Teringat Waktu Kecil-Kecil Dulu

By | September 9, 2009

Pagi ini aku dapat satu email yang agak menyetuh hati. Bukannya apa, cuma kandungan email tu mengingatkan aku dengan masa-masa kecil dahulu. Rakan-rakan juga pernah merasainya. Rakan-rakan yang lahir sekitar tahun 70-80an mesti ingat perkara-perkara dibawah :

1) Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.

2) Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar-gambar aje. Bile ade program Nilam, sibok semua nak pinjam buku.

3) RMT kat sekola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm….

4) Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

5) Main lawan-lawan pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenarnya, utk padam!

6) Pakai pembaris yg bergerigi, kat dalam ade air, pastu ade bende berkilat dlm air tu.

7) Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah2 tapi tak pernah pun nampak cikgu pegang pon kat situ. Haaa yang ini aku pun pelik.

8) Bulu ayam jd ramping kerana sering dijadikan rotan.haa ni sumer kerja Cikgu-cikgu laa ni…maaf yer cikgu.

9) Time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time color semua hampeh. Ade juga buat anyaman pakai kertas warna, hahahahahaha..

10)  Kalau cerita bab Game pula. Game 2D adalah yang paling popular ketika itu. Apa gamenyer ? Super contra, Super Mario, Street Fighter, semuanya pakai macam tape ataupun card slot tu..

11) Jam tgn Boy London jd idaman, sebab bole tukar-tukar color ikut suhu dan cuaca.

12) Dulu takut betul bila nak inject BCG tetapi lepas inject poyo la pulak. Hahaha..nak nak bila takut-takutkan budak-budak yang belum inject BCG.

13) Bila balik dari sekolah mesti beli JoJo tak pun Dendang, tak pun Ding Dang. Tora pon best gak. Beli       semata-mata nak mainan, coklat die x mkn pon.

14) Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu. Hahahahaha

15) Siri kartun yang menjadi pujaan masa tu. power rangers, ultraman, transformers, kickers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. Kerana cerita kartun inilah yang menyebabkan aku sering kali ponteng sekolah agama.. Alasan tertidur. Sekali 2 mak percaya, dah banyak kali jangan di harap.

Hai inilah kisah-kisah suka duak yang berlaku semasa kita kecil dahulu. Macam-macam ragam. Maklumlah zaman budak-budak. Masa tu tak terfikir pun pasal duit kan. Menghabiskan duit adalah. Tapi inilah kegembiraan sewaktu kecil dahulu. Memang riuh rendah kan. Alamak ada yang tersenyum simpul bila baca yer..hehehehehehe..:)

Tapi ini mungkin tak dapat di lihat pada kanak-kanak zaman ini. Zaman berbeza dan cara permainan serta cara kehidupan kanak-kanak sekarang juga berbeza kan. Ceritakan cerita-cerita anda pula ya.

7 thoughts on “Teringat Waktu Kecil-Kecil Dulu

  1. Pingback: negaraku.net

  2. boy_bersahaje

    Hahaha macam tau je aku tengah dok senyum kambing sorang2. Aku paling suke:

    1) Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.

    4) Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

    10) Kalau cerita bab Game pula. Game 2D adalah yang paling popular ketika itu. Apa gamenyer ? Super contra, Super Mario, Street Fighter, semuanya pakai macam tape ataupun card slot tu..

    Teringat mase sekolah rendah siot. Gile riang time tu. Hahahaha. Nice entri bro!!! Banyak kali dah aku baca kihkihkih

    Reply
  3. aku..

    teringat jgk time nk gi sekolah agame..
    singgah kedai beli gul2 utk bekalan dlm kelas… pegi bedua… sorang beli.. sorang lg cover line.. copet gule2 masuk beg… hahahaha

    Reply
  4. ron

    aku merasai zaman kanak2 ketika 80an..ingat lagi masa tu yang aku tak boleh lupa bila setaip kali nak tgk rancangan meero attack terpaksa selak langsing umah orang sebunyi2 sebab masa tu tv3 bukan semua umah dapat…jadi penah aku tersungkur kat tangga umah flat apabila dijerkah tuan umah..

    Reply
    1. Shaffik

      Ron..memang best laa pengalaman ko..mungkin umur kita berbeza. Time aku dulu dah dapat dah TV3..citer tu memang best.

      Reply
  5. putra

    nice entry bro..
    tringat waktu kecil2 daulu..

    korang ingat x nama tajuk citer tomatoman.. aku search kat google x jumpe r

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.