Takder Broadband, GPRS Pun Jadi Laa..

By | September 27, 2009
Photo By : http://amien7.wordpress.com
Photo By : http://amien7.wordpress.com

Bila dah masuk jer dunia blogging apa yang paling penting adalah Internet. Internet access adalah sememangnya satu keperluan bagi diri aku sekarang. Tanpa Internet tak tau laa apa yang jadi pada diri aku. Mungkin short sikit kot.

Hujung minggu ini aku balik ke kampung halaman. Pada kebiasaannya bila ada Wedding Photography, aku akan menetap di kampung halaman. Mengapa? Kerana kebanyakkan servis photography aku di sekitar daerah Kota Tinggi dan johor Bahru.

Pada sebelah malam aku sempat meluangkan masa untuk melungsuri Internet. Memang dah biasa. Sehari aku mesti online. Tak kisah laa di mana-mana sahaja. Di rumah, Office, Restoran Mamak yang ada WiFi atau mana-mana yang ada akses Internet. Yang penting Internet Connection.

Biasanya bila di kampung aku akan menggunakan Line Streamyx. Memang laju di kampung aku. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan streamyx di kampung agaknya laa. 🙂 Atau mungkin mereka tidak ambil kisah pasal dunia Internet.

Tetapi malam tadi aku agak kecewa sikit, apa lagi kalau bukan masalah streamyx. Streamyx Connection aku failed, dah puas aku check semua konfigurasinya, tetapi tetap berjaya. Bukan setakat itu sahaja, aku contact pusat perkhidmatan pelanggan(Customer Service) TM. Rupa-rupanya memang ada masalah dengan talian Internet di sekitar Kampung aku. Mereka sedang membuat maintainance sehingga hari Ahad. Tapi tak tau laa malam atau Siang untuk siap maintainance tu.

Jadi macam maner yer? Nak guna Maxis Broadband aku confirm memang slow. Sebab tiada rangkaian 3G di kampung aku. Hendak tak nak, aku cuba kepada alternatif lain untuk melayari Internet. Plug in Maxis Broadband aku, dah akses Internet. Jika tiada rangkaian 3G apa lagi GPRS laa jawapnya. Memang lembap. Tak tiada pilihan lain. Bila laa nak ader 3G kat area kampung yer? Mungkin permintaan kurang agaknyer.

Aku tak kira semua itu, janji aku boleh akses Internat dah berblogging. Boleh laa bukak dah update mane-mane yang patut. Lambat pun lambat lah, janji blog di updatekan dengan sempurna. Dengan berbekalkan speed 53.0 kbps aku gagahkan diri untuk mengupdate blog-blog aku. Penat menunggu, lambat tetapi siap juga akhirnya. 🙂 Itulah penangan blogging kalau nak tau. Usaha untuk online itu mesti tinggi. Tak ada broadband, GPRS pun jadi laa. Asalkan, dapat Online. Haa siap pun satu entri untuk Shaffik.com dengan hanya menggunakan rangkaian Maxis GPRS. Hehehehehe. 🙂

*Siapa kata Internet lambat tak boleh lungsuri Internet? Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Satu Macam Alasan..(Betul ke ayat aku ni 🙂 )

8 thoughts on “Takder Broadband, GPRS Pun Jadi Laa..

  1. amien7

    salam bro…
    selamat hari raya.
    ala, takyah la display kredit gambo2 dari blog gua tu.. nak guna boh je, takde copyright pon. hahaha

    Reply
  2. Shaffik Post author

    Amien7 : Takper laa. Itu sy ambik dari blog awk. Apa-apa pun thanks singgah di Shaffik.com. Thanks a lot.

    Reply
  3. Shaffik Post author

    Kak Jie : Satu ungkapan yang tepat mungkin. Sesuai sangat. hehehehehehe…Tak bley lupakan kerja-kerja blogging ni..

    Reply
  4. Fatin Pauzi

    Sama la dengan aku, Shaffik. Kat kampung, terpaksa guna GPRS dengan sabar. Boleh je nak surf tenet tapi kene sabar la kalau guna GPRS ni.

    Reply
  5. Shaffik

    Fatin : Bak kater kak jie, kalau dah namanya blogger tegar, Apa sekalipun akan redahnya.

    Dr : Haa cam gitulah perumpamaanya. hehehe

    Reply
  6. Adney

    mase hari raya aku pun mengalami masalah yg same tapi GPRS nye amat slow… Nak bukak admin panel wordpress pun 5 minit. inikan publish. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge