Isma Halil Kembali Ke Udara

By | October 16, 2009

Masih ingat lagi tak dengan DJ Isma Halil. Aku adalah salah seorang daripada peminat Isma Halil. Aku rasa ramai yang merindukan suara DJ ini. Kali terakhir Isma Halil ke udara kira-kira 3/4 tahun lalu kalau tak silap. Station radio yang terakhir aku mendengar suara Isma Halil sewaktu dia bertugas di THR.

Aku follow Isma Halil sejak dia mengendalikan Rancangan Rock di Red FM. Selepas itu dia berhijrah ker THR, aku lebih meminati Isma Halil. Mengapa? Kerana bila mendengar celoteh Isma Halil, aku rase seronok. Segala celotehnya berunsurkan nasihat dan kelakar.

THR.fm dahulu adalah peneman aku semasa masuk tidur. Ketika itu Isma Halil mengendalikan satu slot Rockarena dan Kisah seram. Memang pecah perut. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur di buatnya. Isma Halil memang bijak menarik ramai pendengar mendengar slot yang dikendalikannya. Baik remaja, anak-anak, orang dewasa dan juga orang-orang yang sudah berumur. Memang penuh dengan gelak ketawa dan nasihat di hujung slotnya.

Aku pernah menerbitkan satu entri tentang Halim Othman. Di hujung entri aku bertanyakan satu soalan mengenai Isma Halil. Semalam aku menerima satu khabar berita yang menyatakan Isma Halil kembali ke udara. Dia mengendalikan Slot Gegar di waktu petang bermula 3.00 – 8.00 malam. Aku mengesahkannya lagi dengan membuka THR Gegar Permata Pantai Timur sewaktu pulang dari kerja semalam.

Memang benar. Itu adalah suara Isma Halil. Celotehnya masih sama. Gelak ketawanya masih sama. masih semoat untuk bergurau dengan pemanggil. Inilah yang aku rindukan. Semalam terubat kembali. Namun slot yang dikendalikan lebih rileks sikit. Kalau dulu, Isma Halil memang sinonim dengan slot rocknya. Slot kisah seramnya. Satu perkataan yang masih sinonim dengan Isma Halil “Because your are MY Frennnnnn”. Masih terngiang-ngiang lagi perkatan tu di telinga aku. Lagi satu lagu yang sinonim dengan Isma Halil Hamzah adalah lau minah kilang. Lama tak dengar.

Sampaikan ada satu ketika, Isma Halil hanya memerlukan pemanggil perempuan sahaja. Mengapa? Kerana tajuk untuk slot hari itu memang di tujukan untuk wanita atau perempuan. Semua pendengar lelaki respect dan ketika itu hanya pemanggil wanita sahaja yang ke udara.

Inilah kelebihan Isma Halil. Walaupun ramai peminatnya lelaki, tetapi bila permintaannya hanya wanita. Pendengar semua akur.  Aku pasti ramai peminat masih menantikan Isma Halil untuk ke udara. Sampaikan ada satu tajuk di Facebook mencadangkan agar Isma Halil diterima di Sinar.FM. Betapa besarnya pengaruh Isma Halil.

Tetapi aku tak pasti sampai bila die berada di THR Gegar Permata Pantai Timur.  Anda boleh mendengar melalui ASTRO siaran 863. Harap kali ini Isma Halil kekal di THR FM. Jangan berhenti dan menyepikan diri lagi ya. Aku rindu dengan kisah seramnya, rockarenanya dan gelak ketawanya. Aku pasti ramai peminatnya ternanti-nanti kemunculanya di udara.

11 thoughts on “Isma Halil Kembali Ke Udara

  1. sunawan

    dahulu saya suka mendengar THR di waktu malam terutama ketika di kereta dalam perjalanan jauh. Hilang mengantuk dan segar dalam perjalanan bila mendengar celoteh Isma Halil. Selepas dia hilang, hilanglah seleraku pada THR.

    Reply
    1. Shaffik

      Tu laa pasal. Semenjak Isma Halil bla dari THR. Aku pun tak bukak THR lagi. Labih2 lagi sekarang kat JB THR sudah menjadi THR Raaga.

      Reply
  2. Amirez

    teringat kembali zaman belajar dulu..
    tatkala 2, 3 pagi, suara Isma Halil Hamzah jadi peneman baca buku…
    rindu zaman rockarenanya…
    rindu zaman kisah seramnya…
    harap2 segmen gemilangnya dulu akan wujud semula

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu laa pasal…Dialah penyeri di malam hari. Setiap percakapan mempunyai maksud yang mendalam…

      Reply
  3. Mr. Bak

    Aku follow Bro Isma semenjak 1997, masa tu dia di Radio Muzik. Mmg superb, dia online 12tghmlm smpi 6pagi. kul 3 pagi mcm biasa kisah seram. bila dia di THR, sempat gak follow. harap dia akan ke Sinar.FM utk segmen malam. Janji Rock!!!

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Aku pula follow semenjak dia kat RedFM lagi. Masa tu petang. Lepas tu dia ke THR. Memang best. Kisah seram tu selalu mengingatkan aku pada teletah Isma Halil…

      Reply
    2. Amirez

      masa dia kat Radio Muzik pun aku selalu follow.
      dengar guna walkman masa tu sambil tido.
      pagi esoknya bateri dah habis hehe

      Reply
  4. Syamsudin

    Bang Isma Live selalu agak malam, standby je pade jam2 malam, jam 23, 24 malam, Insya Allah selalu die start onair pade jam segitu, dengarkan hanya di radio streaming internet http://www.bapakku.fm

    Reply
  5. Nmn md noor

    Tp skrg ni sapa tahu dj ismahalil hamzah brada d BAPAKKU FM…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge