Pernah tak dengar Sistem Waktu Kerja Anjal? Aku mula mendengar perkataan ini sewaktu staff HR menghantar satu memo kepada semua pekerja yang berjawatan Supervisor ke atas di Kilang aku. Tergelak mula-mula membaca tajuk email ini. Yer la aku memang tak pernah dengar perkataan sebegini. Apalah agaknyer ya?
Bermula 1 Oktober 2009 Kilang aku memberikan kelonggaran kepada semua pekerja yang berjawatan Supervisor ke atas untuk datang lewat. Uik boleh datang kerja lewat? Sebenarnya Sistem Waktu Kerja Anjal bila di tukar kepada Bahasa Inggeris bermaksud Flexibel Working Hours.
Pekerja yang layak (supervisor ke atas) di benarkan datang ke tempat kerja selewat-lewatnya pada pukul 9 pagi. Waktu kerja rasmi kilang aku adalah 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi dengan adanya Flexible Working hours pekerja yang datang lewat mestilah mencukupkan jam waktu bekerja wajib 9 jam 30 minit ditolak satu jam rehat iaitu 8 jam 30 minit.
Jika pekerja tersebut datang pada pukul 8.30 pagi, mereka mestilah pulang pada jam 6.00 petang. Asalkan waktu jam berkerja wajib itu mencukupi. Best bukan. Ini adalah salah satu berita baik untuk pekerja-pekerja yang sering datang lewat ke tempat kerja. Mungkin aku adalah salah seorang daripadanya. 🙂
Banyak respon yang baik di terima dengan adalah sistem waktu kerja sebegini. Pekerja boleh datang lewat asalkan kurang dari jam 9.00pagi dan mesti cukup waktu jam bekerja. Memang flexible. Jadi ini amatlah memberikan manfaat kepada semua pekerja supaya mereka lebih flexible. Maksudnya masuk kerja lewat balik pun kena lewat laa kan.
Terima Kasih aku ucapkan kepada HID Global Sdn. Bhd yang telah memberikan kelonggaran kepada pekerjanya yang salah seorangnya adalah aku. Ini menambahkan lagi sayang dan semangat aku untuk pergi ke tempat kerja setiap hari. Terima Kasih sekali lagi HID Global Sdn. Bhd.
Pingback: negaraku.net
Aku takut satu je iaitu still lagi datang lambat lepas pukul 9. Camne tuh?
ahahahah
Jat, Itu aku tak tau laa kalau still ader yang lewat lagi…hehehehehe
Klu target kerja kul 8, dtg 8.15. Klu target kerja kul 9, dtg 9.15 kot. hehe
Shahrul : Bukan cam tu..polisinye mudah..paling lewat ko boleh datang kerja pukul sembilan. Tetapi mesti cukup waktu jam bekerja.
thanx 4 ur information…
susah betul nak cari makna keja yang anjal ni…