Pada bulan Januari 2009 yang lepas, aku telah menceritakan dilema seorang suami. Banyak response yang diberikan. Terima kasih kepada pengunjung Shaffik.com yang sudi meluangkan idea untuk berkongsi pendapat untuk membantu AM.
Dua hari lepas aku sempat lepak minum dengan AM. Sambil tu aku bertanyakan hal rumahtangganya. Bukan aku menyibuk, tetapi aku ingin tahu apakah status kisah rumahtangganya. Dia cakap semakin teruk. Uik aku pun terperanjat. Pada mulanya aku lihat keadaan AM, seperti tiada apa yang berlaku. AM menjalani kehidupannya seperti orang-orang lain. Baik di tempat kerja, bermain futsal dan pergaulan bersama-sama rakan seperti biasa.
Dalam keadaan biasa pun, AM masih mampu menghiburkan rakan-rakannya. Walhal dia menghadapi satu konflik rumahtangga yang semakin menruncing. AM bercerita perangai Isternya semakin teruk. Semakin inginkan perpisahan. Segala apa yang dibuat oleh AM semuanya salah.
Menurut AM, isterinya menuduh AM tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diharapkan. AM menerangkan kepada aku, semua hutang seperti rumah, 2 buah kereta, credit card, duit belanja rumah, duit susu dan pampers anak, duit lauk pauk dan segala bill rumah telah di tanggung oleh AM. Hampir semua gajinya telah di korbankan untuk menyelesaikan hutang piutang mereka berdua. Ini termasuklah satu pinjaman isterinya juga AM yang tanggung. Kalau diikutkan isterinya tidak menghadapi masalah kewangan lagi.
Kadang-kadang duit gaji AM hanya berbaki RM300-400 untuk menempuh sebulan yang akan datang. Tetapi mungkin AM tidak dapat memberikan duit lebih sikit untuk Isterinya belanja. Isteri juga bekerja. Jadi seoatunya isteri AM tidak menghadapai segala masalah kewangan lagi. Sebab dia tidak perlu bayar apa-apa pun. Tapi inilah yang dijadikan punca kepada segala-galanya.
Isterinya juga selalu perli kepada AM yang menyatakan AM memang lelaki tak berguna. Nak beli barang-barang semuanya susah. Semua kena budget. Sampaikan satu masa, Isterinya tidak pulang ke rumah 2 3 hari. AM pun tak tahu kemana die pergi. Tidak meninggalkan pesan seolah membuat rumahnya itu macam hotel.Bila di tanya, isterinya marah “suka hati sayalah kemana saya nak pergi, kenapa awak nak ambik tahu pulak?”.
Bila AM tengok muka Isterinya, isterinya dengan nada yang tinggi berkata ” kenapa awak tengok macam tu, nak ceraikan saya? Silakan. kalau nak cerai saya tak nak buat di rumah. Nak buat di mahkamah. ” Terkedu AM seketika. ISterinya tambah lagi, ” kenapa awak takut ker? takder duit laa tu nak pergi mahkamah”.
AM berdiamkan diri dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Rakan-rakan meminta AM rujuk ke Pejabat Agama. Bila berjumpa dengan satu Ustaz tu, Ustaz tu mengatakan ini dikategorikan sebagai nusyuz. Am menceritakan segala-galanya kepada ustaz tu. Ustaz tu tidak dapat membantu, AM berhak melepaskan isterinya. AM mahu segalanya di selesai dengan cara yang terbaik. Pejabat Agama menyuruh AM membawa isterinya datang ke Pejabat Agama minggu hadapan. Jika inilah yang berlaku lebih baik AM melepaskan Isterinya. Jika itu perkara yang sangat di minta. Segala perkara ynag harus dilakukan oleh AM telah pun di buat. Sekarang masih terpulang kepada Isterinya. Jika betul mahukan perpisahan, AM redha dengan apa yang akan berlaku selepas ini.
Dari menulis cerita di atas, aku sebenarnya tak faham, Apa sebenarnya isteri dia nak? Nak duit ker? Kalau nak duit nak buat apa? Sedangakn semua hal hutang-hutang telah di selesaikan oleh AM. Nak beli baju-baju mahal ker? Mahal macam maner tu? Kalau pakai baju dan benda-benda mahal nak tunjuk kat sapa yer? Kan dah kahwin. Apa sebenar dia nak ? Wang atau perpisahan?
Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :
Tags: Cerai, Isteri, Kereta, Konfilik, Rumah, Suami




May 27th, 2009 at 7:39 pm
hmm..mebe isteri dia dah ada calon laen…cinta sudah pudar… semoga Allah mebuka pintu hati isteri beliau…
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 7:04 am
isk.. sedih betul baca kisah ni. ada juga isteri yang teruk macam tu. semoga Allah bagi hidayah kat dia. Baaru dia sedar betapa beruntungnya dapat suami macam AM tu.
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 10:07 am
Ini semua keas dah ada jantan lain.
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 1:07 pm
Ini lah yang Allah tak bagi kuasa talak kat tangan pompuan, Mereka membuat keputusan ikut hati. Dalam bab ni selalunya pompuan ni dah ada yang lain tu pasal dia ckp camtu,mana ada pompuan yang nak bercerai berai sbb itu yang paling mereka takut. Tanyalah pompuan mana pun, itulah jawapan nya. Bab hutang dan tak boleh bagi kekayaan itu alasan sahaja. Am harus melepaskan dia sbb sudah keterlaluan dia minta cerai, kalau tidak jatuh hukum dayus. Itu dari dari pandangan aku yang dah berumah tangga.
