RM100 Untuk Passport Antarabangsa Malaysia

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Kredit Kepada kamilz.com

Satu berita yang baik kepada mereka-mereka yang masih lagi belum mempunyai Passport Antarabangsa. Mungkin kamu teringin untuk melancong ke luar negara. Tetapi mungkin dahulu harga Passport Antarabangsa Malaysia terlalu mahal. Kini ianya boleh di dapati dengan harga RM100.

Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan satu Passport Antarabangsa Malaysia yang mampu di miliki oleh semua dengan harga RM100 untuk 32 mukasurat dan tempoh sah laku selama 2 tahun. Ianya berkuatkuasa pada 1 Oktober 2009 yang lalu.

Semalam sepupu aku baru sahaja buat Passport Antarabangsa di Pekan Rabu JB. Memang ramai yang beratur untuk mendapat Passport Antarabangsa Malaysia yang baru ini. Tetapi semua proses dilakukan dengan pantas sekali. Kalau dahulu, bila buat passport mengambil masa hampir satu hari. Kini segala cepat. Passport Antarabangsa anda akan siap dalam masa 2 jam sahaja. Memang efisyen.

Di samping, 2 kategori Passport Antarabangsa juga di perkenalkan, iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 untuk 64 muka surat dengan tempoh sah laku lima tahun. Ini memang amat berguna kepada mereka yang sering keluar masuk Malaysia untuk tujuan kerja.  Segala ciri keselamatan tetap diberikan keutamaan. Malah ada sedikit tambahan untuk keselamatan Passport Antarabangsa Malaysia.

Jadi kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu untuk mendapat passport dengan harga yang murah, inilah masanya. Kepada penduduk Johor Bahru, bolehlah dapatkan Passport Antarabangsa Malaysia di Pejabat Imigresen Pekan Rabu di Tampoi atau di Wisma Persekutuan di Jalan Air Molek.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Adakah susah selamanya?
  • Tips Untuk Part Time Blogger.
  • SideBar Moving Down..Tidak!!!!!!
  • Permulaan Yang Baik Untuk Chelsea
  • Perancangan Kewangan Islam.
  • Jangan laa memalukan anak.
  • Muntadhar Al-Zeidi Di Bebaskan
  • Dari Raja Lawak ke Bintang Popular.
  • RM500 Untuk Sebuah Blog.
  • Kena lagi 5-0

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

17 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. menj says:

    “Jadi kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu untuk mendapat passport dengan harga yang murah, inilah masalah.”

    Bos, kena betulkan ayat tu, karang orang salah faham pulak :mrgreen:

    - MENJ

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Menj : Thanks..Aku pun tak perasan…thanks a lot.

    [Balas Komen]

  3. life4hire says:

    ko buang jer amiraizudin.com tuh..org kat jual kat DP dah domain tuh..LOL…skang ni cam nak jadi blog casino dah…haha

    [Balas Komen]

  4. haritz says:

    Aku punya passport RM60 jer dah mati tahun 1999. Tak renew pun sbb tak tau nak gi mana

    [Balas Komen]

  5. Shaffik says:

    Life4Hire : Aah aku baru jer perasan…thanks yam..

    [Balas Komen]

  6. Shaffik says:

    Haritz : Haa ni tgh murah ni..kalau nak ke mana-mana boleh laa buat baru sekarang.

    [Balas Komen]

  7. safar says:

    murah tu rm100 boleh siap dalam masa 2 jam.
    ada keluarga yang tinggal luar negara.tak jauh
    pun singapura je.heheheeee……..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    hehehehe….Singapura pun oversea jugak tu…hehehe

    [Balas Komen]

  8. Mr. Cuz says:

    mrahnye..baru skang nk kluarkan..aku pnye passport dh la mhal..klu aku tau tggu thun ni baru buat..tp dh kluar ngare thun lpas..xpe la..heehe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku pun sama..sebelum puasa hari tu buat..nak wat cam maner..takder rezeki nak saving…heheeheheheheh

    [Balas Komen]

  9. anonymous says:

    Jangan berhenti sini. orang kat singapore, hanya perlu hantar online. pergi collect saja. tayah tunngu langsung. kita masih boleh improve lagi.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    wahh..satu perkembangan yang bagus…

    [Balas Komen]

  10. iera says:

    nk buat dekat mane passport ni?bgtaw tempat n waktu d buka…bole kan?sy tggl di puchong…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Eira,

    Saya rasa awak boleh buat di mana-mana Pejabat Kastam dan Imgresen di seuluruh negara. Jika di JB terdapat 2 tempat yang utama ,

    1) Wisma Persekutuan Jalan Air Molek JB.
    2) Pekan Rabu Tampoi.

    Memang cepat dan efisyen.

    [Balas Komen]

  11. iera says:

    boleh x balaz kt email sy…

    [Balas Komen]

  12. jelina says:

    untuk passport yg rm100…kalo kanak2 brape rm?
    rm100 jgk ker@ separuh?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Untuk kanak-kanak dan pelajar harga sama RM100 untuk 2 tahun.
    Jika ambik yang biasa
    Dewasa RM300 untuk 5 tahun
    Kanak-Kanak RM150 untuk 5 tahun

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!