Setahun bersama Blog.

By | June 18, 2009

Pejam celik pejam celik dah setahun aku menceburkan diri dalam dunia bloging. Aku memulakan penulisan blog aku pada 14 April 2008. Pantas masa berlalu. Dengan menggunakan platform Blogspot, aku memulakan penulisan blog yang berbahasa Inggeris pada ketika itu. Mengapa, sebab konon-kononnya nak menajamkan penulisan bahasa inggeris dan melayakkan blog aku untuk adsense.

Tetapi bahasa melayu tetap menjadi darah daging aku. Pada bulan kedua aku tulis dalam bahasa melayu. Kebanyakkan cerita yang aku coretkan berkisahkan pengalaman hidup aku yang bernama manusia. Macam- macam cerita yang aku tulis baik dari pengalamn hidup, pengalaman bersama-sama rakan-rakan, pengalaman di tempat kerja, luahan rasa hati, masalah rakan-rakan terdekat dan macam-macam lagi.

Pada ketika itu aku hanya menjadikan blog sebagai tempat aku menulis di dunia siber. Tetapi aku teruja bila ada orang mengatakan Blog pun boleh dapat duit. Betul ker? Macam mana caranya. Dahulu aku hanya faham blog seperti sebuah diari yang mencatatkan rutin harian. Untuk tontonan umum oleh rakan-rakan dan pengunjung blog sahaja. Tetapi rupa-rupanya ianya lebih dari itu.

Blog bukan sahaja boleh menjana wang, tetapi blog juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga tempat bersantai. Jika penulisan yang baik dan mampu menawan hati pengunjung, sudah pasti blog anda akan menjadi tontonan ramai pengemar blog. Sampai ada suatu masa aku senyap sekejap dari menulis blog, ada seorang pengunjung tetap blog aku menghantar SMS, ” Bila nak update blog”. Wah nampaknya  Shaffik.com sudah punyai peminat dan pengikut yang tersendiri.Terasa terharu dan gembira dalam hati. Perasan macam artis pulak . hahahahahahahah 🙂

Bila penulisan kita di hargai, kita akan lebih semangat untuk meneruskan penulisan blog ini. Sehinggakan sedar tak sedar sudah setahun lebih aku menulis blog. Inilah antara satu hobi yang paling lama aku buat. Selalunya benda-benda baru yang aku buat tak kekal lama. Mungkin bosan lebih tinggi dari semangat yang ada. Tetapi tidak pada penulisan blog. Aku pun pernah menyatakan perkara yang menggembirakan dalam penulisan blog.

Ditambah pula dengan menulis blog, aku boleh menambahkan pendapatan bulanan aku. Dengan adanya pendapatan sampingan inilah aku masih mampu tersenyum sehingga hujung bulan. Pendapatan daripada blog banyak membantu kehidupan harian aku sekarang. Ini semua terhasil setelah berkerja keras dari Disember 2008 tahun lepas dan tunjuk ajar dari Rohaizad dan Nuaeman. 2 orang inilah yang bertanggungjawab atas semua ini. Tak tau bagaimana aku nak membalasnya. Walaupun tak jadi Jutawan lagi, tapi Alhamdullilah segala usaha aku berhasil.

Target aku dalam penulisan blog ini bukanlah untuk sebulan atau 2 bulan. Aku mensasarkan ianya menjana satu pendapatan yang tetap bila di hari tua nanti. Aku yakin ini semua akan terhasil jika aku meneruskan penulisan blog ini. Dan aku yakin bahawa penulisan blog bukanlah satu kerja picisan.  Blogging ada kelasnya tersendiri. Ia akan lebih berkembang dan berkembang lagi. Mungkin ramai yang tidak percaya dengan pernyataan ini. Tetapi dengan apa yang aku perhatikan selama 1 tahun dalam dunia blog, dan dengan apa yang aku dapat dari blog, ini semua tidak mustahil. Apa yang perlu adalah konsisten. Inilah yang sedang aku usahakan sekarang. Mungkin tidak 100% pada Shaffik.com. Mungkin fokus aku lebih kepada blog English aku.

Usah risau, Shaffik.com tetap menjadi keutamaan bagiku. Di sini aku bermula dan semestinya aku tak biarkan ianya berkubur begitu sahaja. Shaffik.com tidak akan di tinggalkan. Ianya nadi dan memberikan inspirasi kepada aku untuk terus berada di arena Blogging. Sentiasalah berkunjung ke Shaffik.com untuk lepak, rileks dan bersantai. Insyallah kita jumpa lagi pada entri-entri yang akan datang.

11 thoughts on “Setahun bersama Blog.

  1. ubey

    thniah beb. da mju dlm setahun. kebetulan 18 jun genap ak setahun berblog. tp bertatih2 lg. hehe

    Reply
  2. kak Jie

    slmt ulangtahun blog

    kebetulan..20/6 juga ulangtahun sethn kak jie guna hosting dan domain sendiri

    Reply
  3. aktechpage.com

    Selamat Ulang Tahun pertama blog shaffik.com

    Wahhhh…1 tahun sudah pun berjaya mendapat side income melalui blog, bagus2….tahniah…

    Sememangnya blogging best, ini kerana menurut Dr. HM Tuah (drtuah.com), penulisan boleh mengasah kreativiti seseorang dan menajamkan pemikiran. Salah satu cara menulis ialah melalui blogging…hehehe…

    Jom sama2 memeriahkan dunia blogging Malaysia…

    Reply
  4. Shaffik

    Fatin : thanks.

    Aktech : ini bukan 1 tahun untuk shaffik.com…tetapi aku sudah 1 tahun menceburkan diri dalam dunia blogging..

    Reply
  5. kusu

    wah..tahniah 🙂
    blog aku bulan 10 ni baru cukup setahun..muda lagi..banyak lagi kena belajar..haish

    Reply
  6. Lacy

    Pretty nice post. I just came by your blog and wanted to say
    that I have really enjoyed browsing your blog posts. Any way
    I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.