
Hari ini barulah aku dapat kembali menulis blog kesayangan aku. Bermula dari hari Sabtu lepas 5 blog aku tidak dapat dibuka. Bukan kerana masalah Internet atau Broadband tetapi masalah hosting. Menurut pengendali hosting aku, mereka membuat sedikit penyelengaraan di hujung minggu lalu.
Aku bukan sahaja tidak boleh masuk menjenguk 5 blog aku malah aku juga tidak berpeluanng untuk mengupdate atu membalas segala komen-komen yang pengunjung berikan ke atas blog aku. Inilah satu penyiksaan yang paling perit aku hadapai setelah menjadi blogger ni.
Hidup tidak menjadi keruan apabila melihat tiada traffik yang masuk di kota windows Google Analytic aku. Kecewa rasenya seperti rasa nak tukar sahaja hosting. Malah ader juga rakan-rakan pelawat menelefon dan SMS bertanyakan hal Shaffik.com. Mengapa tidak boleh buka, Mengapa mesej “Page cannot be display” di paparan LCD atau monitor dia orang di sana.
Aku sungguh terharu. Tetapi apa yang boleh di lakukan, hanyalah menerangkan perkara yang berlaku sebenarnya dan berdoa agar segalanya kembali sediakala. Pada petang Isnin, pihak penyedia hosting menghantar email kepada semua pelanggannya, menyatakan bahawa segala kerja-kerja pengelengaraan suda selesai. Namun 3 blog aku masuk tidak boleh di akses.
Read more…

Survival mungkin satu perkataan baru bagi anda atau kita semua. Ini bukan survival si dalam hutan. Tetapi Survival dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia dan rakyat Malaysia. Suvival dengan bahasa yang mudah di fahami bermaksud melakukan segala perkara dengan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Aku terpanggil untuk menulis entri kali ini rentetan daripada laungan 1 Malaysia yang kini menjadi bualan dan sebutan di setiap bibir rakyat Malaysia.
Apa yang aku faham, konsep 1 Malaysia yang akan memberikan satu impak yang besar di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Semangat perpaduan antara kaum juga menjadi tunjang kepada kejayaan 1 Malaysia. Lebih tepat boleh aku kata 1 Malaysia adalah keadilan kepada semua kaum di Malaysia.
Jika dahulu sebagai seorang melayu mungkin mendapatkan hak yang lebih istimewa daripada rakan-rakan kaum yang lain. Mungkin selama ini bangsa melayu menerima segala keselesaan sebagai rakyat Malaysia. Beranding dengan kaum-kaum yang lain. Apa yang di nikmati oleh bangsa melayu mungkin tidak dapat diperolehi oleh kaum-kaum lagi. Maksudnya keistimewaan diberikan lebih untuk bangsa melayu.
Dengan ada Gagasan 1 Malaysia, Perdana Menteri mahukan semua rakyat Malaysia bangun, berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia. Ini adalah maksud yang tepat untuk Gagasan 1 Malaysia. Bangsa Malaysia menjurus kepada semua rakyat Malaysia. Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan. Jika semua perhatikan, Perdana Menteri mahukan kita semua hidup secara survival. Berdikari atas kaki sendiri.
Read more…

Hujung minggu lepas aku sempat menyertai Seminar Smart Blogging 2009 bersama Rohaizad di UTM JB. Sekali lagi aku diberikan kesempatan untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih Ijat. Lebih kurang 25 orang peserta yang hadir. Ada yang dari JB, KL, Perlis, Pahang, Perak dan mereta Malaysia. Nampaknya Seminar Smart Blogging semakin mendapat sambutan di kalangan pengiat Usahawan Internet. Laporan Penuh..

Di sepanjang Seminar semua peserta tekun mendegar celoteh Ijat. Semua berkobar-kobar untuk mula dan menceburkan diri dalam dunia blogging. Semasa break pagi, tengahari dan petang aku sempat berbual-bual dengan peserta yang hadir. Macam-macam soalan yang di tanya. Alhamdullilah semua dapat dijawab.

Dalam banyak-banyak perbualan aku dan peserta aku sering mengingatkan mereka satu benda. Smart blogging yang di kendalikan oleh Ijat kebanyakkannya menggunakan Bahasa Inggeris. Ini yang kadang-kala melemahkan semangat orang-orang melayu kita untuk menceburkan diri di dunia blogging. Ada juga yang terdetik di hati “alamk kena bahasa inggeris ker”.
Read more…

Masih ingat lagi tak dengan DJ Isma Halil. Aku adalah salah seorang daripada peminat Isma Halil. Aku rasa ramai yang merindukan suara DJ ini. Kali terakhir Isma Halil ke udara kira-kira 3/4 tahun lalu kalau tak silap. Station radio yang terakhir aku mendengar suara Isma Halil sewaktu dia bertugas di THR.
Aku follow Isma Halil sejak dia mengendalikan Rancangan Rock di Red FM. Selepas itu dia berhijrah ker THR, aku lebih meminati Isma Halil. Mengapa? Kerana bila mendengar celoteh Isma Halil, aku rase seronok. Segala celotehnya berunsurkan nasihat dan kelakar.
THR.fm dahulu adalah peneman aku semasa masuk tidur. Ketika itu Isma Halil mengendalikan satu slot Rockarena dan Kisah seram. Memang pecah perut. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur di buatnya. Isma Halil memang bijak menarik ramai pendengar mendengar slot yang dikendalikannya. Baik remaja, anak-anak, orang dewasa dan juga orang-orang yang sudah berumur. Memang penuh dengan gelak ketawa dan nasihat di hujung slotnya.
Aku pernah menerbitkan satu entri tentang Halim Othman. Di hujung entri aku bertanyakan satu soalan mengenai Isma Halil. Semalam aku menerima satu khabar berita yang menyatakan Isma Halil kembali ke udara. Dia mengendalikan Slot Gegar di waktu petang bermula 3.00 – 8.00 malam. Aku mengesahkannya lagi dengan membuka THR Gegar Permata Pantai Timur sewaktu pulang dari kerja semalam.
Read more…

Kredit Kepada kamilz.com
Satu berita yang baik kepada mereka-mereka yang masih lagi belum mempunyai Passport Antarabangsa. Mungkin kamu teringin untuk melancong ke luar negara. Tetapi mungkin dahulu harga Passport Antarabangsa Malaysia terlalu mahal. Kini ianya boleh di dapati dengan harga RM100.
Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan satu Passport Antarabangsa Malaysia yang mampu di miliki oleh semua dengan harga RM100 untuk 32 mukasurat dan tempoh sah laku selama 2 tahun. Ianya berkuatkuasa pada 1 Oktober 2009 yang lalu.
Semalam sepupu aku baru sahaja buat Passport Antarabangsa di Pekan Rabu JB. Memang ramai yang beratur untuk mendapat Passport Antarabangsa Malaysia yang baru ini. Tetapi semua proses dilakukan dengan pantas sekali. Kalau dahulu, bila buat passport mengambil masa hampir satu hari. Kini segala cepat. Passport Antarabangsa anda akan siap dalam masa 2 jam sahaja. Memang efisyen.
Read more…

Hari Sabtu yang lepas 10 Oktober 2009 aku bersama isteri menyertai Family Day yang di anjurkan oleh HID Global. HID Global Family Day 2009 ini adalah penganjuran pertama HID Global untuk menjemput semua pekerja bersama-sama ahli keluarga meluangkan masa bersama rakan-rakan kerja yang lain. Destinasi untuk tahun 2009 adalah A Famosa Water World Melaka.
Family Day ini telah diatur berbulan lamanya, semata-mata untuk menghiburkan para pekerja dan ahli keluarga masing-masing. Kami bertolalk ke A Famosa Melaka pada jam 7 pagi dengan 7 buah bas. Ada juga yang memilih untuk membawa ahli keluarga dengan kereta sendiri. Aku memilih untuk menaiki bas kerana ianya lebih mudah, selesa dan percuma.

Kami sampai di A Famosa Melaka pada jam 10.30 pagi. Sebelum masuk ke perkarangan A Famosa, kami mengambil sedikit masa untuk bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk ke A Famosa. Apa lagi, dengan berbekalkan DSLR aku, aku mengambil gambar untuk semua. Tak apa laa, gambara ku tak masuk pun tak apa. Janji gambar yang di petik itu berkualiti.
Read more…

Pejam celik pejam celik, dah pun setahun lebih aku menjadi seorang bapa. Anak aku pun sudah berumur 1 tahun 1 bulan. Pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri aku bila menjadi seorang bapa. Maklumlah ini adalah anak pertama aku dan isteri. Namun segala kami hadapi bersama.
Pada sekitar tahun 2008, ramai rakan-rakan sekerja juga menyambut anak sulung. Kiranya seakan kebetulan pulak. Kalau tak silap, 5 orang rakan sekerja aku juga menyambut kelahiran anak sulung masing. Sememang nya semua ternanti-nanti. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi. Saat ini, orang yang sudah banyak anak menjadi rujukan kami. Ataupun rakan-rakan yang baru sahaj menerima bayi pertama. Apa yang perlu di beli untuk menyambut kelahiran bayi baru?, apa yang perlu disiapkan untuk Isteri ketika hendak ke Hospital, apa yang nak di buat setelah bayi keluar? dan macam-macam lagi. Selain kedua ibu bapa, rakan-rakan juga ada memberikan nasihat mereka untuk menyambut bayi pertama. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi.
Read more…

Aku baru sahaja selesai menyaksikan perlawanan Arsenal vs Blackburn. Alhamdullilah Arsenal menang malam ini. Bukan setakat menang, tetapi menang besar 6-2 malam ni. Selesai sahaja menonton perlawana n bolasepak, apa lagi kalau laptop menjadi tatapan aku malam ini.
Ada satu job dari advertiser yang meminta aku membuat satu blogpost mengenai Natal Games. Pening juga bagaimana untuk aku mulakan tajuk Natal Games untuk blogpost di blog English aku. Aku pun mencari sumber-sumber yang membolehkan aku membuat satu blogpost untuk Natal Game.
Rupa-rupanya Natal Games adalah satu project baru daripada Microsoft. Ianya adalah pengembangan daripada produk game dari Microsoft iaitu XboX. Apa itu Natal Games? Natal Games adalah satu teknologi baru untuk permaninan game. Ia sememangnya berteknologi tinggi dan semestinya menjadi tarikan kepada penggemar games.
Natal games tidak menggunakan sebarang joystick atau peranti untuk mengawal segala pergerakkan di dalam permainan games. Apa yang perlu adalah hanya tubuh badan anda. sahaja Anda hanya perlu menggerakkan tubuh badan anda untuk mengawal segala pergerakkan pada games yang sedang anda mainkan.
Read more…

Pernah tak dengar Sistem Waktu Kerja Anjal? Aku mula mendengar perkataan ini sewaktu staff HR menghantar satu memo kepada semua pekerja yang berjawatan Supervisor ke atas di Kilang aku. Tergelak mula-mula membaca tajuk email ini. Yer la aku memang tak pernah dengar perkataan sebegini. Apalah agaknyer ya?
Bermula 1 Oktober 2009 Kilang aku memberikan kelonggaran kepada semua pekerja yang berjawatan Supervisor ke atas untuk datang lewat. Uik boleh datang kerja lewat? Sebenarnya Sistem Waktu Kerja Anjal bila di tukar kepada Bahasa Inggeris bermaksud Flexibel Working Hours.
Pekerja yang layak (supervisor ke atas) di benarkan datang ke tempat kerja selewat-lewatnya pada pukul 9 pagi. Waktu kerja rasmi kilang aku adalah 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi dengan adanya Flexible Working hours pekerja yang datang lewat mestilah mencukupkan jam waktu bekerja wajib 9 jam 30 minit ditolak satu jam rehat iaitu 8 jam 30 minit.
Jika pekerja tersebut datang pada pukul 8.30 pagi, mereka mestilah pulang pada jam 6.00 petang. Asalkan waktu jam berkerja wajib itu mencukupi. Best bukan. Ini adalah salah satu berita baik untuk pekerja-pekerja yang sering datang lewat ke tempat kerja. Mungkin aku adalah salah seorang daripadanya.
Read more…
Untuk pengetahuan semua, kini Shaffik.com boleh di baca dengan Bahasa Arab dan pelbagai bahasa utama dunia. Dengan kata lain, rakan-rakan yang tinggal di negeri Arab Saudi bolehlah melayari Shaffik.com. Tiada masalah lagi untuk mereka mendapatkan informasi terkini dari Shaffik.com

Shaffik.com juga boleh di alih bahasa kepada bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Seperti French, Chinese, Dutch dan sebagainya. Menarik bukan jika orang di seluruh dunia boleh membaca setiap entri yang kita siarkan di blog walaupun artikel asalnya berbahasa melayu.
Read more…