Upin & Ipin Ikon Malaysia.

By Shaffik on Wednesday, June 24, 2009
Filled Under: General, Hiburan

Siapa yang tek kenal dengan kartun Disney. Satu nama besar dalam industri kartun. Semua anak-anak pasti kenal dengan watak kartun ini. Malah Disney telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia. Mereka memukau setiap kanak-kanak di seluruh dunia dengan watak animasinya yang hebat. Malah Disney juga dijadikan Ikon yang hebat untuk Hollywood.

Aku rasa semua tahu pasal kartun animasi Upin dan Ipin. Aku bangga anak Malaysia yang mampu menghasilkan satu filem animasi yang hebat seperti Upin dan Ipin. Satu filem animasi yang mampu menarik penonton ke pawagam. Filem Geng Pengembaraan Bermula telah menarik perhatian semua lapisan masyarakat bahawa anak tempatan juga mampu menghasilkan filem animasi 3D yang hebat.

Rentetan dari itu, ia telah membuka mata semua pihak bahawa anak tempatan pun apa kurangnya. Mungkin kita tidak setanding dengan filem animasi Hollywood, tetapi dengan usaha yang di tunjukkan oleh LesCopaque membawa watak Upin dan Ipin ke persada perfileman negara amat membanggakan. Berjaya menarik perhatian semua lapisan untuk menonton filem animasi. Inilah satu fenomena baru yang aku perhatikan.

Mungkin fenomena ini tidak sehebat aura Mawi dahulu, tetapi setidak-tidaknya Upin dan Ipin berjaya menjadi perbualan setiap masyakat di bumi bertuah Malaysia ini. Aku perhatikan setiap kanak-kanak semakin meminati Upin dan Ipin. Setiap kali keluar di kaca televisyen, inilah yang di tunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Kalau dulu masing tertunggu Tom & Jerry, Kartun Batman, dan macam-macam lagi, tetapi fenomena ipin dan upin sedikit sebanyak mengubah persepsi minat anak-anak di Malaysia.

Ahad lepas aku menonton rancangan Melodi. Pengarah urusan LesCopaque menyatakan satu visi dan hasrat yang besar untuk ipin dan upin. Mereka mahu menjadikan Upin dan Ipin inilah satu ikon untuk kartun yang asalnya dari Malaysia. Maksudnya, bila sebut pasal ipin dan upin mat-mat salleh di luar sana ingat ianya ikon kartun Malaysia. Wow, tak terfikir pun sebelum ini dan tak ada pun satu ikon kartun animasi yang hebat dari Malaysia.  AKu mengharapkan ipin dan upin berjaya menjadi satu ikon kartun untuk Malaysia.

Lagi satu, impian LesCopaque ialah untuk membina satu taman tema Upin dan Ipin. Kalau Disney boleh membina taman temanya sendiri, mengapa tidak kita ada satu taman tema yang ikonya Upin dan Ipinkan? Tak mustahil semua ini. Satu visi dan misi besar yang di bawa oleh LesCopaque. Teruskan semangat untuk menjadikan ipin dan upin satu ikon untuk Malaysia. Malaysia boleh…..

Entri Secara Rawak

Tags: , , , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

15 Responses to “Upin & Ipin Ikon Malaysia.”

  1. zaiedishaq Says:

    betulx3…

    [Balas Komen]

  2. alone Says:

    ya. kita sama2 mengharapkan behitu. ingat upin ipin, ingat Malaysia. industri animasi negara kita dah maju setapak ke depan dengan adanya upin & ipin nih =D

    [Balas Komen]

  3. Shaffik Says:

    Zaied : Betul 3x

    Alone : Banyak improvement kita tgk kat upin dan ipin..

    [Balas Komen]

  4. ibnmasir Says:

    suke sgt ngn katun ni.. bes n dpt sampaikan msj sgt jelas.. tidak perlu aksi ganas, futuristik n bergaya Malaysia..

    ak rase LesCopaque xperlu terburu2 utk m’buat taman temanya… byk lg yg mereka kna buat spy lebih kukuh lg.. ak tau mereka ni cekal n kreatif..

    harap byk lg anak2 tmptn mengeluarkan animasi yg gempak n keluar ngn CGI yg cun… spy persaingan sihat terus subur…

    [Balas Komen]

  5. farez Says:

    Kartun yang menjadi kebanggaan aku sebagai warganegara. Tapi kesal gak aku nak cakap ni yang aku belum lagi sempat menonton Upin&Ipin muvee.

    [Balas Komen]

  6. aktechpage.com Says:

    Aku suka kartun Upin & Ipin sbb ianya adalah 3D karton dan aku mmg gila dgn kartun2 3D ni…hehehe

    Harap2lah Upin & Ipin berjaya sehingga ke persada antarabangsa, mana tau sampai Hollywood ke…kalahkan ikon Jepun, Doraemon, heheheh….

    Aku belum tgk lagi filem Upin & Ipin;Pengembaraan Bermua… kat kelate ni xde panggung wayang huhuhuhu….

    [Balas Komen]

  7. haritz Says:

    aku mmg suka katun 3D tp aku lebih suka katun yg di lukis ngan tangan sbb lebih asli mcm Walt Disney, nampak hidup katun diorang.

    [Balas Komen]

  8. catzer Says:

    Erm ada kedai geng upin ipin ni dekat Shah Alam..aku nak cuba pi mkn kat sana..hehe

    [Balas Komen]

  9. Shaffik Says:

    Catzer…betul ker ader kedai upin dan ipin kat saner…wahhh…bagus tu..

    [Balas Komen]

  10. Aisha AI Says:

    Upin & Ipin is also very hot in Singapore.
    :)

    [Balas Komen]

  11. hazman aka species1980 Says:

    harap2x brand upin dan ipin nie akan lebih berkembang seantero dunia….

    [Balas Komen]

  12. HiGHNeSS FiQ Says:

    betol betol betol !!!

    [Balas Komen]

  13. en_me Says:

    layannn tengok ‘geng’ ituari kat panggung..

    [Balas Komen]

  14. KNizam Says:

    aku setuju!
    diaorang boleh jadik icon malaysia baru la.
    best plak kartun diaorang hehe :)

    [Balas Komen]

  15. zool Says:

    Insyaallah Upin dan Ipin akan jadi Icon malaysia..

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :