Kesian sungguh aku tengok member aku ni. Dah ada tunang tapi macam tak ada. Member aku bertunang pada hujung tahun lepas. Kalau ikutkan perancangan untuk melangsungkan perkahwinan adalah sekitar bulan Disember tahun ini. Hari itu dia terpaksa meluahkan perasaan kepada aku. Aku bukanlah Doctor Love, tetapi sebagai seorang kawan, aku harus mendengar dan memberikan pendapat apa yang patut.
Member aku seorang yang tak banyak cakap. Ala-ala pendiam laa jugak. Tapi kalau kena regu, boleh juga di layan. Pertunangan mereka diaturkan oleh keluarga. Sebelum tunang pun memang jarang berjumpa, sesekali berjumpa family pulak dah berkenan. Dan dia nekad untuk sungguh-sungguh setelah beberapa kali kecewa.
Akur dengan kehendak family, di tambah pula umur nak sampai 30-sen. Member aku pun mengikat pertunangan. Semuanya berjalan dengan baik. Lancar. Tiada pergaduhan langsung. Tetapi apa yang memeningkan fikiran member aku adalah, keyakinan dia dengan tunangnya. Tunangnya seolah-olah tidak merasai alam pertunangan . Macam tak der feel dengan dia? Tapi mengapa menerima member aku sebagai tunangnya?
Apa itu alam pertunangan ? Segala cerita dan masalh kongsi bersama-sama, suka dan duka pun bersama. Masa pun lebih kepada tunangnya. Betul tak? Inilah masanya untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum menjejaki ke alam perkahwinan. Inilah masa untuk melihat adakah pasangan kita serius untuk menjadi pasangan hidup kita.
Tetapi ini semua tidak berlaku pada member aku. Tunang seakan tidak ambik endah soal tunang dan masa hadapan mereka. Bila di tanya “bersedia atau tidak untuk berkahwin dan menjadi isteri saya?”. Tiada jawapan yang keluar dari mulut tunangnya. Di sebabkan perangai tunangnya sebegini, member aku tidak merasai yang dia tu dah ada tunang ataupun nikmat semasa bertunang. Banyak benda yang dilakukan, tetapi masih tawar lagi.
Bila dia mintak pendapat aku, aku pun pening nak jawab. Aku mencadangkan agar hold dulu tarikh perkahwinan tu. Sebab berkahwin ni bukan suatu perkara yang mudah. Banyak aspek kena ambil kira. Lagi satu aku menasihatkan die agar lebih ambil tahu apa yang di minati oleh tunangnya. Fahami apa kehendak tunangnya. Mungkin dia belum bersedia lagi. Atau mungkin cara member aku melayan tunangnya salah agaknya. Ambil masa sikit lagi.
Apa pendapat rakan-rakan sekelian?
macam lagu kumpulan KISS lak .. dr.love
aku rasa la kan, kena tanya dua2 pihak dgr dua2 cite..bukan ape,kekadang masing2 kurang faham kehendak masing2..even kita yg nk tolg pn kekadang tak faham..rambut sama itam, ati lain2 beb..tp kalau mmg kompom x serasi, jgn teruskan walau mcmana sekalipn,dh xde jodoh,x leh nk paksa,bukan cite drama nk jaga ati famili,jaga kepentingan masing2..kawin paksa pn x wujud dlm islam.kahwin mesti dgn kerelaan,kesediaan dan kesanggupan susah payah sesama bile dh bergelar suami isteri.
Bagan : teringat masa zaman-zaman muda2 dulu…perkataan tu laaa yang digunakana.
isk..aku pn tak berani nak komen sangat..tp aku rasa diorang patut jumpa kaunselor duh !
kena jumpa kaunseling tu.. kena tau langkah yang terbaik..
Apak : Bagus pandangan ko nie..AKu suka…maner lamer menghilangkan diri…
Life4Hire : Betul. Patut jumper kaunselor
Alone : Itu langkah terbaik.
First, tanya tunang die, redha tak mereka bertemu atas kehendak keluarga? Tanya tunag die, dah ada boyfren ke sebelum ni?
Acting like lelaki tu redha mendengarnya so that die berani untuk berterus terang. Make her trust him, so that die tak takut kalau die berterus terang, perkara ni akn sampai ke telinga keluarga perempuan tu.
jodoh ajal maut rejeki sumer Allah tentukan.. insyaAllah, kalo memang jodohnya , cinta akan berputik selepas bernikah.. aminnn
a’kum… kwn shaffik kena fikir masak2 sbb pkahwinan ne bukan bleh buat main2. bukan untuk diperjudikan. keserasian, tolak ansur, saling menyayangi dan jujur itu antara faktor wajib yng perlu ada bagi setiap pasangan. klu skang x de komunikasi bile bkawin nnt susah nak cari keserasian. kite bukan macam zaman mak @ atok kite dulu2… sekali melangkah, dah x bleh undur lagi dah.
Fatin : Tu laa member aku cam redha jer..Tu aku ckp, fikir masak-masak.
En_me : wah bermadah nampak..
Ain : Zaman sudah berubah..betul-betul-betul..
