Setelah lebih 20 tahun Proton berada di persada pemasaran kereta. Satu-satunya syarikat pengeluar kereta pertama di Malaysia. Bermula daripada idea bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, Proton terus memulakan pembikinan dan penjualan kereta nasional.
Bermula dengan Proton Saga yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia pada ketika itu. Seterusnya Proton Iswara, Wira, Perdana dan banyak lagi. Didalam mengharungi dunia pengeluaran kereta, Proton juga tidak terlepas daripada kritikan daripada pelanggan. Kalau dahulu kita sering dengan Proton sering ada masalah dengan kualitinya. Paling ketara adalah Power Windows. Kebanyakkan pembeli kereta keluaran Proton mengeluh dengan hal ini. Bukan setakat mengeluh malah tidak respek dengan kereta nasional kita sendiri.
Pernah suatu kita dahulu Proton seakan hilang idea untuk mengeluarkan model terbarunya. Kebanyakkan model keluarannya seakan sama dengan keluaran terdahulu. Pendek kata kebanyakkannya adalh replacemnet model. Sehinggakan Proton hampir-hampir ditutup. Tetapi inilah asam garam, susah payah, perit jerih yang di lalui oleh Proton. Dengan semangat inilah Proton meneruskan usahanya untuk berdaya saing di dunia pengeluran kereta di dunia.
4-5 tahun lepas Proton telah mengubah segalanya. Semua aspek telah diperbaiki. Tiada lagi konsep replacement. Kebanyakkan keluaran model terbaru menepati citarasa rakyat Malaysia masa kini. Dari segi kualiti hinggalah peningkatan sistem sokongan kepada pelanggan. Inilah perubahan yang rakyat mahukan supaya Proton lebih berdaya saing.
Aku pernah menyaksikan satu rancangan khas mengenai Proton. Proton menjadi antara kereta pilihan di UK. Ada seorang peminat Proton tu, dia ada 3 kereta keluaran proton di rumahnya. Lihatlah rakyat luar menyanjungi Kereta Nasional Kita. Tetapi rakyat Malaysia sendiri tidak menghargai malah mengutuk pulak.
Keluaran terbaru Proton, Exora membuka mata semua bahawan Proton juga memiliki keupayaan mengeluarkan kereta yang berkualiti. Dari segi rekabentuk dalam dan luaran Exora mampu menjadi salah satu pilihan kepada rakyat Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, kini Rakyat Malaysia mampu memiliki sebuah MPV yang Elegan dan ada kelas yang tersendiri. Tahniah buat Proton yang telah berubah untuk lebih berdaya saing di dunia antarabangsa. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia.
Pada siapa yang belum ke Showroom Proton, tengok dulu di sini. Pasti memukau .
Seburuk-buruk Proton, kereta nasional kita gak`kan?
mungkin ramai yang masih ingat ketika Tun M (ketika tu beliau PM Malaysia) gagaskan idea Proton ni. punyalah kena sindir. sampai ada kartun yang gambarkan kereta Malaysia ni beratapkan bumbung nipah. tapi tengoklah sekarang betapa majunya Proton sampai worldwide. mesti malu mereka yang asyik menyindir dulu. kita maju bukan dengan sindiran, tapi dengan semangat dan keazaman yang kuat. long live proton!
teringat me dulu ada joke kat singapura..
dr mahathir terpaksa keluarkan sebiji kereta untuk dapatkan RM30 hibu hinggit.. lee kuan yew cuma keluarkan sekeping kertas nk dapatkan SGD30 hibu singapore dollar atas kereta proton yg dijual disana.. hmmmm
Masalah power window proton dulu disebabkan motor yang kecil nak mengangkat beban yang besar. Ini semua safe cost punya hal lani. Tp sekarang mungkin dah ok kot. Ye la tak kan cermin berat 10 kilo tp motor bersaiz untuk beban 5-6 kilo, mana tahan bro!
Hmmmmm….aku baru jer sambar keter proton saga blm baru JLJ2764…so far aku bleh bagi 7 drpd 10 bintang…
Ada minor defect yg sampai la ni lum sempat nak repair…
tapi kan keter proton ni macam tak lurus la…dari segi simetri mmg kureng….takperlah janji bleh bawak balik kampung 🙂
supports local brand!
Hi, discriminative posts there 🙂 through’s exchange for the compelling advice
haha..aku baru je angkat satu kete nasional kita. Khas untuk rempit kat jerantut. Hoho..
Alhamdulillah…. aku juga bangga kerana merupakan salah seorang pemilik kereta nasional iaitu Proton Saga Iswara aka Kereta Kebal…. 🙂
Tahun ni masuk tahun ke-2 aku pakai kete ni, 1st car in my life ni…Lps ni insya allah nk trade in dgn Persona plak kalu ada rezki lebih…
Hidup Proton!!!!
stuju ngn en.rohaizad. wlo buruk skalipon, tetap kreta nasional.tp 2la,kualiti nk jgk kne jaga. mm.. yg dlm program tv UK tu, kreta proton ape yg dia pakai ek? pernah dgr x, standard kete utk international nye market quality bbeza dr local nye. so, mcm dabel stnded la plk..
bg aku kete protonni ok ah..
dlm dua kete yg aku pakai…saga blm n savvy..
aku rasa savvy da best..kih3