Pencuri Mengambil Kesempatan Di Majlis Kahwin

By | September 28, 2009

Hari Sabtu yang lalu aku telah ditugaskan sebagai Wedding Photographer untuk satu Majlis Perkahwinan di Johor Bahru. Majlis bermula dari hari Jumaat petang untuk Majlis Nikah sehingga ke Majlis persandingan pada keesokkan harinya (26 September 2009). Sejak aku menghadirkan diri di rumah pengantin, keluarga pengantin semua ramah seperti biasa melayan tetamu yang hadir.

Pada majlis persandigan di hari Sabtu 26 September 2009, Seperti biasa aku memulakan sesi pergambaran pada pukul 1.00 tengahari. Ambil moments tetamu yang hadir, persiapan pengantin dan seangkatan dengannya. Majlis persandingan bermula pada jam 2.30 petang. Aku seperti biasa menjalankan tugas seperti biasa.

Kira-kira jam 4.30 petang, ketika itu aku masih sibuk mengambil gambar kedua mempelai. Sedang memposingkan pengantin, tiba-tiba ahli keluarga tuan rumah berlari ke bilik atas. Aku pun tertanya-tanya apa yang berlaku. Rupa-rupanya ada kecurian yang berlaku. 10 buah Handphone hilang dan duit serta barang kemas yang di anggarkan bernilai RM15000 turut lesap.

Kedua mempelai juga turut terkejut dengan kejadian. Kebanyakkan barang-barang dan wang yang hilang milik saudara-mara pengantin. Kedua mempelai pun sudah hilang mood untuk meneruskan pengambaran. Aku menghormati kehendak pengantin untuk memberhantikan sesi fotografi.

Sedih bila mengenangkan apa yang berlaku. Tuan rumah membuat laporan Polis. Polis datang untuk mengambil statement dan siasatan lanjut. Polis juga membuat siasatan ke atas ke semua kereta yang di letakkan berhampiran dengan rumah pengantin. Termasuklah kereta aku. Aku pun turut memberikan kerjasama.

Semasa sisatan ada sedikit perkara yang tidak aku senangi. Polis terus sahaja membuat pemeriksaan keatas van Abang Ipar aku. Abang Ipar dan kakak aku ada juruandam kepada pengantin. Ader di antara ahli keluarga pengantin yang suspek mak andam punya kerja. Ketika tetamu masih lagi ramai, Polis pula membuat pemeriksaan di van abang ipar aku. Perasaan malu di rasai oleh abag ipar, kakak dan juga diri aku sendiri. Takut lain pulak persepsi orang pada aku dan kakak aku.

Tapi aku menenangkan abang ipar dan kakak aku. Aku berfikiran positif bahawa Polis menjalankan tugas dan menerima permintaan daripada tuan rumah. Bila pemeriksaan selesai tiasa apa yang di jumpai. Abang Ipar aku meminta untuk buat pemeriksaan pada semua kereta yang berada berhampiran dengan rumah pengantin.

Selesai sahaja pemeriksaan Polis, tuan rumah meminta maaf kepada kami. Tiada niat untuk menuduh kami kepada kami. Aku pun cakap aku tak ambik hati, mungkin kalau kena di majlis di rumah aku mungkin perkara yang sama akan aku buat. Tetapi SEGAN tetap SEGAN. Ramai orang yang memerhati. Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Apapun kami tidak bersalah, tiada apa yang patut di takutkan. Cuma kami kesalkan, ada diantara ahli keluarga tuan rumah menuduh kami sebagai suspek.

Kerana pencuri yang mengambil kesempatan di Majlis Perkahwinan orang lain, kami pula yang dijadikan mangsa keadaan. Tak apalah, kami tidak ambil kira sangat hal itu, semuanya sudah selesai. Harap pencuri itu bertaubat sebelum menerima daripada hukuman Tuhan. Kalau dah tak ada duit tu, bekerja dan carilah duit dengan Halal. Ingat Duit haram yang dimakan, tidak akan bertahan lama. Jika diberikan kepada anak-anak, jangan salahkan anak jika anak menjadi liar dan tidak boleh di kawal satu hari nanti. Hidup seorang pencuri tak akan selamat dunia akhirat jika tidak bertaubat.

13 thoughts on “Pencuri Mengambil Kesempatan Di Majlis Kahwin

  1. Ezad

    Alamak, gilerlah yg curi nih, camne leh masuk dalam rumah? aku pun baru balik dari muar sepupu kawin, tp xbnyak hilang, selipar jek ilang.. :p

    Reply
  2. dr.aku.la

    diorang da biase buat keje mcm ni.
    org tgh sibuk2 kenduri mmg tak perasan.
    so… sape2 yg nk buat kenduri kendara lepas ni kene hati2.

    Reply
  3. Shaffik

    Ezad : Selipar tu tak payah tunggu Majlis Kahwin, Solat Jumaat pun hilang jugak..huhuhuh..

    Dr. Aku : AKu setuju, memang dieorang ni dah biasa buat..

    Reply
  4. Pingback: negaraku.net

  5. nasir

    knp nk segan, klu smua org segan polis nk check kt mne camtu kn, klu aku kt situ, aku first angkat tgn, ” encik polis cek la kete saya, handbag saye, kompem x jmp ape2 , pastu bleh saya balik awal sket “

    Reply
  6. zool

    AKu ingat lagi masa pegi umah org kawin member..
    siap ada sindiket..
    siap berani masuk umah nak kebas barang hantaran.
    Nasib baik ada ahli nampak..
    Bahaya woo..

    Reply
  7. Shaffik

    Zool : Memnag dieorang ada sindiket. Mereka sering mengambil kesempatan atas kesibukkan orang lain. Maksudnyer ini bukanlah kes yang pertama. Thanks for the info. Then penyamun tu kena tangkap?

    Reply
  8. apek

    aku klu dapat perompak tu
    aku bilasah je separuh mati baru
    hantar kat polis

    Reply
  9. azza_ibrahim

    ni la trend terbaru sang penyamun…br ni terjadi kat umah sedara.penyamun meyelinap msuk ketika pengantin sibuk bersanding.nasib baik la duit hantaran pkai cek.kalo tak..xtau nak kater..penyamun..penyamun.byk betul idea ko eh?

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Nasib baik pakai cek. Susah nak cakap benda ni. Dah nama pun pencuri, dia sure akan mengambil kesempatan..Kesian sedar ko tu Azza.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.