Songkok Menyelamatkan Suami Anita Sarawak.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General, Hiburan, Komputer, Rumah Tangga

Pagi ini ada agak terkejut apabila membaca Harian Metro di paparan muka surat pertama. Kejadian berlaku semalam kira-kira jam 5.30 petang di hadapan rumah Ibu Tiri Anita Sarawak Umi Khaltum. Anita Sarawak dan Mahathir ingin membawa Ibu Tirinya ke majlis berbuka puasa di Finas. Bila sampai di hadapan rumah Ibu Tirinnya, pemandu Anita Sarawak turun untuk ambil payung di but kereta, ketika hujan renyai waktu itu.

Tetapi pemandu Anita Sarawak dan Mahathir agak pelik mengapa pemandunya mengambil masa yang lama untuk hanya mengambil payung. Bila Mahatir pandang ke belakang, empat orang penyamun sedang menyacukan parang ke arah pemandunya. Mahathir terus sahaja keluar untuk menyelamatkan pemandunya.

Mahathir sempat mencekik seorang daripada penyamun itu. Tiada apa yang di fikirkan Mahathir, hanyalah untuk menyelamatkan Isteri dan pemandunya. Namun seorang dari peyamun itu sempat melibaskan parang ke arah kepala Mahathir.  Apapun nasib Mahathir  agak baik apabila songkok yang di pakai di kepalanya menyelamatkan diriya daripada cedera yang teruk. Lalu seorang dari penyamun mengajak rakan-rakan yang lain untuk melarikan diri menggunakan dua motosikal.

Alhamdulillah perkara yang lebih menyayat hati yang berlaku. Mahathir menerima banyak jahitan di belakang kepala. Sewaktu kejadian Anita Sarawak hanya berdoa ” Selamatkanlah Dia sekeluarga daripada mala petaka”.  Alhamdullilah semua selamat. Harap Kak Nita tabah menghadapi dugaan Tuhan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sumber : Harian Metro Sabtu 12 September 2009

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…
  • Haruskah Karam Singh Walia Dimaafkan?
  • Kehijauan Zainal Abidin
  • Melayu atau Mamak?
  • Tersangkut Dalam Van Roti.
  • Kena lagi 5-0
  • Bengkel Blogging Tiba Lagi
  • Kasut di Kepala Bush Tinggi Nilainya.
  • Satu Perak Untuk Kontinjen Malaysia
  • Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

6 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. alone says:

    jahat betul la manusia sekarang. Alhamdulillah beliau selamat.

    [Balas Komen]

  2. Ezad says:

    Shaffik bila ko nk pkai songkok plak..hehe

    [Balas Komen]

  3. titan says:

    kene pakai songkok la lepas nih..

    [Balas Komen]

  4. dr.aku.la says:

    songkok = safety helmet???

    [Balas Komen]

  5. Shaffik says:

    Dr.Aku : Mungkin masa tu, Songkok dah jadi safety helmet untuk Suami Kak Nita. Alhamdullilah semuanya selamat.

    [Balas Komen]

6 Comments Trackbacks For This Post

  1. negaraku.net

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge