untuk Gagasan 1 Malaysia.  Bangsa Malaysia menjurus kepada semua rakyat Malaysia. Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.  Jika semua perhatikan, Perdana Menteri mahukan kita semua hidup secara survival. Berdikari atas kaki sendiri.

Aku sedikit gusar jika kaum melayu tidak bersedia untuk menghadapi gelombang 1 Malaysia. Jika di fikir-fikirkan banyak perkara-perkara yang perlu di fikirkan di sebalik Gagasan 1 Malaysia. Jika dahulu kaum-kaum lain menjadi survival apabila hidup di bumi Malaysia. Sedangkan bangsa melayu mendapat sedikit keistimewaan dari kaum lain. Segala-galanya mendapat bantuan daripada kerajaan. Tetapi jika di perhatikan mereka semua mendapat kesenangan dan keselesaan pada masa sekarang kerana mereka survival.  Kerana mereka berfikir, jika tidak survival mereka akan hidup susah di masa hadapan. Tidak ramai bangsa melayu yang berfikir seperti mereka bukan. Sebabnya bangsa melayu sudah sebati dengan bantuan..

Jika bercerita pada survival, aku tertarik dengan beberapa bangsa yang sememangnya hidup dengan survival. Contoh yang paling tepat adalah Rakyat Jepun. Bagaimana dasar tutup pintu yang di amalkan suatu ketika dahulu di Jepun. Dengan cara inilah Jepun mencipta kejayaan yang gemilang. Segalanya bertitik tolakkan dengan hidup secara survival. Mereka maju atas diri sendiri. Segala teknologi yang ada di Jepun atas usaha rakyatnya sendiri.

Kini dengan gagasan 1 Malaysia  terdetik di hati aku, bersediakan bangsa-bangsaku untuk survival? Bersediakah kita untuk menghadapi cabaran-cabaran dan liku-liku kehidupan yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang. Hidup atas usah diri sendiri, berdikari,  tidak memerlukan bantuan kerajaan, tanpa bantuan dan segala-galanya atas usaha diri sendiri. Inilah yang meresahkan aku apabila Perdana Menteri melancarkan gagasan 1 Malaysia.

Bukan aku tidak menyokong Gagasan 1 Malaysia. Bagi aku ia adalah satu langkah yang bijak. Untuk memantapkan modal insan yang berkualiti di samping menjaga perpaduan seluruh kaum. Tetapi aku masih gusar agar bangsa melayu yang selama ini menerima bantuan penuh dari kerajaan tidak bersedia untuk menjadi survival. Bagaimana selama ini ada di kalangan bangsa kita yang sering mengharapkan bantuan kerajaan? Adakah kita semua cukup kuat untuk menjadi survival? Fikir-fikirkan lah…

Tiada niat untuk aku mengutuk dan menjatuhkan bangsa sendiri. Niat aku hanya untuk menyedarkan semua bangsa melayu agar lebih bersedia. Sebagai bangsa melayu, aku menyeru kepada semua agar kita mengubah sedikit demi sedikit untuk lebih independent. Bermaksud, jangan terlalu mengharapkan bantuan dari orang lain. Berusahalah kita untuk lebih survival. Jika kita semua bangun, berdiri dan sentiasa berfikir untuk memajukan diri dan keluarga, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang akan datang.  Ingatlah kita semua mesti mahukan kehidupan akan datang lebih baik dari kehidupan sekarang. Berusahalah untuk mencapainya dan tanamkan dalam hati naluri kita bahawa aku bukan bangsa yang lemah. Aku bukan bangsa sentiasa mengharapkan bantuan. Selalu berfikiran positif bahawa kita juga bangsa yang bagus. Kita juga boleh berdikari dan SURVIVAL seperti orang-orang lain.

Share it now!

Tagged: , , ,

Komen: 10

  1. boy_bersahaje October 22, 2009 at 7:39 pm Reply

    Baru aku sedar bahawa 1Malaysia adalah mendidik rakyat menjadi survive. Payah. Tapi memang terpaksa! Ada pro and kontra di situ. Nice entri bro!

    • Shaffik October 22, 2009 at 9:45 pm Reply

      Betul terpaksa..tapi ada baiknya jugak kan..

  2. aktechpage.com October 22, 2009 at 8:08 pm Reply

    Insya Allah, jika kita bersatu padu, saling memahami dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Kita bole SURVIVE…

    • Shaffik October 22, 2009 at 9:46 pm Reply

      Insyallah..kita semua boleh lakukan…

  3. aktechpage.com October 22, 2009 at 8:09 pm Reply

    Insya Allah, jika kita bersatu padu, saling bertolak ansur dan saling membantu. Kita boleh SURVIVE

  4. syin October 27, 2009 at 5:01 am Reply

    aku ingat survival fear factor tadi…ngehh..ngehh..

    • Shaffik October 28, 2009 at 8:45 am Reply

      Itu survivor kat TV tu lain.Ini berkenaan dengan kehidupan kita. Huhuhu

  5. ulik October 28, 2009 at 4:57 pm Reply

    Survival di tanah tumpah negara sendiri…
    Setiap apa yang kita lakukan mesti ada pro ngan kontra nya..
    jika kita tabah dan bersedia menghadapinya,rasanya insyaallah tak de masalah…lagi plak dengan ada nya 1malaysia,hubungan antara kaum makin rapat..

    cuba tgk contoh seperti di Amerika…
    berapa lama orang kulit hitam dapat “berdiri sama tinggi” dengan orang kulit putih?…

    Jadi renung2kan..

    • Shaffik October 29, 2009 at 8:46 am Reply

      Betul tu.Jika kita lebih bersedia untuk menjadi survival, ianya menjadi kebiasaan dan lebih mudah. Thanks ulik for the nice comment.

  6. yatts October 25, 2011 at 11:32 am Reply

    entry ni baekk! really loves dis topic n salut la pd saudara shaffik yg brani outloud camni..
    kari kalau letak bnyk sgt santan..mmm lemak sgt..muak gak mkn..canggitu la ngn subsidi..fikir laa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge