Salam Lebaran Dari Shaffik.com

By Shaffik on Saturday, September 19, 2009
Filled Under: General

Hari ini adalah hari yang terakhir semua umat Islam di Malaysia berpuasa. Semestinya semua sibuk dengan persiapan terakhir hari ini. Ada yang ke pasar membeli dading, barangan dapr untuk menyambut hari raya. Semalam aku selesai mendaftarkan Passport untuk anak ak. Insyallah kalau tiada aral, dapatlah aku membawa anak dan isteri berhari raya di Singapura.

Kini pendafataran untuk passport antrabangsa tidak lagi perlu ke Wisma Persektuan Di bandar JB. Kini sudah ada satu lagi cawangan Imegresen di Pekan Rabu di Tampoi yang uga ada disediakan tempat untuk Passport Antarabangsa untuk semua umur. Di sitlah letaknya Pejabat Imegresen Cawangan Johor Bahru. Wah lega sikit. dah memang dekat dengan rumah sewa aku di Taman Cempaka Johor Bahru.

Submit form pendaftaran untuk passport baru kira-kira Jam 9.30 pagi. Semuanya selesai pada Jam 11.20 pagi. Memang pantas. Siap tak sampai pun 2 Jam. Tahniah untuk warga kerja Jabatan Imegresen Pekan Rabu di Tampoi Johor Bahru.

Semalam memang hari cuti untuk aku. Waktu petang aku menyiapkan baranagan yang perlu di bawa pulang ke kampung. Aku bercadang bertolak selepas berbuka Puasa. Segalapersiapan sudah pn siap, lepas Isyak aku pn terus meluncur ke kampung Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi Johor. Tahun ini giliran sebelah keluarga aku pulak.

Sepanjang perjalanan aku merasakan betapa gembiranya menyambut hari raya. Walaupun dah berkahwin, tetapi perasaan untuk pulang ke kampung bersama keluarga masih tetap utuh dalam diri aku. Anak aku pun lambat tidur di dalam kereta, menyaksikan kelibat kereta-kereta yang panjang semasa pulang. Seolah-olah memahami ini adalah permandangan biasa menjelang hari raya.

Aku sampai di rumah kira-kira jam 11.00 malam. Ibu dan Bapa sudah menanti.Mungkin rind sangat dengan cucunya tu. Persekitaran luar dan dalam rumah aku kampung sudah pun tersergam indah. Semakin semangat untuk berhari raya. Hari ini aku nak plang sekejap di rumah mertua aku. Baju raya aku masih belum di ambil lagi. Tak pasal-pasal tak pakai baju raya baru nanti. hehehehehehe.

Esok kita semua akan berhari raya. Di kesempatan ini, Shaffik.com mengucapkan Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua pengunjung yang tidak jemu meluangkan masa di sini. Ucapan juga ditujukan kepada semua umat Islam. Mohon ampun dan maaf jika sepanjang penulisan cerita di Shaffik.com  ataupun perkenalan kita di dunia cyber atau realiti, ada terkasar bahasa atau terlanjur kata yang mungkin membuat anda terasa hati. Maaf seribu kali maaf di Hari Raya Aidilfitri ini. Mungkin aku tidak perasan sebab aku juga manusia biasa seperti kamu. Semoga perkenalan dan persahabatan kita kekal selama-lamanya.  Banyak lagi yang harus di tempuhi pada masa-masa akan datang. Insyallah.

Akhir Sekali : SALAM LEBARAN Dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI Shaffik.com.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • 11 Kematian Akibat Denggi
  • Voip will make you happy.
  • Marah Anak Biarlah Sopan
  • Teringat Waktu Kecil-Kecil Dulu
  • Takder Broadband, GPRS Pun Jadi Laa..
  • Murahnya Keyword “Melayu”.
  • Develop Your Good Financial Habits.
  • Arsenal Mengganas Di Awal Musim.
  • Mak Memang Hebat.
  • Kes Pembunuh Pensyarah UITM Selesai

Tags: ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

7 Responses to “Salam Lebaran Dari Shaffik.com”

  1. aktechpage.com Says:

    Ada ketikanya MATA silap memandang,
    TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata,
    FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga,
    Mohon maaf atas segalanya.

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    [Balas Komen]

  2. Fatin Pauzi Says:

    Selamat Hari Raya, Shaffik.
    Maaf Zahir dan Batin. :)

    [Balas Komen]

  3. Berita Semasa Says:

    neway, Selamat hari raya Aidilfitri
    ketika makan rendang n ketupat di sana
    ingat2lah orang di sini

    [Balas Komen]

  4. Shaffik Says:

    aktechpage : Selamat Hari Raya.

    Fatin : Selamat hari raya juga untuk kamu. Maaf zahir batin.

    [Balas Komen]

  5. negaraku.net Says:

    Salam Lebaran Dari Shaffik.com…

    Hari ini adalah hari yang terakhir semua umat Islam di Malaysia berpuasa. Semestinya semua sibuk dengan persiapan terakhir hari ini. Ada yang ke pasar membeli dading, barangan dapr untuk menyambut hari raya. Semalam aku selesai mendaftarkan Passport un…

  6. smellsam Says:

    salam…ziarah

    [Balas Komen]

  7. dr.aku.la Says:

    aku rase belom terlambat nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua pengunjung shffik.com

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :