Pada jam 8.00 malam tadi aku keluar rumah untuk mengambil wife aku balik kerja. Dalam perjalanan pulang, pelbagai hal di bualkan. Aku pun teringat untuk call Abg Ipar aku untuk bertanyakan hal Bazaar Ramadhan di Simpang Renggam Johor.
Semasa membuat satu pusingan U (U-Turn) di belakang aku ada sebuah kereta lagi. Ingatkan kereta biasa. Aku pun meneruskan perbualan di telefon bimbit dengan Abg Ipar aku. Rupa-rupanya ianya adalah Kereta Polis. Itu adalah Kereta Polis Di Raja Malaysia. Yang Abg Ipar aku boleh pulak nak berbual panjang pulak.
300 meter selepas , pusingan U tu, Kereta Polis memuka lampunya, bukan lampu yang depan tu. Tetapi lampu yang kat atas tu. Aduh memang kena. Pada mula aku tak nak berhenti, tetapi selepas di HON oleh pak polis tu, aku dengan redha berhenti di tepi jalan.
Macam-macam doa yang aku baca supaya tidak di saman. Dalam hati memang Polis nak saman aku sebab aku bercakap di telefon ketika memandu. Bila keluar kereta, Polis berkenaan minta aku keluarkan Kad Pengenalan dan lesen memandu. Sambil keluarkan semua dokumen yang diberikan, aku buat pura-pura tanya apakah kesalahan aku.
Pebualan aku dengan Abg Polis tu:
Aku : Apa hal ni Encik. (soalan yang bebaur kepura-puraan).
Polis : Ni laa Encik…Orang semua ada lampu belakang. Kenapa lampu belakang Encik ni satu tak menyala?
Laaaa rupa-rupanya lampu belakang kereta aku satu tak menyala. Kenapa laa aku tak perasan?
Aku : Oooo mintak maaf laa Encik. Saya tak perasan. Besok pagi-pagi saya betulkan. (Ayat rayuan gombal)
Polis : Awak nak pergi mana nie? ( Wah Polis ni mahu kalit ke arah lain pulak).
Aku : Saya baru ambik wife nak balik Taman Cempaka.
Polis : Ooo. Asal Kota Tinggi Ya.
Aku : Ya Encik. ( Aku nampak Polis tu tulis nama aku di atas ke atas A4, “Bukan Surat Saman”).
Polis : Saya ingat nak kasi surat cinta laa kat awak? Boleh? (Aduh, dalam hati aku, memang sah kena saman ni).
Aku : Saya minta maaf laa Encik. Saya janji besok saya betulkan lampu belakang ni.
Polis : Wah kalau dulu dengan awek boleh pulak bagi surat cinta. (Dalam hati aku, dulu aku pakai sms jer)
Aku : Alamak Encik. Saya Minta Maaf banyak-banyak.
Polis : Ok. Besok awak mesti betulkan lampu itu ya. Jangan saya nampak lagi. Faham.
Aku : Baiklah Encik. Saya akan betulkan lampu tu esok. Terima Kasih Encik.
Aku pun bersalam dengan Polis itu, dan terus masuk kereta. Aku tunggu Abg Polis tu jalan dulu. Sebagai tanda terima kasih, aku mengangkat tangan kepada Polis berkenaan untuk menunjukkan penghargaan aku kepada mereka. Akhirnya aku tidak di saman.Mungkin nasib aku malam tadi baik sikit. Apa-apa pun Terima Kasih Abg Polis. Terima Kasih banyak-banyak. Jasa mu akan di kenang..
Entri Yang Menjadi Pilihan
Tags: Kereta Peronda, PDRM, Saman Polis





August 21st, 2009 at 10:58 am
alhamdulillah, tidak kena pada kesalahannya tu. ko dah baca doa kasi tak nampak eh? ha3.
yalah kadang-kadang takut polis cari makan je. jumpa yang baik, baiklah kisahnya. nasib he3.
[Balas Komen]
August 21st, 2009 at 1:04 pm
Hahaha, dulu bercinta boleh plak pakai surat cinta
. Nasib baik lah jumpa AIR yang ok. Kene yang minta duit raya, dah sakit pale. Kihkihkih. Apepun, Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan. Nanti aku balik jangan xnk jumpe plak
[Balas Komen]
August 22nd, 2009 at 5:03 am
hehe..rilex beb..tunggu weekend ni..arsenal lwn portsmouth wei !
[Balas Komen]
August 22nd, 2009 at 6:02 am
Megat : Tu laa pasal..nasib baik jumpa Abg Polis yang baik hati dan pekerti.
Boy : Ko sampai JB inform aku.
Life4Hire : Ok. Aku pun tunggu ni..
[Balas Komen]
August 22nd, 2009 at 6:35 am
Kalau perempuan, konfem tak kena saman. Hehe.
Aku dah banyak kali lepas. kekeke…
Plate patah yang tak pernah pasang lain.
Pakai yang patah tu je la. kekeke.
[Balas Komen]
August 22nd, 2009 at 12:50 pm
ehehe. baek punya dialog.
[Balas Komen]
August 24th, 2009 at 2:19 am
In truth, immediately i didn’t understand the essence. But after re-reading all at once became clear.
[Balas Komen]
August 24th, 2009 at 7:50 am
huh, igtkn kes rasuah.. hu3. naseb la jumpa polis baek.. Siap tanya lagi, “Saya ingat nak kasi surat cinta laa kat awak? Boleh?” Baik punya abang polis..
Boleh sujud syukur la bang. hahaha
[Balas Komen]
August 24th, 2009 at 8:06 am
JHafiz : Betul jugak eh..kena wat solat syukur ni..thanks ingatkan saya.
[Balas Komen]
August 25th, 2009 at 1:48 pm
kalau aku yang jadi polis tu, aku gari je ko… tapi aku bukan polis. hehe.
[Balas Komen]
August 25th, 2009 at 4:37 pm
Zaied : Sebab tu ko tak jadi polis..hahahahaha
[Balas Komen]
August 25th, 2009 at 11:46 pm
Polis paintball je.. hehehe..
[Balas Komen]
August 27th, 2009 at 3:18 pm
Polis tu pun nak buat pahala kot… maklumlah, bulan pose…
[Balas Komen]
August 29th, 2009 at 2:29 pm
salah sikit2 boleh dimaafkan kot..dia pon manusia still boleh bertolak ansur.
[Balas Komen]