Hujung minggu lepas aku sempat menyertai Seminar Smart Blogging 2009 bersama Rohaizad di UTM JB. Sekali lagi aku diberikan kesempatan untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih Ijat. Lebih kurang 25 orang peserta yang hadir. Ada yang dari JB, KL, Perlis, Pahang, Perak dan mereta Malaysia. Nampaknya Seminar Smart Blogging semakin mendapat sambutan di kalangan pengiat Usahawan Internet. Laporan Penuh..
Di sepanjang Seminar semua peserta tekun mendegar celoteh Ijat. Semua berkobar-kobar untuk mula dan menceburkan diri dalam dunia blogging. Semasa break pagi, tengahari dan petang aku sempat berbual-bual dengan peserta yang hadir. Macam-macam soalan yang di tanya. Alhamdullilah semua dapat dijawab.
Dalam banyak-banyak perbualan aku dan peserta aku sering mengingatkan mereka satu benda. Smart blogging yang di kendalikan oleh Ijat kebanyakkannya menggunakan Bahasa Inggeris. Ini yang kadang-kala melemahkan semangat orang-orang melayu kita untuk menceburkan diri di dunia blogging. Ada juga yang terdetik di hati “alamk kena bahasa inggeris ker”.
Dunia blogging bukanlah wajid menggunakan Bahasa Inggeris, bahasa melayu pun boleh. Tetapi demand yang tinggi datangnya dari orang yang bukan bangsa melayu. Dahulu agak sukar untuk aku memulakan blog berbahasa Inggeris. Tetapi Ijat lah orang yang bertanggungjawab memberikan jalan bagaimana untuk maju dalam Bahasa Inggeris. Tak laa kata mudah sangat dan tak laa susah sangat.
Tetapi bila berblogging dalam bahasa inggeris sedikit sebanyak membantu aku menajamkan lagi penulisan di dalam bahasa inggeris. Maklumlaa dulu Bahasa Inggeris pun tak kredit masa SPM. Tetapi itu semu bukanlah halangan kepada aku untuk berkecipung dalam Bahasa Inggeris. Mengapa perlu takut? Mengapa takut untuk belajar, menulis dan berbicara dengan Bahasa Inggeris.
Bukan nak meninggalkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu memang bahasa ibunda. Itu memang tak boleh di tinggalkan. Jika boleh memahami bahasa Inggeris, tidak itu lebih elok. Aku sempat menasihatkan kepada semua perserta, tidak boleh berbahasa Inggeris bukan satu halangan yang besar. Bukanlah ianya satu perkara yang boleh memeningkan kepala semua. Tetapi pucuk pangkal nak atau tidak untuk belajar menjana wang dengan lebih pintar (smart) di dunia blogging. Itu sahaja. Jika hati sudah mengatakan nak buat, segala masalah-masalah lain boleh diatasi dengan lebih berhemah. Mengapa? Sebab jalan dah pun terbuka luas, ikutilah jalan yang di tunjukkan sebaik mungkin. Insyallah kita semua akan sampai kehujungnya.
Entri Secara Rawak
Tags: Bahasa Inggeris, Seminar Smart Blogging







October 20th, 2009 at 10:58 am
naik bulu roma aku bila baca artikel ko nih Shaffik. ia mengingatkan aku pada zaman aku nak mula cari peluang dalam dunia blogging.
Syukur aku dapat kawan macam ko dan bangga betul dapat rakan blogger baru di seminar yang lepas. Aku percaya semuanya boleh buat sebab nampak betul komitmen masing-masing.
Apa pun, CUBA dulu, BARU tau. Salam blogging!
p/s: motivasi sungguh entri kali ini.. best!!!!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 20th, 2009 at 11:11 am
Ya betull..aku memang mengingat kawan2 semua mengenai perkara ini..yang penting Cuba dulu…
[Balas Komen]
October 20th, 2009 at 12:30 pm
Aku akan terus berjuang dalam arena blogging nih!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 20th, 2009 at 3:36 pm
Terus…jgn berhenti…besar potensinya…
[Balas Komen]
October 20th, 2009 at 12:32 pm
seminar² mcm ni mmg bagus untuk diadakan..rmai yang mahu berblog tp tidak tahu caranya dan ada yg nk buat blog bahasa inggeris pn xtahu pe yg nk ditulisnya..
klu la aku tau de program ni mmg nk gk aku ikut..tp xde yg bgtau..hehe
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 20th, 2009 at 4:32 pm
skang dah tau ada kan..so tunggu jer Rohaizad buat seminar lagi.
[Balas Komen]
October 20th, 2009 at 7:03 pm
Haha. I think the content of a blog’s much important than what language are u using.
But, Different language , different readers.
Depends on to whom ur blog is written
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 20th, 2009 at 11:11 pm
Yes Tony, I agree with you. As long as entry is attractive rite. Anyway, thanks for visiting my site. Thanks.
[Balas Komen]
October 20th, 2009 at 8:09 pm
hehehe. menarik betul korang semua. dapat jumpa selalu. hehehe. semoga rezeki bertambah
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 20th, 2009 at 11:06 pm
Insyallah..ko tu biler lagi nak join kiteorang..? Kalau turun JB call aku yer..
[Balas Komen]
October 20th, 2009 at 11:19 pm
aku pun dulu seram bila dengar kene tulis post dalam BI tapi ijad dah menunjukkan jalan kepada semua peserta seminarnya..maka terhasillah otai blogger baru seperti shaffik, nuaeman, boy dan beberapa ramai lagi di luar sana. Mereka juga lemah BI seperti anda pada asalanya, saya pun gitu jugak tapi ianya bukan penghalang tetap untuk kita terus maju dalam bidang ni
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 21st, 2009 at 9:34 am
Jangan laa panggil Otai..kita sama jer…nasib baik Ijat membuka jalan…Alhamdullilah..
[Balas Komen]
October 21st, 2009 at 12:05 am
Fik, mane gambar bebanyak. x saba tol aku nk lihat. Kihkihkih
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 21st, 2009 at 9:27 am
Memory kad pd ijat..mungkin lambat sikit ko die nak update..Ader Job?
[Balas Komen]
October 21st, 2009 at 9:26 am
Tahniah & Syabas….
Bestnya tgk…insya allah…kalo buat kt KL….confirm sertai seminar smart blogging ni…dapat jumpa bro shaffik…mcm artis gitu…
Cuma skrg ni masa sgt terhad kerana komitmen kpd kerjaya…Amanah kerja perlu di dahulukan, blogging tetap my 2nd job…heheheh
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 21st, 2009 at 9:28 am
Kalau Ijat ader buat di KL..Insyallah aku naik ke sana…tgk permintaan macam mane…
[Balas Komen]
October 22nd, 2009 at 8:05 pm
salam…
general info mana2 pun boleh dpt, macam buah fikiran je ni.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 22nd, 2009 at 11:02 pm
Apa maksud komen awak ni? Boleh terangkan dengan lebih detail tak?
[Balas Komen]
November 18th, 2009 at 4:33 pm
Salam bro shaffik,
mcmne sy nk dapatkan gambar masa amik sijil?
hehe sy xde la gmba tu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 20th, 2009 at 9:18 am
Bro nanti saya mintakkan dengan Ijat. Saya punyer memory card pun pada Ijat..
[Balas Komen]
Miziology Reply:
November 20th, 2009 at 10:41 am
ok bro.. t pepe bgtau la kt forum
[Balas Komen]