Adakah Sinar Untuk Bolasepak Malaysia?

By | July 18, 2009

Baru sahaja selesai perlawanan Bolasepak antara Manchester United vs Malaysia. Aku tak dapat menghadirkan diri di Stadium Bukit Jalil sebabnya jauh, tak der duit dan aku pun bukannya Fans Man. U. Jadi hanya tonton di kaca televisyen saja. Pertama kali aku tengok Stadium penuh dengan penonton. Nak kata Free, tiket mahal tu. Adakah sebab nak tengok Man.U atau memang nak tengok Man.U lawan Malaysia?

Pada mulanya aku menjangkakan Man. U akan menang besar seperti perlawanan yang lepas, tahun berapa aku tak ingat. Ingat lagi waktu itu Man. U belasah Malaysia 6-1. Sampai Fabien Batez main wing. Petang tadi anak buah K. Rajagopal mempamerkan satu persembahan yang hebat sekali. Aku kagum dengan cara permainan Malaysia.

Pemain Malaysia agak kelihatan takut pada awal permainan sehinggakan Man. U membolosi gol Malaysia sebanyak 2 kali. Tetapi Amirul Amri Yahya merapatkan jurang pada minit ke-45. Wow, bukan satu gol biasa. Satu gol cantik melepasi jangkauan Van Der Sar. Satu gol yang paling bergaya pada perlawanan tadi.

Sepak mula pad separuh masa kedua, sekali lagi aku menjangkakan Man. U akan menyumbat lebih banyak gol. Namum kesilapan Foster menghukum Man. U apabila sekali lagi Amirul Amri Yahya menyamakan kedudukan. Tersentak penyokong Man. U dan gembira apabila pasukan kebangsaan mampu menyamakan kedudukan.

Apa yang aku perhatikan keseluruhan pemain fokus dan elak untuk membuat silap. Tak kisah la bila dikatakan Man. U main-main. Tapi cara pemain Malaysia di atas padang sememangnya berani dan yakin bahawa Malaysia bukan pasukan belasahan. Cukup baik, dari pertahanan, tengah dan serangan begitu baik sekali. Cuma keserasian dan kefahaman sesama sendiri yang kurang bagi pemain Malaysia.

Secara kesuluruhannya aku nampak perubahan untuk pasukan Malaysia kali ini. Adakah sinar untuk bolasepak Malaysia? Jika momentum dan pasukan ini dikekalkan, aku rasa ada perubahan untuk Bolasepak Malaysia. Sebenarnya kita bukan kurang penyokong. Tetapi penyokong Malaysia mahukan perubahan untuk bolasepak Malaysia. Aku yakin semua berpendapat sedemikian. Keputusan perlawanan: Malaysia 2 – 3 Manchester United.

P/S : Kalah tapi bermaruah..

10 thoughts on “Adakah Sinar Untuk Bolasepak Malaysia?

  1. Rosli

    Syabas kepada Malaysia terutama pemain yg bermati-matian. Kesal juga bila ramai rakyat Malaysia sokong MU tapi mungkin ini pemangkin untuk menukar persepsi rakyat Malaysia dan juga letakkan keyakinan di jiwa-jiwa pemain-pemain Malaysia.

    Sekali lagi tahniah Malaysia!

    Reply
  2. Shaffik

    Hazman : Memang gempak dan terpukau.

    Life4Hire : Harap kekalkan momentum.

    Affuan : bangga jadi rakyat malaysia

    Reply
  3. menj

    Aku tengok highlight jerr…gol pertama memang best tapi yang aku bangga sebab gol yang kedua tu, kalau ikutkan permainan dulu striker Malaysia tak berani sampai macam gitu sekali. Aku salute spring sama itu Amri Yahyah. Nampaknya dia lebih hebat dari Akmal Rizal Akhli ataupun Khalid Jamlus.

    – MENJ

    Reply
  4. alone

    bangga tengok team Malaysia beraksi. Semoga team Malaysia akan terus imporve lagi dan lagi!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.