Aku terima satu email dari seorang rakan. Email bertarikh 06/06/2009. Mungkin cerita ni dah lama. Tapi aku suka nak war-warkan kerana wang manusia sanggup melakukan apa sahaja. Lihat berita di bawah.
MANNHEIM, Jerman – Seorang remaja, Alina Percea (gambar) bakal menerima wang berjumlah 10,000 euro (RM47,463) daripada seorang pemenang misteri yang membida daranya di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Alina melelong daranya di sebuah laman web selama sebulan dan merancang untuk menggunakan wang yang diperoleh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selain membantu keluarga di Romania. “Lelongan itu amat menarik. Saya menyangka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tetapi saya tetap gembira.
“Saya belum berpeluang bercakap dengan pemenang itu. Dia ialah pembida pada saat-saat akhir,” katanya. Remaja berumur 18 tahun itu berhijrah ke Jerman pada Januari lalu tetapi dia memutuskan untuk melelong dara selepas gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Menurutnya, dia mendapat ilham berbuat demikian selepas membaca mengenai seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat, Natalie Dylan, 22, yang menjual daranya untuk mendapatkan wang sebanyak £2.5 juta (RM13 juta). “Tiada siapa yang memaksa saya melelong dara. Saya berbuat demikian setelah membuat keputusan sendiri,” kata Alina. Menurutnya, dia merancang untuk menemui pemenang lelongan itu dan bermalam di sebuah hotel dengannya dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi
****Jangan menjadi ikutan untuk gadis-gadis di Malaysia sudah laa yer…****











Twitter Updates

eh sanggup lelong dara =.=
ape2 lah dunia skarang xD
[Balas Komen]
Dia tiada pedoman dan maruah
[Balas Komen]
Dia ni takde bimbingan kot. Sebab tu la sanggup buat cam ni.
[Balas Komen]
gosh. teruk ah.
ini yang jual. ada je yang bagi free.
[Balas Komen]
urrghh..teruk betol…
[Balas Komen]
Atleast ada gak yang bayar daripada bagi free je..
[Balas Komen]
huiyoo..gile aaa…
[Balas Komen]
Thanks for posting, I’ll definitely be subscribing to your blog.
[Balas Komen]
mcm org len x der dara jer..
[Balas Komen]
Thanks for the useful info. It’s so interesting
[Balas Komen]
mengarut la diaorang neh semua kan. hehe
[Balas Komen]
salamm abang shafikk ittewww..
[Balas Komen]
erk..dasat tol la diorang. Dara pun leh wat duit maa..
[Balas Komen]
erm..besela..zaman ni sume bnda nk pkai dwett..mybe die ade alasan sndiri dgn ape yg die wat..kalau die mntak tlong pnjam dwet tok pngajian die,ade ke korang nk bg pnjam bratus ribu?
jgn amik kire pndapat sndri je,pk gak alasan org laen..
[Balas Komen]