Halim Othman Kembali.

By | August 10, 2009

Ingat lagi tak Halim Othman. Dahulunyer DJ Era dan berpindah ker Sinar FM. Kemudian tiba-tiba Halim Othman hilang. Menghilangkan diri. Tak tau laa aper projek die buat. Ada laa tu agaknya. Pagi ni bila bukak Sinar.fm terdengar suara Halim Othman. Seorang DJ yang menjaga reputasinya dengan baik.

Topik Sinar Pagi menambahkan lagi keceriaan mendengar Sinar.fm. Aku memang pendengar setia Sinar FM. Mengapa? Sebab telatah Saleh Yaakob, Kak Engku dan Khairil Rashid mampu membuat aku tergelak pagi-pagi nak pergi kerja. Dari isu rumahtangga hinggalah isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat kita.

Tambahan pula pagi ini diceriakan dengan kehadiran Halim Othman. DJ yang lama menyepi. Tetapi kesian jugak dengar bila SY, KE dan Kril seakan membuli Halim Othman. Yer laa, kalau di dengar dari soal kelakar dan keceriaan, aku nampak Halim Othman kureng bab-bab macam ni kan. Lagi-lagi SY. Satu gurauan yangย  melekat untuk Halim Othman, DJ yang bercakap tapi macam tak buka mulut. hehehehe.. Tak apa lah, mungkin Halim Othman telah biasa dengan dieorang semua tu.

Ingat lagi dulu, Halim Othman mencipta Rekod On Air paling lama. Kalau tak silap 48 jam tanpa henti. Memang respek. Tetapi satu jer yang aku tak berkenan sikit dengan Halim Othman ni, tang bab lawak die. Kadang lawak die tu kena berfikir dengan mendalam sikit. Dengan kata lain lawak untuk ahli koprat. Apa-apa pun Halim Othman tetap segar di ingatan semua pendengar radio di Malaysia. Aku mencari lagi seorang DJ yang menjadi kegemaran aku. Siapa ya? Isma Halil. Mana dia sekarang eh?

*** Sekarang Halim Othman Bertugas di Suria FM. Waktu Pagi bersama Zizi…..

10 thoughts on “Halim Othman Kembali.

  1. gua pun suka halim

    aku search2 google.. jumpa laa blog kau ni. ๐Ÿ™‚

    menarik gak.. pagi ni buka2 radio dengar suara halim ni.
    suara dia ni macam ada pakai susuk laa.! sedap di dengar.
    walau bukan menyanyi pun..

    kemana dia? apa projek dia? aku pun tak tau.. sebab dah last minit dah dengar.. last lap dah.

    Isma Halil? – hilang entah kemana dah mamat ni… jadi DJ kampungan aje laa.. , perangai tak semenggah.. macam mana nak naik..

    suara best., rancangan dia kalau dengar pun best gak..! tapi dia ada attitide problem.., punya banyak stesen bertukar ganti.. semua pun berakhir dgn tiba2.. (so.. lu fikir laa sendiri.. sapa yg problem gitu) ..

    ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. Amirez

    salam bro shaffik..sihat?
    lama tak dgr cerita halim othman.
    dia kat sinar rupanya.
    aku skang pun dh jadi peminat sinar..
    tp kalau pagi2 selalu dgr hotfm..tunggu panggilan hangit hehe.
    abg isma halil hamzah pun dh lama menyepi.
    puas dh cari info terkini psl dia tp x jumpa2

    Reply
    1. mycy

      Yer betul…Isma Halil Hamzah sekarang DJ kat THR Gegar Pantai Timur dari pukul 4pm~8pm…boleh dengar kat web atau Astro jika di luar kawasan Pantai Timur.Jika dulu dia amat dikenali sebagai DJ metal semasa bertugas di Radio Muzik.Selalu menggamitkan suasana di tengah-tangah malam dengan lagu-lagu metal terutama lagu dendangan XPDC.
      Tetapi kini bersama THR Gegar ‘metal’nya sudah hilang…dia lebih menjurus kepada irama balada dan slow rock…tetapi dia mempunyai pengaruh yang amat kuat dikalangan pendengar-pendengar radio. Sebab apa????huhuhu…panjanglah pulok…

      Reply

Leave a Reply to gua pun suka halim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.