Lumrah Bila Menjadi Seorang Bapa

By | October 9, 2009

Pejam celik pejam celik, dah pun setahun lebih aku menjadi seorang bapa. Anak aku pun sudah berumur 1 tahun 1 bulan. Pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri aku bila menjadi seorang bapa. Maklumlah ini adalah anak pertama aku dan isteri. Namun segala kami hadapi bersama.

Pada sekitar tahun 2008, ramai rakan-rakan sekerja juga menyambut anak sulung. Kiranya seakan kebetulan pulak. Kalau tak silap, 5 orang rakan sekerja aku juga menyambut kelahiran anak sulung masing. Sememang nya semua ternanti-nanti. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi. Saat ini, orang yang sudah banyak anak menjadi rujukan kami.  Ataupun rakan-rakan yang baru sahaj menerima bayi pertama. Apa yang perlu di beli untuk menyambut kelahiran bayi baru?, apa yang perlu disiapkan untuk Isteri ketika hendak ke Hospital, apa yang nak di buat setelah bayi keluar? dan macam-macam lagi. Selain kedua ibu bapa, rakan-rakan juga ada memberikan nasihat mereka untuk menyambut bayi pertama. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi.

Jadi bila ramai rakan-rakan yang sama-sama mengharungi kehidupan sebagai bapa, aku pun menjadi seronok. Macam-macam kerenah yang aku dengar dari mulut mereka. Cerita dari anak mereka lahir sehinggalah besar. Baik cerita dari bayi, minum susu apa?, cara tidur, tumbuh gigi, bila anak merangkak, berjalan, anak dah pandai jalan ker belum dan sebagainya. Yang selalu di dengar mengenai berjaga malam. Ini lumrah bila mula menjadi bapa dan mempunyai seorang bayi kecil. Tidak heran kalau orang yang baru menjadi bapa bercerita mengenai anak menangis pada waktu malam. Ini lumrah. Jadi bersedialah kepada sesiapa yang ingin menyambut bayi pertama dan yang akan menjadi seorang bapa.

Apa yang aku perhatikan seganas atau ego manapun rakan-rakan aku, pastinya akan bercerita mengenai anak-anak mereka. Pelbagai keletah anak-anak yang aku dengar. Setaip hari pasti ada topik yang dibicarakan mengenai anak terutamanya waktu makan tengah hari atau minum petang di mamak. Kadang kala tu hampir 1 jam menceritakan hal perihal anak.

Inilah penangannya bila ada anak. Memang best.  Sesiapa yang belum berkahwin dan belum ada anak, insyallah anda semua akan merasainya. Betul orang kata anak adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Bukan setakat memikul tanggungjawab sahaja, tetapi setiap orang yang menjadi bapa akan merasai bagaimana nikmat dan seronoknya menjadi seorang bapa. Tiada ungkapan yang indah selain menyucapkan  SYUKUR ke hadrat ILLAHI. Jika ianya di jalankan sebaik-baiknya, insyallah anak akan menjadi seseorang yang berguna pada keluarga dan masyarakat. Insyallah.

14 thoughts on “Lumrah Bila Menjadi Seorang Bapa

  1. Ezad

    Hee, buatlah tips persediaan menyambut anak dari segi lahir dan batiniah, ramai nak tahu ni.

    Reply
  2. ainsufian

    salam…
    emm… dah tukar kulit yek! dah besar anak syafik. sekejap jek kan? pejam celik pejam celik dah setahun. ada rupe shaffik arrr… hehehe bile second bb plak?

    Reply
  3. azza_ibrahim

    ala handsomernyer pki baju melayu..muka saper ni?? muka daddy ker?? ini baru lumrah seorg blum lagi lumrah seorang ibu..huhuhu.pengalaman mengajar untuk kite untuk jadi lebih matang.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Biasalah azaa..ikut daddy laaa…kalau ko ader cerita yang menarik…tak salah kalau nak di sumbangkan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.