Riang Ria di A Famosa Melaka Water World.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Hiburan

Hari Sabtu yang lepas 10 Oktober 2009 aku bersama isteri menyertai Family Day yang di anjurkan oleh HID Global. HID Global Family Day 2009 ini adalah penganjuran pertama HID Global untuk menjemput semua pekerja bersama-sama ahli keluarga meluangkan masa bersama rakan-rakan kerja yang lain. Destinasi untuk tahun 2009 adalah A Famosa Water World Melaka.

Family Day ini telah diatur berbulan lamanya, semata-mata untuk menghiburkan para pekerja dan ahli keluarga masing-masing. Kami bertolalk ke A Famosa Melaka pada jam 7 pagi dengan 7 buah bas. Ada juga yang memilih untuk membawa ahli keluarga dengan kereta sendiri. Aku memilih untuk menaiki bas kerana ianya lebih mudah, selesa dan percuma.

Kami sampai di A Famosa Melaka pada jam 10.30 pagi. Sebelum masuk ke perkarangan A Famosa, kami mengambil sedikit masa untuk bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk ke A Famosa. Apa lagi, dengan berbekalkan DSLR aku, aku mengambil gambar untuk semua. Tak apa laa, gambara ku tak masuk pun tak apa. Janji gambar yang di petik itu berkualiti.

Acara tele-match di mulakan sekitar jam 11.00 pagi. Kebanyakkan anak-anak sudah sibuk untuk bermandi-manda. Tetai mengenangkan jadual bersama kelurga adalah di waktu petang, kesemua hasrat mereka terpaksa di kekang orang ibu dan bapa.

Tele-match ini seperti acara sukaneka. Ada acara untuk ibu dan bapa. Ada juga acara untuk anak-anak. Meriah aku perhatikan bila kesemua pekerja bergembira pada hari ini. Lupakan sementara soal kerja-kerja yang kadang kala memeningkan kepala. Hari ini semuanya bergembira. Aku sempat mengambil gambar semua gelagat baik ibu bapa dan jugak anak-anak.

Selepas makan tengahari, aktivit bebas. Aktiviti bebas ini di gunakan sepenuhnya oleh semua pekerja dan ahli keluarag.  Hampir semua permainan gelongsor air aku cuba. Bila lagi nak cuba kan. Yang paling best, adalah gelosong air yang paling tinggi. Kata life guard di situ, tinggi gelongsor air ini adalah sama dengan bangunan 6 tingkat. Tingginya. Pada mula perasaan takut itu timbul, tetapi setelah diapi-api dan di cabar oleh rakan-rakan. Aku memberanikan diri. Akhirnya aku berjaya melepasa gelongsor air yang paling tinggi di A Famosa Melaka.

Memang seronok. Muak keseronokkan terpancar di setiap rauh wajah para pekerja dan ahli keluarga. Memang nampak kepuasan untuk Family Day kali ini.  Sampai ada yang menyatakan, tidak puas kerana ianya di lakukan hanya sehari. Nak buat macam maner kan, dah itu sahaja masa yang di berikan.

Walau apapun, sibuk kilang lain mengurangkan kos, tetapi HID Global masih mampu mengadakan Family Day luar dari JB. Inilah kelebihan HID Global. Inilah menyebabkan pekerja akan lebih bersemangartuntuk bekerja bersama-sama HID Global. Terima Kasih HID Global.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

8 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Ezad says:

    Woha!! ni lah baru best, majikan menjaga kebajikan pekerja, tempat aku berjanggut la, main jek lah gelongsor free kat taman permainan kat taman2..hehe

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Ezad : Itu pun gelongsor jugak. Cuma takder air jer..huhuhuhu

    [Balas Komen]

  3. alone says:

    woho. layannnn. lama x main gelongsor nih! =D

    [Balas Komen]

  4. Shaffik says:

    Alone : Tu laa pasal..bila sekali naik memang nak layan lagi..

    [Balas Komen]

  5. die says:

    harge tiket masuk skang brape?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Kalau masuk waterworld sahaja untuk
    Hari Biasa : Dewasa : RM35 . Kanak-kanak : RM25
    Hujung Minggu : Dewasa : RM40 . Kanak-kanak : RM30

    Untuk Warga Negara Asing :
    Dewasa : RM40 . Kanak-kanak : RM30

    [Balas Komen]

  6. ADAM says:

    Macam mana mendapatkan detail mengenai menariknya A Famosa, kerana kami sekeluarga hendak melawat di tempat itu pada awal Januari 2010 ini.

    Terima Kaseh
    -Adam
    Negara Brunei Darussalam

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Adam,

    Awak boleh terus ke website (contact us) a famosa melaka, refer address di bawah. :

    1) http://www.afamosa.com/main.php?m=Content&op=page&id=11

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge