Bagaimana Untuk Hidup Hingga 100 Tahun.

By | September 1, 2009

Setiap manusia di muka bumi ini pastinya menginginkan kehidupan yang panjang. Kehidupan yang sihat supaya sentiasa bersama-sama keluarga tersayang, anak-anak, rakan-rakan, pekerjaan dan sebagainya. Sebenarnya setiap manusia mampu untuk hidup hingga ke 100 tahun daripada segi logiknya. Tetapi Qada dan Qadar adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan.  Tiada siapa yang tahu.

Jadi bagaimana untuk kita semua hidup dengan sihat walafiat sehingga ke 100 tahun. Jika di panjangkan umur kita semua mampu mencapai umur 100 tahun. Percaya atau tidak. Ini semua akan terjadi jika kita semua menjaga kesihatan dengan sempurna sepanjang hayat kita. Kita selalu akan mendapat sakit jika kita terlalu menghadkan potensi kesihatan kita agar sentiasa menjadi lebih baik.

Aku sempat membaca sebuah artikel dari Dr Ni Maoshing seorang ahli perubatan di dalam Yahoo Group. Dia membicarakan hal ini. Bagaimana cara untuk hidup sehingga 100 tahun. Dr Ni menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara atau cara kehidupan seharian kita yang menyebabkan potensi kita semua pendek umur lebih pantas.

  • Memakan makanan yang tidak berkhasiat
  • Stress yang sering menjadi punca utama kesihatan kita terganggu
  • Kurangnya Exercise atau latihan. Sering berharap untuk tetapi tanpa latihan segala akan pudar.
  • Tidak bahagia di dalam kehidupan. Sering mengeluh dan meratapi nasib yang menimpa diri.
  • Kelebihan toksik di dalam badan.
  • Kurangnya cinta dan kasih sayang.
Jika kita semua ingin hidup lebih lama, kita mesti mengambil jalan keluar daripada masaalah yang di nyatakan di atas. Mungkin agak sukar bagi kita untuk mengubah segala tingkah laku seharian yang mungkin sudah sebati di dalam badan. Tetapi fikirlah secara positif, adakah kita cukup sihat untuk mengharungi kehidupan yang akan datang. Berikut Dr Ni ada memeberikan beberapa cara yang lebih mudah dan efektif untuk kesihatan yang lebih sempurna.
Tambah Dr Ni pula, jika mahukan kesihatan yang berterusan, ianya memerlukan 12-14 hari melakukan perkara-perkara di bawah secara berterusan. Ini adalah untuk membentuk minda kita supaya menerima sesuatu yang baru dan sedikit demi sedikit meninggalkan tabiat-tabiat yang memberikan mudarat kepada kita.
1) Minum lebih banyak air.  Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Adalah lebih elok jika minum air yang di tapis. Banyak produk tapisan air yang berkualiti di pasaran sekarang kan.
2) Makan makanan yang berkhasiat. Dr Ni menceritakan bahawa terdapat sebuah kampung di sebelah Utara China. Penduduk-penduduk di kampung ini di beri jolokan “daerah umur panjang umur” di China. Ini kerana penduduk-penduduk di situ kebanyakkan berumur lebih daripada 80 tahun. Apa rahsia mereka? Mereka hanya memakan ikan dan sayuran.
Jadi Dr Ni menyarankan agar :
  • Ambil lebih banyak sayuran di dalam makanan harian. Buah-buahan juga boleh membantu untuk memberikan kesihatan yang sempurna
  • Lebihkan makan ikan dan kurang makan makanan yang ber”daging”.
  • Kurangkan minum minuman yang bergula. Jangan ambil jika perlu. Begitu juga di dalam makanan anda.
  • Kurangkan mengambil lebih makanan Fast Food. Lebihkan makanan yang berkhasiat.
3)  Tetapkan waktu berehat dan tidur malam dengan cukup. Pastikan waktu tidur and cukup 7-8 jam sehari. Ambil waktu tidur yang berkualiti setiap hari.
4)  Latihan atau excercise. Jika anda terlalu sibuk dengan kerja, ambil masa 1-2 jam seminggu untuk permulaan. Amalkan latihan secara berterusan. Naik tangga juga boleh dikategorikan sebagai latihan harian. Gunakan tangga sebagai elemen untuk anda sentiasa berlatih setiap hari.
5) Kawal stress anda dengan baik. Pada masa ini stress adalah penyakit utama yang boleh memendekkan umur kita. Bagaimana menangani dan mengawal stress?  Satu cara mudah adalah :
Duduk dengan selesa di atas tempat duduk anda. Hentikan semua kerja-kerja anda. Ambil masa 5-10 minit. Tarik nafas dan lepaskan nafas anda dengan lembut sambil membayangkan otot-otot anda kembali rileks. Ulang sekali lagi sambil menyatakan perkataan “tenang” atau “rileks” atau seangkataan dengannya.
Hanya inilah amalan yang mudah dan efektif seperti yang di sarankan oleh Dr Ni untuk memperolehi kehidupan yang sihat dan sempurna. Walau apa pun segala terserah kepda Tuhan. Tetapi sebagai manusia yang tidak tahu akan ajalnya bila, lebih elok kita menikmati kehidupan yang selesa, sihat dan mungkin panjang umur. Insyallah

5 thoughts on “Bagaimana Untuk Hidup Hingga 100 Tahun.

  1. Pingback: negaraku.net

  2. Shaffik Post author

    Ni tgh pening..entri yang panjang ni kacau laaa pulak…kalau ada entri ni sidebar sumer ke bawah…pening kepala aku..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.