Bertuahnya Kalau Isteri Memahami

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Agama, General, Rumah Tangga

Photo By Shaffik Photo.

Photo By Shaffik Photo.

Ini adalah satu kisah yang berlaku pada diri aku. Aku memang bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dengan Isteri aku (Suhaile Bte Khairuddin).  Memang betul kata orang, kalau Tuhan tentukan Jodoh kita dengan seseorang itu mesti ada hikmat di sebaliknya. Kerana Tuhan Maha Mengetahui.

Setelah berkahwin, tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah kepada seorang anak lelaki yang comel (Muhammad Akif Zahin) memang berat. Terutama didikan agama dan segala keperluan harian mereka berdua. Inilah adalah satu cabaran yang amat hebat. Kalau dulu masa bujang semua mungkin cukup jika hanya bergantung pada duit gaji. Tetapi kini segalanya berbeza.

Tapi aku yakin pada sesuatu, jika Tuhan memberikan jalan untuk menambahkan peluang untuk mencari rezeki yang halal, Insyallah rezeki untuk anak dan keluarga itu akan ada. Insyallah selagi kita berusaha untuk menyara keluarga, segalanya akan cukup.

Selepas berkahwin, aku membuat kerja part time sebagai Wedding Photographer / Jurugambar Kahwin dan juga sebagai seorang blogger. Alhamdullilah Isteri aku amat memahai kerja sambilan yang aku buat sekarang. Bukan mudah untuk di terima oleh semua orang. Contohnya sebagai seorang wedding photographer, hujung minggu itulah masa berkerja. Kadang kala sebulan sampai tak ada masa meluangkan masa dengan keluarga. Kebanyakkan job hanyalah di hujung minggu.


Sebagai blogger pula, waktu malam aku kadang kala tidak seperti orang-orang lain. Mungkin orang lain menonton Tv bersama keluarga. Tetapi aku kurang sikit. Bukan tak ada langsung. Masa aku banyak dihabiskan dengan berblogging untuk menepati kehendak client. Tetapi as long as aku masih berada di rumah. Dapat laa melihat telatah anak dan isteri di depan mata kan. Mungkin lebih elok dari tidak berjumpa anak langsung kan.

Aku bersyukur sangat dengan Tuhan, kerana di Jodohkan dengan Isteri aku. Amat memahami apa yang aku buat. Bukan setakat memahami, kadang kala membantu aku di dalam mencari idea dalam kerja-kerja photography dan blogging aku. Malah dia lah yang sentiasa mengingatkan aku agar meneruskan usaha-usaha yang aku lakukan sekarang. Pengorbana dari segi masa dan kesabaran itulah yang banyak menjadi inspirasi dan semangat kepada aku untuk meneruskan usaha aku mencari pendapatan yang lebih untuk keluarga. Tiada apa yang mampu diucapkan hanyalah terima kasih yang tidak terhingga kepada Isteriku yang telah banyak berkorban untuk keluarga.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • 10 Perkara Yang Tidak Di Ketahui Tentang Seorang Blogger.
  • Lumrah Bila Menjadi Seorang Bapa
  • Marah Anak Biarlah Sopan
  • Dilema Seorang Suami (Bahagian 2)
  • Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan
  • Seronoknya Menjadi Seorang Bapa
  • Suami menjadi surirumah? Boleh ke?
  • Dilema Seorang Suami
  • Jasa Yang Tidak Ternilai

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

16 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. life4hire says:

    alhamdulillah…ko patut bersyukur isteri ko memahami..kalau ko rasa dh kukuh…ko jd jer full time photographer + blogger..insya allah lg banyak masa ko nak spend ngan family

    [Balas Komen]

  2. kita says:

    kalau nak lagi best…ajak n pengaruhi bini jadi seorang blogger n nak best lagi ajak anak sekali :)

    [Balas Komen]

  3. Shaffik says:

    L4Hire: Full time blogger? Mungkin akan difikirkan bila segalanya kukuh..

    Kita : Memang ada plan..nampak die pun berminat jugak…mungkin akan diserapkan dalam niche fashion kot..hehehehe

    [Balas Komen]

  4. megat says:

    alhamdulillah, beruntung. seperti aku juga yg memang sedia memahami apa yang aku lakukan.

    yang peling penting mereka juga ada minat untuk ceburi bidang yang sama. boleh jadi satu family join bidang sama he3.

    [Balas Komen]

  5. Shaffik says:

    Megat : Jika satu family menceburi bidang yang sama lagi laa bagus..senang kerja..

    [Balas Komen]

  6. en_me says:

    alhamdulillahh ghiteww..

    [Balas Komen]

  7. Ezad says:

    Wah seronoknya, aku bilalah nak berbini..hehe

    [Balas Komen]

  8. Isteri yang memahami adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Semoga aku juga di kurniakan isteri begitu. Amin :)

    [Balas Komen]

  9. rohaizad says:

    AKu nak cari bini macam bini ko jugaklah… ini yang aku jumpa semuanya agak sosial daaa…

    [Balas Komen]

  10. alone says:

    pergh. bertuahnya dapat isteri yang memahami.. semoga saya dapat isteri yang solehah juga.. Amin.. heh2

    [Balas Komen]

  11. Shaffik says:

    boy : Insyallah..kalau kita baik..jumpa lla yang baik..

    Rohaizad : Jumpa laa tu nanti..

    Alone : Alhamdullilah..dapat isteri yang memahami apa yang kita buat…

    [Balas Komen]

  12. Fatin Pauzi says:

    Betapa isteri yang memahami sgt dihargai. :)
    U are a good husband.

    [Balas Komen]

  13. titan says:

    ehm. best la ko yek. Hehe..

    [Balas Komen]

  14. apek says:

    bagi lah petua kat aku mcm mana
    supaya isteri boleh memahami suami

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tiada petua yang khusus. Yang penting apa sahaj yang kita buat, beritahu Isteri. Terangkan pada mereka sampai faham. Jangan hiding apa. Supaya tidak menimbulkan syak wasangka.

    [Balas Komen]

16 Comments Trackbacks For This Post

  1. negaraku.net

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge