Durian Merah Sememangnya Unik

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Bila tak ada job yang penting, aku lebih banyak meluangkan masa membaca blog rakan-rakan yang lain. Melayari Internet juga sudah sebati dalam tubuh badan aku. Dalam melayari Internet, aku terjumpa satu artikel yang menceritakan tentang Durian Merah.  Artikel ini ada di ceritakan di The Star semalam.

Apa itu durian merah? Seperti kebiasaannya isi durian biasanya di lihat berwarna Kuning. Tetapi terdapat sejenis buah durian yang isinya bewarna merah. Unik kan. Durian Merah didapati di Sabah Malaysia. Ini juga diketegorikan sebagai buah-buahan tempatan.

Bagi kaum Kadazan Dusun mereka menggelar ianya sebagai sukang atau tabelak atau bahasa yang mudah difahami ialah Durian Hutan. Spesis Durian Merah ini hanya tumbuh di hutan Sabah. Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan Durian Merah ini. Ianya uga diakui oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjum yang seakan tidak percaya bahawa ada rakyatnya yang menanam dan membiakkan spesis Durian Merah ini. Mungkin ianya akan dijadikan tarikan pelancong di Negeri Sabah.

Apa yang membezakan Durian Merah dan Durian yang biasa adalah kulitnya. Kulit Durian Merah adalah lebih tipis dan kering. Namun rasanya tidak jauh membezakan dengan Durian yang biasa kita temui. Difahamkan jika musim Durian Merah, ianya di jual sekitar RM 2-3 bagi yang bersaiz seakan bola sepak takraw.

Tambah pula informasi dari penduduk tempatan bernama Masidi ” kebiasaanya pengujung yang pertama kalu mencuba Durian Merah pasti akan berkata, Durian Merah lebih ‘KICK’” . Ini yang menjadikan Durian Merah ini lebih unik di Sabah. Jika ada peluang ke sana, pasti aku akan mencuba Durian Merah.

Sumber Artikel : TheStar.com.my

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Kereta Elektrik
  • Panggilan Advertiser Dari UK
  • Harga Kompaun Terkini
  • When you buy a computer…
  • Semuanya KetentuanNYA…
  • 1000 Budak Hitam.
  • Suka tak Berjogging?
  • HENTIKAN Cerita Buang Kerja
  • Semakin Hari Semakin Indah
  • $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

8 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. alone says:

    hu.. gerunnya nak makan! (o_0) ..tapi kalau sedap.. bantai jela kan. hahaha.

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Alone : Tu laa merah menyala tu..tak dgr cerita rasanya sama..

    [Balas Komen]

  3. en_me says:

    teringat buah bambangan kat sabah tewww..

    [Balas Komen]

  4. Ezad says:

    Huu merah makngah, mesti lagi panas kalu makan nih..kalu bwk kat kutub mesti berebut orang eskimo kat sana..haha

    [Balas Komen]

  5. Shaffik says:

    En_Me : Buah bambangan? camner tu ek?

    Ezad : merahnyer mak ngah..lama tak guna ayat tu..

    [Balas Komen]

  6. blowie says:

    durian merah? nek telan pun was was ^_^

    [Balas Komen]

  7. titan says:

    angin dia lagi kuat maa..

    [Balas Komen]

  8. Ali ridha says:

    belum cuba lagi makan durian merah.

    [Balas Komen]

8 Comments Trackbacks For This Post

  1. negaraku.net

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge