Berhari Raya Di Tol Jalan Duta

By | September 15, 2009

Pejam celik pejam celik dah nak pun kita berhari raya. Harap Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Pagi ini aku pergi kerja dengan tenang. Mengapa, sebab kebanyakkan kerja sudah dibereskan di tambah pula mood raya dah tiba kan.

Sambil-sambil memandu, siaran Sinar.FM menjadi pilihan aku setiap pagi. Celoteh SY, KE dan Kril mampu buat aku tersenyum semasa memandu. Tetapi pagi ni aku bukan setakat senyum, malah gelak besar mendengar cerita seorang pendengar Sinar.FM.

Topik Sinar Pagi hari ini adalah Kisah di Hari Raya. Bila dengar topik ini mungkin banyak cerita mengenai raya kan. Macam-macam kisah yang kita dapat agak keluar dari mulut pendengar Sinar.

Ada satu cerita yang membuatkan aku tergelak besar pagi ini. Kisah ini datangnye dari seorang pendengar yang bernama Wan kalau tak silap. Dia menceritakan pengalaman menyambut Aidilfitri pada tahun itu. Dua tahun lepas kot. Wan bertolak pulang ke Kampung daripada Ipoh sebelah malam hari raya. Siap berbaju melayu Plus songkok pulang ke kampung.

Rancangannya untuk terus solat sunat hari raya. Sebelah malam bertolak dari Ipoh singgah di KL untuk ambil kawannya yang juga ingin pulang ke Kampung. Tetapi nasib tak baik Bila masuk ker KL melalui Tol Jalan Duta, kesesakkan yang amat sangat.

Kesesakan kira-kira hampir 3 kilometer menuju ke TOL. Jalan Duta. Kira-kia jam 5.30 pagi barulah Wan sampai di Tol dan dengan confidentnya senyum kepada jurutol tu. Senyum pun yer senyum, selok poket untuk bayar TOL. Selok punya selok rupa-rupanya Wan Tertinggal wallet. Hahahahahaha. Bikin lagi gawat.

Tengah kelam kabut merayu pada jurutol tu, tup tup lampu minyak menjadi merah pulak. Rupa-rupanya minyak kereta dah nak abis. Ya Allah. Dah laa wallet tertinggal, minyak kereta pulak dah nak abis. Wan pun parking keretanya di tepi Tol. Menunggu pertolongan dan rakan-rakan. Waktu itu dah menjelang pagi dah.

Sambil menelefon rakan-rakan, keluar laa pulak lagu-lagu raya. Wan nak menangis di situ tetapi diselitkan unsur-unsur kelakar yang berlaku pada dirinya.. heheheheh..Kesian. Akhirnya rakan Wan datang dari Seremban, Itu pun dah pukul 11 pagi. Tak apa lah dapat jugak Wan Berhari Raya di Tol Jalan Duta. Hehehehe..bila dengar cerita ni, nak tergelak pun atas, kesian pun ada. Hehehehe. So saper2 nak balik kampung jauh2 tu Wallet jangan tertinggal yer. Lagi satu pastikan minyak kereta cukup yer…hehehehehehe..

7 thoughts on “Berhari Raya Di Tol Jalan Duta

  1. Pingback: negaraku.net

  2. msarbin

    aih haritz, betui ka jalan lama kurang jem..hehehe. Ni first time nak balik raya Kedah.

    kena ubah plan sikit nih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.