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 5:28 pm
Herm, aku tak tahu kenapa, aku perempuan tapi aku benci kaum aku sendiri. huhu. Lepas berapa kali terperangkap dengan cinta laki orang, aku perhatikan, bukannya suami orang ni nak curang sangat, tapi sebab sikap isteri mereka sendiri yang wat suami mereka nak curang.
Si Am ni, da tersangat la baik. Even kene layan cmtu pun, masih nak selamatkan rumah tangga dia. Sangat la baik. tak patut la isteri die pentingkan harta dari hati budi seorang suami. Kalau die sedar, syurga tu bawah telapak kaki suami, die takkan wt cmtu. meaning, isteri yang baik takkan layan suami die cmtu.
In case kalau sebab harta la. Tapi, dari pengalaman aku dengar cerita orang2 yang layan suami die cmni, tu sebab ade lelaki lain. Sebab tu ungkit nde yang tak pepasal sebagai alasan cerai. Dan keep on mencabar suami untuk ceraikan die. Sebab ade lelaki lain pulak tu, mungkin sebab harta. And, mungkin jugak sebab nafsu yang tak ‘terisi’. Ni la sebab common yang aku pernah dengar.
Huhu. panjang komen aku kali ni, Shaffik. Tak kisah,kan?
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 8:09 pm
memang sah angkara orang keTIGA…..
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 9:30 pm
erm..my opinion kn. baru denga side AM. we shud hear from his wife plak. x adil utk denga seblah pihak aje
[Balas Komen]
May 28th, 2009 at 9:48 pm
MOhd Hafiz : Semoga Allah membuka hati. Masih ada peluang.
Alone : Macam-macam sekarang ni.
ROhaizad : Itu hanya Isteri dan dia sahaja yang tahu.
Haritz : Jika itu kemahuan yang sebenar-benarnya..AM seharusnya begitu.
Fatin : Tak kisah.. Panjang2 pun tak apa..
Hazman : No komen..
[Balas Komen]
May 29th, 2009 at 3:35 pm
Hmm.. Ada jugak isteri macam ni ye. Kalau aku di tempat dia tu, mungkin dah naik tangan dah.
[Balas Komen]
May 30th, 2009 at 6:00 pm
huhuhhu….harap2 aku tidak dapat isteri mcm ni….aku rasa mungkin dia dah ada jantan lain kot (Sama macam komen rohaiza
)
[Balas Komen]
May 30th, 2009 at 7:48 pm
nice entry… keep it up bro!
[Balas Komen]
June 1st, 2009 at 11:59 am
erm..aku rs..isteri AM tu…ada gangguan mental laa…try nasihat dia p check…dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian…
[Balas Komen]
June 5th, 2009 at 1:36 am
menarik artikel nih.. thanks for sharing, visit blog saya untuk barang percuma!
[Balas Komen]
July 9th, 2009 at 8:51 am
Saya rasa baik Am ni bwk2 la sembahyang hajat n istiqarah…jgn buat keputusan melulu. Mesti ada sebb kenapa perkara itu terjadi. Kdg2 manusia ni tak tahu adanya gangguan dari benda mistik atau apa..Sbb pernah terjadi perkara begini…isteri benci suami kerana dia tidak tahu ada seseorang telah gunakan sihir pemisah kepada isterinya. Jadi lebih baik rujuk pada Allah dan carilah perawat yang betol2 dapat menolong.
Bukan senang untuk kita bina sebuah mahliagai dan buakan susah untuk meruntuhkannya. Jika masih ada sabar baiklah diperbaiki. Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab.
[Balas Komen]
July 14th, 2009 at 4:06 pm
secara jujur. Dia dah ada orang lain. Masalah kronik perempuan cuma dua aje kat dunia ni. Duit dan Lelaki.
Masalah kecik2 yg lain. Ada berjuta-juta..
[Balas Komen]
July 29th, 2009 at 4:41 pm
kadang-kadang ada orang yang suka menghasut…….
arghhhhhhhhh……
[Balas Komen]
July 29th, 2009 at 4:53 pm
tak suka sedih,,……. hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa bersedih…
[Balas Komen]
November 14th, 2009 at 7:41 pm
Dari apa yang d ceritakan d atas, Am patut melepaskan isterinya..kalau isterinya buat curang dengan jantan lain lagi bala..kenapa ini berlaku ??????
Sebenarnya isterinya kurang didikan agama,,kalau dia tahu syurga terletak d bawah telapak kaki suami,gerenti dia akan ikut dan patuh kata suami..kerna murka suami adalah kemurkaan Allah juga..kalau isteri tak melayan batin suami dan suami tidur dalam keadaan hampa,,malaikat akan melaknat si isteri sehingga pagi.
Kalau macam tu..baik cari lain kuota lelakipun 4orang.
LU FIKIRLAH SENDIRI..KATA NABIL
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 15th, 2009 at 11:23 pm
Thanks Rizam atasan pandangan anda. Aku harap AM dapat memikirkan semasak-masaknya. Dengar cerita Isteri AM masih macam dahulu lagi. Masih lagi tidak pulang ke rumah. Mungkin AM sudah pun mendapat jawapannya..
[Balas Komen]