Marah Anak Biarlah Sopan

By | August 25, 2009

Aku pernah menerbitkan satu entri “Jangan Memalukan Anak“. Semalam aku berpeluang mendengar motivasi dari Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mengulas isi ini. Isu yang kadang kala kita tak perasan. Dan mungkin sebab-sebab inilah yang menjadikan anak kita tidak pandai, menjadikan anak kita sukar menjadi orang yang cemerlang dan mungkin juga sebab inilah anak-anak kita memberontak untuk tidak pulang ke rumah.

Apa isu yang di bahaskan yer? Shaffik ni asyik membebel jer dari tadi. Isunya memanggil  dan memarah anak-anak dengan bahasa yang tidak elok. Ataupun memarahi anak dengan bahasa-bahasa yang kesat. Mungkin pada sesetengah ibu bapa, ini adalah amalan. Dan mungkin juga ini adalah perkara biasa dan lumrah bagi mereka. Mungkin ini tidak terjadi kepada aku, sebab anak aku masih kecil lagi.

Tetapi menurut Dato Fadzilah Kamsah, mengapa anak-anak menjadi tidak pandai, mengapa anak bengap, mengapa anak-anak sukar mencapai kejayaan. Antara sebabnya ialah sikap ibu bapa yang memarahi anak-anak secara kasar. Contohnya, ” kenapa laa awak ni bodoh sangat, buat kerja matematik yang simple tu pun tak boleh ker ?”, ataupun bunyi sebegini ” apa laa bengap sangat abang ni, dah berkali-kali ibu ajar”. Mungkin banyak lagi cara marah yang kasar yang selalu kita dengar.

Dengan memarahi anak-anak sedemikian rupa boleh menjurus kepada apa yang di ungkapkan. Seperti contoh yang pertama, perkataan bodoh terpancul dari mulut. Ini memungkinkan anak-anak itu menjadi bodoh. Kerana setiap apa yang di ungkapkan itu adalah doa.

Percaya atau tidak, menurut kajian. Seorang  kanak-kanak berpotensi menerima 17000 caci maki daripada kedua ibu bapanya jika ibu bapanya sering memarahi mereka dengan bahasa kesat sehinggalah dia dewasa. Lihatlah betapa banyaknya perkataan caci maki dari ibu bapa. Tidakkah ia mejadikan caci maki itu suatu realiti.Contoh jika selalu perkataan bodoh yang keluar, tidak kanak-kanak itu akan menjadi bodoh?, jika perkataan jahat yang selalu keluar dari mulut, tidak anak-anak itu akan menjadi jahat?

Entri kali ini bukan sahaja untuk mengingat kan pembaca atau pengunjung blog Shaffik.com. tetapi juga mengingatkan diri sendiri jugak. Mungkin saat melayan kerenah anak ketika ini tidaklah seberat seperti ibu bapa yang mempunyai lebih 5 orang anak. Tetapi, isu yang di utarakan oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah itu memang ada betulnya. Jadi ingat-ingatlah jika marah anak. Cuba ungkapkan perkataan yang baik-baik seperti : “awak kan pandai kenapa buat lagi benda tu.” , ” Abang kan rajin, kenapa tak nak buat kerja sekolah tu”.

11 thoughts on “Marah Anak Biarlah Sopan

  1. Juliawan

    hmm…..bener tuh bro ,kadang anak diperlakukan seperti itu bro ,padahal kan anak itu adalah anugerah yang diberikan Tuhan kepada keluarga untuk dibesarkan dan harusnya di sayangi ya bro ^^ ,kalo misal anak dibilang bodo terus gt,anak tersebut akan merasa terpukul dan merasa akan memberontak juga,thanks bro nice artikel sob ^^ kalo boleh tukeran link yuk bro 😀

    Reply
  2. isma

    hurm…bagus ni…blh share bersama..dan aplikasikannya. yang penting kena ada kesabaran dlm mendidik anak2

    Reply
  3. haritz

    Emak aku selalu cakap kakak aku bengap dan bodoh buat kerja tapi dia bila besar dia ader PHD, camner plak tu hehee

    Nota: Anak adalah ujian dari Allah, biar dia baik atau degil ia tetap ujian dari Allah. Cara mendidik ikut keadaan dan daya tahan seorang anak. Ada anak yang perlu dimanja lebih dan anak perlu dimarah lebih tapi tidak sampai cedera atau sakit. Tp kalau boleh tak perlu guna perkataan kesat. Jadikan Al Quran sebagai panduan.

    Reply
  4. aku..

    Betul2 aku setuju…. hargai la pemberian Tuhan kepada kita…
    Ade berite sedey nk gitau…
    kawan kite AZALINA BINTI IBRAHIM.. baru kehilangan anak sulung dia… Meninggal 25hb Ogos 2009… bersamaan 4 Ramadan.
    Semoga dia tenang menerima ujian Allah… sesungguhnya anak dia akan tunggu dia dipintu syurga….
    Alfatihah

    Reply
  5. nuaeman

    Tugas sebagai ibu bapa ini bukannya mudah. Dalam hal mendidik anak-anak memanglah perlu berhati-hati. Mereka itu kurnia Allah kepada kita. Kadangkala sebelum memarahi anak dengan kata-kata kesat tu seeloknya ibu bapa kenangkan semula dosanya dengan Allah. Andailah tuhan itu bersikap sebagaimana kita mendidik anak-anak dah lama rasanya kita ni dibaham tanah. Dosa kita sebagai ibu bapa kepada Allah lebih banyak dari salah anak-anak kecil kepada. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang dianugerahkan kesabaran yang tinggi dalam memberi didikan kepada anak-anak. Terlanjur kata buruk padahnya untuk kehidupan anak-anak yang kita harapkan mampu mendoakan kita suatu hari nanti!

    Reply
  6. Fatin Pauzi

    Herm, setuju sangat tu, Shaffik. Nasib baiklah aku sentiasa pegang yang kata2 tu doa, hadith yang mengatakan Allah mengikut sangkaan hambaNya dan worry is a prayer for something u don’t want. Aku rasa semua tu berkait sangat dengan apa yang kita fikir dan kata.

    Reply
  7. KLIK KLIK DAPAT DUIT

    terima kasih shaffik,baru semalam marah anak sbb degil tapi x la sampai klua ayat2 yg x elok…cuma geram.insyaALLAH lepas ni akan saya praktikkan apa yg saudara shaffik post ni..thanks

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.