Urgent Warning From Maybank2u

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Buat Duit, General

Pagi aku menerima satu email daripada Maybank2u.com.my. Email ini menyatakan bahawa telah berlaku transaksi yang tidak berkenaan pada akaun maybank aku.  Email berkenaan juga menyatakan bahawa akaun Maybank aku telah deactivated untuk tujuan keselamatan.

Aku pun cuba untuk login ke Maybank2u.com.my. Aku boleh login tanpa masalah. Maksudnya inilah yang dinamakan email tipu. Siap ada tulisan merah lagi di akhir ayat email itu yang menyatakan akaun aku akan di tutup sekarang. Untuk mengaktifkan balik akaun maybank, aku di minta klik di perkataan www.maybank2u.com.my.

Wah sungguh bijak. Tapi bila aku letak cursor mouse aku di perkataan www.maybank2u.com.my, rupa-rupanya link address tu ke alamat lain. Jika aku klik, aku akan di bawa ke alamat http://www.mattx-m2u.com/M2ULogin.htm. Aku sertakan satu gambar. Lihat di bahagaian bawah yang dibulatkan warna merah. Haa, inilah cara mereka mengambil username dan password banking kita.  So kawan-kawan, berhati-hati dengan email sebegini. Jika tidak, habis duit korang dalam bank tu.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Dulu Bush, Kini Tony Blair Pula.
  • Apa Yang Penting Dalam Berblogging?
  • Tubuh Secara Ansurans..
  • Arsenal Mengganas Di Awal Musim.
  • Semalam Baik..Harap Ianya Akan Terus Baik.
  • Tanpa Mood, Rosak Entri Yang Diterbitkan.
  • RM647.50 hanya 10 minit sahaja.
  • Adakah Mak Nyah Akan Insaf?
  • $210K Pendapatan Blogging pada 2010
  • Apa Itu Leptospirosis?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

10 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. life4hire says:

    pergh…diorang ni tak serik2 lagi ke? guna la taktik lain pulak..bosan dah duh!

    [Balas Komen]

  2. Fatin Pauzi says:

    Ade lagi yang tak putus asa nak curik duit orang.
    Kalau perasaan never give up ni apply dalam cari
    duit halal, kan bagus. huhu

    [Balas Komen]

  3. zawzal says:

    biasala tu. jadi, hati-hatila ye..

    [Balas Komen]

  4. Nampak sangat dah takde idea nk buat mende lain. Jual content pun dah leh buat duit.Kihkihkihkih

    [Balas Komen]

  5. aku pun dah dapat dua kali email camnie … sesungguhnya ia adalah email spam yang scam….so seleted and deleted…..

    [Balas Komen]

  6. Berhati-hati di internet…bkan setakat di jalan raya…
    Kalo tidak berhati2 di internet, hilang duit..
    Kalo tidak berhati2 di jalan raya, hilang nyawa…
    Jadi, sentiasalah berhati2…

    [Balas Komen]

  7. hAJa says:

    Nih yang bahayakan…selalunya kita akan cepat panik dn cepat2 nk klik…tq for the info shaffik

    [Balas Komen]

  8. eyeman says:

    abaikan je email cam gitu..

    [Balas Komen]

  9. shahrul says:

    Bahaya klu x beringat.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge