Main Game Tanpa Joystick.

By Shaffik on Sunday, October 4, 2009
Filled Under: Informasi, Teknologi

Aku baru sahaja selesai menyaksikan perlawanan Arsenal vs Blackburn. Alhamdullilah Arsenal menang malam ini. Bukan setakat menang, tetapi menang besar 6-2 malam ni. Selesai sahaja menonton perlawana n bolasepak, apa lagi kalau laptop menjadi tatapan aku malam ini.

Ada satu job dari advertiser yang meminta aku membuat satu blogpost mengenai Natal Games. Pening juga bagaimana untuk aku mulakan tajuk Natal Games untuk blogpost di blog English aku. Aku pun mencari sumber-sumber yang membolehkan aku membuat satu blogpost untuk Natal Game.

Rupa-rupanya Natal Games adalah satu project baru daripada Microsoft. Ianya adalah pengembangan daripada produk game dari Microsoft iaitu XboX. Apa itu Natal Games? Natal Games adalah satu teknologi baru untuk permaninan game. Ia sememangnya berteknologi tinggi dan semestinya menjadi tarikan kepada penggemar games.

Natal games tidak menggunakan sebarang joystick atau peranti untuk mengawal segala pergerakkan di dalam permainan games. Apa yang perlu adalah hanya tubuh badan anda. sahaja Anda hanya perlu menggerakkan tubuh badan anda untuk mengawal segala pergerakkan pada games yang sedang anda mainkan.

Canggih kan. Tanpa sebarang joystick atau peranti lain anda juga mampu bermain games. Ianya lebih interaktif dan menghiburkan sekali. Kali ini boleh laa anda menumbuk atau mengelak lawan anda pada games Street Fighter. Baru laa selalu boleh menang bila berlawan denganĀ  games. Tak laa susah untuk mengalahkan games kan.

Natal games bukan sahaja mengesan pergerakkan badan anda, tetapi ianya berupaya mengesan bunyi pada suara anda. Jika ada game yang berbentuk seperti kuiz, anda boleh menjawab terus kepada screen. Natal Games akan menhetahui bahawa itu adalah suara anda. Jadi tiada penipuan di dalam games kuiz itu. Adil bukan.

Untuk membuat anda lebih teruja dengan Natal Games. Sila Saksikan video di bawah :

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Yahoo! Aku Menang!!!
  • Tolong la pam lepas guna.
  • Bagaimana Kehidupan Anda Jika Google Tiada?
  • 11 Kematian Akibat Denggi
  • Tips : Tidur Di Tempat Kerja? :)
  • Keep Your Credit Card Safe
  • Urgent Warning From Maybank2u
  • Suka tak Berjogging?
  • Beware of Keylogger.
  • Riang Ria di Hari Raya

Tags: ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

10 Responses to “Main Game Tanpa Joystick.”

  1. negaraku.net Says:

    Main Game Tanpa Joystick….

    Natal Games adalah satu project baru daripada Microsoft. Ianya adalah pengembangan daripada produk game dari Microsoft iaitu XboX. Apa itu Natal Games? Natal Games adalah satu teknologi baru untuk permaninan game. Ia sememangnya berteknologi tinggi dan…

  2. IMCurtain Says:

    Salam semua,

    Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger terkemuka tanahair. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti Innit (Nuffnang) dan Digg. Pendaftaran PERCUMA!

    Sertai sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    [Balas Komen]

  3. MrRoll Says:

    whoaa ! cam best je !!

    [Balas Komen]

  4. Adney Says:

    Mak aih…….. giler kentang…. mantap giless……

    [Balas Komen]

  5. alone Says:

    wuuu~ teruja!!!

    [Balas Komen]

  6. loq Says:

    cool wehhh…

    [Balas Komen]

  7. Shaffik Says:

    MrRoll : tgk video dah best kan..belom betul2 main lagi tu

    Alone : Aku oung teruja tgk…

    Loq : cool dan menghiburkan.

    [Balas Komen]

  8. Kreuger Says:

    wooaaaa.. cool giler dowh game
    macam ni. dalam dok main game.. sure bleh
    same same berpeluh.. imagine kalau dok main
    game bola.. pergh.. mau kene rumah besar padang
    bola baru nak puas nih~

    [Balas Komen]

  9. titan Says:

    kat malaysia dah ada ke benda nih?

    [Balas Komen]

  10. Shaffik Says:

    Belum ada lagi titan..Ini masih dalam project dari Microsoft.

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :