Masih ingat lagi tak dengan DJ Isma Halil. Aku adalah salah seorang daripada peminat Isma Halil. Aku rasa ramai yang merindukan suara DJ ini. Kali terakhir Isma Halil ke udara kira-kira 3/4 tahun lalu kalau tak silap. Station radio yang terakhir aku mendengar suara Isma Halil sewaktu dia bertugas di THR.
Aku follow Isma Halil sejak dia mengendalikan Rancangan Rock di Red FM. Selepas itu dia berhijrah ker THR, aku lebih meminati Isma Halil. Mengapa? Kerana bila mendengar celoteh Isma Halil, aku rase seronok. Segala celotehnya berunsurkan nasihat dan kelakar.
THR.fm dahulu adalah peneman aku semasa masuk tidur. Ketika itu Isma Halil mengendalikan satu slot Rockarena dan Kisah seram. Memang pecah perut. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur di buatnya. Isma Halil memang bijak menarik ramai pendengar mendengar slot yang dikendalikannya. Baik remaja, anak-anak, orang dewasa dan juga orang-orang yang sudah berumur. Memang penuh dengan gelak ketawa dan nasihat di hujung slotnya.
Aku pernah menerbitkan satu entri tentang Halim Othman. Di hujung entri aku bertanyakan satu soalan mengenai Isma Halil. Semalam aku menerima satu khabar berita yang menyatakan Isma Halil kembali ke udara. Dia mengendalikan Slot Gegar di waktu petang bermula 3.00 – 8.00 malam. Aku mengesahkannya lagi dengan membuka THR Gegar Permata Pantai Timur sewaktu pulang dari kerja semalam.
Memang benar. Itu adalah suara Isma Halil. Celotehnya masih sama. Gelak ketawanya masih sama. masih semoat untuk bergurau dengan pemanggil. Inilah yang aku rindukan. Semalam terubat kembali. Namun slot yang dikendalikan lebih rileks sikit. Kalau dulu, Isma Halil memang sinonim dengan slot rocknya. Slot kisah seramnya. Satu perkataan yang masih sinonim dengan Isma Halil “Because your are MY Frennnnnn”. Masih terngiang-ngiang lagi perkatan tu di telinga aku. Lagi satu lagu yang sinonim dengan Isma Halil Hamzah adalah lau minah kilang. Lama tak dengar.
Sampaikan ada satu ketika, Isma Halil hanya memerlukan pemanggil perempuan sahaja. Mengapa? Kerana tajuk untuk slot hari itu memang di tujukan untuk wanita atau perempuan. Semua pendengar lelaki respect dan ketika itu hanya pemanggil wanita sahaja yang ke udara.
Inilah kelebihan Isma Halil. Walaupun ramai peminatnya lelaki, tetapi bila permintaannya hanya wanita. Pendengar semua akur. Aku pasti ramai peminat masih menantikan Isma Halil untuk ke udara. Sampaikan ada satu tajuk di Facebook mencadangkan agar Isma Halil diterima di Sinar.FM. Betapa besarnya pengaruh Isma Halil.
Tetapi aku tak pasti sampai bila die berada di THR Gegar Permata Pantai Timur. Anda boleh mendengar melalui ASTRO siaran 863. Harap kali ini Isma Halil kekal di THR FM. Jangan berhenti dan menyepikan diri lagi ya. Aku rindu dengan kisah seramnya, rockarenanya dan gelak ketawanya. Aku pasti ramai peminatnya ternanti-nanti kemunculanya di udara.
Entri Secara Rawak
Tags: Isma Halil, Isma Halil Hamzah



November 4th, 2009 at 4:37 pm
yupp betul…aku pun ade dgr Dj isma halil nih…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 4th, 2009 at 11:25 pm
Haa betul kan dia ada di THR Gegar…tapi belah pantai timur yang best..bley dgr kat radio jer
[Balas Komen]
November 15th, 2009 at 11:34 am
dahulu saya suka mendengar THR di waktu malam terutama ketika di kereta dalam perjalanan jauh. Hilang mengantuk dan segar dalam perjalanan bila mendengar celoteh Isma Halil. Selepas dia hilang, hilanglah seleraku pada THR.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 16th, 2009 at 1:03 am
Tu laa pasal. Semenjak Isma Halil bla dari THR. Aku pun tak bukak THR lagi. Labih2 lagi sekarang kat JB THR sudah menjadi THR Raaga.
[Balas Komen]