Arsenal Mengganas Di Awal Musim.

By Shaffik on Sunday, August 16, 2009
Filled Under: Sukan

Sebenarnya agak terlewat sedikit untuk aku posting entri kali ini. Aku baru sahaja pulang dari rumah mertua di Kota Tinggi Johor. Jadi tak sempat untuk buat pos semalam. Pagi tadi agak lewat tidur menyaksikan perlawanan EPL sehingga 2 pagi. Team mana lagi kalau bukan team kegemaran aku Arsenal.

Arsenal lawan Everton pagi semalam. Perlawanan di Everton. Kalai terakhir Arsenal memang besar di Everton pada taun 1958. Pagi tadi Arsenal mengganas. Arsenal memang besar 6-1. Pada mulanya aku menjangkakan Arsenal akan seri pada perlawanan kali ini. Tapi Arsenal betul-betul membuat kejutan.

Leading pada separuh masa pertama dengan 3-0. Barisan Arsene Wenger tidak sedikit pun gentar pada perlawanan kali ini. Tanpa Adebayor, Kolo Toure dan beberapa bintang yang di selubungi kecederaan, The Gunners mendahului pada separuh masa pertama. Gol pertam di jaringkan oleh Denilson. Satu rembatan jarak jauh yang memukau semua penonton. Gol kedua pula hasil sepakan percuma dari Van persie yang disambut baik oleh pertahana Verma Elen. Player baru yang sudah mula serasi dengan pasukan Arsenal. Gol ke-3 juga dari sepakan percuma Fabregas yang disempurnakan oleh tandukan berbisa William Gallas. Kuda tua tetapi masih menyengat.

Mula pada separuh masa kedua, aku menjangkan tiada jaringan lagi. Everton mesti memperkemaskan barisan pertahanan mereka. Tetapi pada minit ke-48,  Cesc Fadbregas menyumbat gol yang ke-4. Menyambut baik hantaran Van Persie dan berjaya memperdaya Tim Howard menjadikan kedudukan selesa 4-0.

Gol ke-5 juga hadir dari gerakan secara solo oleh Cesc Fabregas dari tengah padang. Sepakan dari luar kotak penalti menerjah ke pintu gol Everton menjadikan kedudukan 5-0. Wah betul-betul pesta ni. Jaringan tidak terhenti di situ. Eduardor yang kembali dengan semangat baru menyumbat gol lagi pada minit ke-89. Wah memang ganas. Namun Everton menyumbat gol tunggal pada minit-minit terakhir untuk menjadikan kedudukan 6-1.

Jika diperhatikan Arsenal tidaklah berbelanja besar untuk musim ini. Hanya menjual 2 orang bintangya dan membawa masuk 1/2 orang pemain baru. Namun keputusan malam tadi membuktikan berbelanja besar bukan ukuran untuk menjayakan sesuatu team. Ini adalah satu amaran awal dari Arsenal bahawa mereka juga mempunyai satu pasukan yang unik dan berkaliber. Kepada team yang berbelanja besar hati-hati bila bertemu dengan Arsenal. Sebagai penyokong tegar pasukan Arsenal, aku mengharap momentum ini di teruskan. Sesuatu akan berlaku di akhir musim ini. Tahniah untuk Arsenal atas persembahan yang mengkagumkan pagi semalam.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Ashavin Sah Ke Arsenal
  • Bersinar Kembali

Tags: ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

17 Responses to “Arsenal Mengganas Di Awal Musim.”

  1. boy_bersahaje Says:

    Arsene Winger memang power melatih pelapis baru. Respek dengan kesederhanaan dia mengatur team management. Aku respek kat Arsenal pasal team work yg sangat menakjubkan. Tetapi Chelsea tetap di hati. Jangan marah ye rakan-rakan Arsenal :)

    [Balas Komen]

  2. denaihati Says:

    best lah team aku Arsenal menang ..pukul abis punya..hope diaorang boleh bertahan sampai penghujung season

    [Balas Komen]

  3. Shaffik Says:

    Boy: Harap ianyer berkekalan hingga ke akhir musim.

    [Balas Komen]

  4. ben Says:

    harap berterusan.. jangan jadi mcm dulu dah ler..
    yg penting.. jgn ade yg injured mcm eduardo dulu. abis hancur arsenal..

    [Balas Komen]

  5. Shaffik Says:

    Ben : Tu laa pasal..aku mengharapkan agar momentum ni diteruskan..

    [Balas Komen]

  6. alone Says:

    Boleh tahan gak Arsenal ni. Kemas dan pantas. Kagum2.

    [Balas Komen]

  7. Shaffik Says:

    Alone : cun ayat ko tu..kemas dan pantas…hehehehe

    [Balas Komen]

  8. life4hire Says:

    hehe…rilex beb…ni baru first game…tgk camana ngan celtic nanti..skang ni cesc, sagna n denilson ada injury..tak tahu lg leh main ke tak malam ni…

    [Balas Komen]

  9. apek Says:

    klu setakat menang 6-1 nak dibangga kan dan akhirnya kecundang nak buat ape. masa tu baru lah kor org sedar siape arsenal. tak apelah apa2 pun tahiah

    [Balas Komen]

  10. boy_bersahaje Says:

    apek— Rilex la bro. Just for fun. Kalau kecundang pun nothing to worry about. Ke kau ni die-hard-fan Everton? Kihkihkih

    [Balas Komen]

  11. nuaeman Says:

    Biasa-biasa jee Arsenal nih.. hehe.. (cam ayat jeles jee..)

    [Balas Komen]

  12. MyDailyBlog.Info Says:

    tuelah yg aku risau,mula – mula jea,lps tue dah x konsisten..

    [Balas Komen]

  13. haritz Says:

    Damn Arsenal, they were good

    [Balas Komen]

  14. apek Says:

    tak apelah kita negok je ape akan berlaku pada arsenal ya. jgn jadi mcm tahun lepas sudah.

    [Balas Komen]

  15. Bagan Says:

    aku rasa pun mula2 jekk ni. lama2 habislah..

    [Balas Komen]

  16. apek Says:

    ya aku sokong kor bagan.

    [Balas Komen]

  17. Shaffik Says:

    Wei ramai pulak yang jealous ngan kemenangan Arsenal yer…ermmm…kita tgk sama…

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :