Sehari selepas perginya Pengarah yang berkaliber Yasmin Ahmad, Surat Khabar kosmo mengeluarkan satu berita yang seakan mengaibkan arwah Yasmin Ahmad. Aku tak sangka sekali Kosmo boleh bertindak keterlaluan sampai tergamak mengeluarkan berita sedemikian semata-mata untuk melariskan jualan Surat Khabar mereka.
Yang memelikkan aku adalah mengapa di Kosmo sahaja yang mengeluarkan berita sebegitu? Aku tak nampak pun di surat khabar lain. Memamg mengaibkan. Tak terfikir ke apakah perasaan kelaurga arwah. Kawan terdekat. Mereka mesti menerima tempiasnya.
Lagi satu yang aku musykil, mengapa cerita Yasmin Ahmad lelaki keluar setelah dia meninggal? Mengapa tak dari dulu lagi cerita ini keluar. Mungkinkah ini satu rancangan yang sememangnya semata-mata ingin mengaibkan keluarga mangsa. Bayangkanlah perkara yang sama berlaku pada ahli keluarga kita semua, apa yang kita rasa.
Jika cerita ini semua tidak benar, bukankah ianya satu fitnah besar-besaran. Ya Allah apa dah jadi semua ini. Ada pula rakan-rakan aku membuat fotokopi mengenai cerita ini. Sebar-sebarkan pada rakan-rakan yang tidak membaca kosmo. Ada pula yang menghantar email. Dari satu email ker satu email. Sedarlah kawan-kawan sekalian, jika anda salah seorang dari mereka, hentikanlah menyebar cerita ini. Jika cerita itu semua tidak benar bukankah anda semua menjadi penyebar fitnah.
Benar atau tidak itu hanya arwah sahaja yang tahu. Mungkin rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu. Tetapi orang tu dah pergi pun. Biarkan dia berhadapan dengan Tuhan. Yang masih hidup ini, hentikanlah cerita-cerita sebegini. Tidak elok mengaibkan orang lebih-lebih lagi orang tu dah tak ada. Tidak elok juga ianya untuk diwariskan kepada anak-anak kita. Jika tidak dihentikan mungkin melarat sampai ke anak cucu kita nanti. Jadi fikir-fikirkanlah.










Twitter Updates

Dalam kes ini, kita pertikaikan bukan cerita benar atau tidak, tetapi cara dan waktu berita itu disiarkan. Gossip tetang diri arwah Yasmin Ahmad bertebaran di dunia internet sejak bertahun dulu, ramai orang mengetahui tentang ini.
Kenapa mesti tunggu orang tu dah meninggal baru nak siarkan?
Motif?
[Balas Komen]
betul.. sokong kamu..
http://www.zonartis.com/gempar-kosmo-dedahkan-siapa-yasmin-ahmad/
[Balas Komen]
yup betul tuh…kat internet dh lama tau dah…tp yasmin dh meninggal baru nak kecoh2 kan….benda biler bukan dr darah daging kiter…mmg sedap nk kuarkan tanpa pk panjang….
[Balas Komen]
aku setuju ngan kak jie n haja…sudah2 ler tuh..tak patut kita buka aib orang…
[Balas Komen]
betul.. setuju2.. hentikanlah… tak baik dowh.. kesian kat family diorang..:)
[Balas Komen]
kosmo mmg slalu ambil kesempatan..
nak lariskan paper je ni…
[Balas Komen]
Kak Jie : Good Komentar …
Haja : Aku setuju..sebab bukan darah daging memang sedap jer..
L$4HIRE : Memang tak patut..
[Balas Komen]
Tu la. Aku pun bengang gak. Semakin lama arwah meninggal, semakin banyak cerita disebarkan. X(
[Balas Komen]
Bukan itu sahaja malah di forum-forum hangat diperdebatkan isu ini.. Bila berbicara pula soal “mengapa Allahyarham dan bukan Allahyarhamah” benar-benar menampakkan kedangkalan orang-orang kita.
Yang dah pergi usahlah dibuka aibnya.. soal status asal kejadiannya itu ciptaan Allah taala.. apa yang dilakukan simati adalah tanggunjawab dan urusannya dengan Allah taala.. Yang sibuk-sibuk bercerita dan berteka-teki tentang simati tu dah bersedia ke nak mengadap tuhan?
[Balas Komen]
yang sudah sudahlah.
doakan pada mereka yang sudah pergi. Al-Fatihah.
[Balas Komen]
semoga roh nya tenang…
[Balas Komen]
kebenaran itu pahit, tapi kalu boleh dibuat ikthibar apasalahny. Tapi klau dah mengaibkan salahh pulak.
ps:Pondan pertama yang disanjung di Malaysia
[Balas Komen]
Aku suka Baca Kosmo…sebab banyak artikel2 menarik dalam akhbar tu…Pasal Yasmin Hamid aku x kisah sangat…sebab xde bende yg mendatangkan faedah kpd aku nak tahu kisah peribadi dia…Filem2 dia pun ok lahh….banyak yg tersirat..aku lebih suka Action Movie…
[Balas Komen]
Fatin : Kalau cerita tu elok-elok tak apa la…ni mengaibkan arwah dan keluarganya..tu yng sedih tu..
Nuaeman : Baik sediakan diri sendiri untuk menghadap tuhan..
Alone : Al-Fatihah….
Harithz: bila mengaibkan tu yang tak sedap di dengar tu ..
aktechpage : ini kena kisah bro..Kita hentikan..kalau tak lagi parah nanti..
[Balas Komen]
kalau kita ada dosa dengan anak adam,kena minta maaf dengan empunya badan.. kalau dah meninggal? macamana nak minta maaf sebab dah aibkannya?
[Balas Komen]
Sam : itu laa pasalnya..masalahnyer orang tu dah meninggal mcm maner nak mintak maaf…
[Balas Komen]
aku lihat dari kesan dan fakta. If its good. Aku suka. Jika tak pun, aku lihat dari sudut berbeza. dunia ni memang aneh.
[Balas Komen]
biasa la tu.
bila org tu da xde.
sumer hal2 lama sumer kuar.
baik buruk sumer kuar.
ps.: perkataan Allahyarhamah sebenarnya salah. Cuma ada Allahyarham sahaja. (bermaksud Allah merahmati) Allahyarhamah salah dari sudut tatabahasa bahasa arab. cuma budaya melayu (org malaysia) suka tambah imbuhan -ah utk org perempuan.
[Balas Komen]
Eyeman : Memang aneh..lagi2 di tambah pada orang yang suka jaga tepi kain orang…hahahaaha
pcuserz : Thanks bro..Satu peringatan yang baik. Itulah yang aku kesal. Orang tu dah tak ada pun. Sibuk lagi bercerita pasal die..
[Balas Komen]
Membuka aib orang memang berdosa…..nanti aib kita pula akan dibuka oleh Allah.
Jadi ada banyak pengajaran dalam hal ini,bersamalah kita jadikan ianya sebagai satu iktibar.
[Balas Komen]