Aku kawin pun family atur. Pada mula mmg lah camtu sbb tak kenal tp itu bukan alasan. Aku dulu dah tiga bulan bertunang belum bercakap ngan tunang aku. Ini takleh jadi, aku kena start dulu. Bila dah start makin ramah lak yg pada asal malu2 dia tu. Dekat hari perkahwinan aku tanya buat kali terakhir sama ada dia terpaksa kawin atau betul2 ikhlas sbb aku tak nak kalau dia dah berpunya tp kawin sbb takut kat mak bapak. Jawapan nya dia redho ketentuan Allah. Sejuk aku dengar. Mmg waktu tu dia ader boyfriend tp dia percaya pilihan org tua terbaik. Sekarang aku dah ader 2 anak hasil 8 tahun perkhwinan. Dan yang paling penting kami berdua bahagia. So itu jelah yang boleh aku kongsi ngan member kau tu. Seleihnya dia kena fikir dan buat keputusan sendiri. Walahualam.
Haritz : Best betul cerita ko ni…best..Sejuk jer membacanyer…
Sememangnya pertunangan adalah alam yang paling aku takut. Macam-macam cerita-ceritu aku dengar. Xnk la lelama tunang. Biarla lelama kahwin. Eh apa aku merepek ni. Kihkihkih. Yang penting keikhlasan dan juga menghormati selain dari bersifat bersahaja yang membuatkan segala masalah dapat di atasi 🙂
Boy : Wah dah berangan nak kahwin ko nie..abiskaan blaja dulu bro..heheheh
boy baca tak petikan dia kan dia dah habis belajar
umur pun dah dekat 30 sen
salam semua…
aku pon nk mencelah sikit… ape kate suh kawan ko tu wat solat ishtiqarah.. mintak petunjuk diri Allah.. itu lebih afdal… mane la tau… mase tu ketenangan datang dan dapat buat pilihan yang paling bijak… yg boleh membahagiakan kedua2 pihak…
aku pon tgh dlm alam pertunangan… oleh krn masing2 dok jauh.. aku pon kurang merasakan keseronokan alam pertunangan tapi bagi aku itu tak penting yg penting aku dan tunang aku redha jodoh kitorang dan masing2 berusaha untuk memperbaiki hubungan antara satu dgn yg lain…
semua org tau hal kawen ni bukn perkara main2. kite nk umah tangga yg di bina berkekalan tp kalo kite rase ade kekeliruan pada hubungan kite dgn pasangan… better kite selidik dulu then kite kene ingat Allah uji kite mesti ade hikmahnya… untuk kawan kite sorg ni… kene pikir jugak, Tuhan bg ujian untuk dia sebelum dia nikah.. kalo dh nikah., jd mcm ni lagi masalah…lagi teruk… silap2 blh bercerai berai …. so.. aku rase terbaik buat la solat istiqarah… minta pada Nya, itu lebih baik.. kalo petunjuk menyatakan dia bukan jodoh.. redha la dgn petunjuk tu… itu semua takdir Tuhan…
aku doakan yang terbaik utk kwn2 aku….
Kak Jie pun kenal 3 bulan, bertunang 3 bulan terus kahwin..memanglah macam2 yang difikir…lintasan2 jahat , gangguan syaitan nak halang kita mendirikan masjid…tetapi rasanya elok masing2 berterus terang….sebelum ada kes terpaksa.
Mungkin juga perempuan tu pemalu juga….
aku : betul tu..mintak petunjuk dari Allah. Lebih baik. Semoga segala yang baik berlaku atas dirinya.
Kujie : Betul jugak kater kak jie, mungkin 2 2 pemalu..tu sebab cam rasa bosan kot..
Ya Rabbi.. siannye dengor.. kne rapat lagi tu. kenal ati budi. isk, ade jgk kes mcm ni ye? Cuba amik ms la sket, terus terang, ade ape yg xkena, kalau 1 pihak xterus terang, tu yg jadi masalah tuu… lg 1, yg agak penting, solat istikharah. Allah akan bg yg tbaik utk kita. Petunjuk dari Nya, sapa yg xnak kan? Tinggal lagi nak buat ke tak je… btw, ini pendapat peribadi. saya pon bukan Doc Love.
JHafiz : Tuan punyer badan pun dah meluangkan masa melawati Shaffik.com . Mungkin segala pendapat di ambil kira. Semoga die n tunangnya berbahagia. Tambahan pula di bulan Ramadhan ni kan.
ya betul shaffik mungkin dia dah baca semua pendapat kita
bagi saya percintaan itu satu amanah yang harus dipikul bersama .baik si suami atau si isteri perlu memahami antara satu sama lain sebelum mendirikan sebuah masjid.aku pun bukannya pandai sangat cuma nak tengok orang bahagia je .so good luck k
Thanks hijau. Satu komen yang membina. Jadi sama-sama suami isteri memikul amanah yang diberikan.
just for sharing.
saya kawin dgn suami skrg atas cadangan calon dari kawan2. sebelum kawin dulu, saya pun malas nak layan bakal suami termasuk sms atau call apa lagi nak keluar dating. RIMAS LA.
Tapi saya spend byk masa utk baca buku ttg perkahwinan. after nikah, kami try utk fall in love dan saling mengenal. so far, 4 tahun nikah dgn 2 org anak byk mematangkan kami ttg tanggungjawab suami isteri dan ayah ibu.
apa2 hal kami byk berbincang dan membantu sebaik mungkin.
lain org lain kerenahnya.
ummuuswah recently posted..Dapatkan RM500 Anda Di sini !