Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

By | May 14, 2009

Hari ini aku menerima satu panggilan daripada kawan lama. Kawan aku semasa aku bekerja di Kulai dulu. Dulu aku dengan dialah yang rajin explore perniagaan/business Internet. Pendek kata mencari duit di Internet. Dari Pelaburan Internet, Jual Barang di lelong, Forex dan macam-macam lagi. Dia menelefon hanya untuk bertanyakkan khabar setelah lama tak dengar khabar berita daripada aku.

Di tengah perbualan, dia bertanya sesuatu pada aku. Apa business sekarang? Buat Part time apa? Aku jawab aku part time blogger. 1 blog melayu 4 blog english. Blog melayu takder apa-apa. Sekadar personal blog. Tetapi 4 blog english aku adalah niche blog. Blog yang memberikan aku sedikit sumber pendapatan.Walaupun sedikit tetapi aku puas. Lebih puas daripada apa yang aku dapat daripada pelaburan Internet dulu.

Bila aku bercerita bagaimana aku menghasilkan duit daripada blog, Ada sepotong ayat yang aku tak suka dengar. Apa ayatnya ya? “Alamak susahnya..Ada tak yang senang sikit?” Aku pun tanyer apa yang susah. Dia jawab ” yer la, dah laa kena kena keluar modal, berbahasa Inggeris, kena update selalu, lambat pulak dapat duit, banyak prosedurnya dan macam-macam lagi”. Aku tanya lagi, “Abis tu ko nak macam mana?”. Dia cakap macam ni,”kasi laa business yang senang sikit, tak pening kepala, tak membebankan dan boleh mendatangkan hasil yang banyak”. Dengan pantas aku jawab, ” kalau nak macam tu, ko business laa sendiri, create business yang kau nak mudah tu dan dapat duit banyak.”

Pada mulanya aku bercerita dengan semangat, tiba-tiba terus putus semangat nak certia. Pada aku tiada benda yang mudah kat dunia ni. Lebih-lebih lagi soal mencari wang. Semuanya kena fokus, sabar dan bersedia untuk mempelajari benda-benda yang baru. Dalam mencari duit di Internet, bukan semuanya mudah dan pantas. Apa yang diwar-warkan senang tu hanyalah Iklan sahaja. Percayalah.

Mungkin ada yang tertawakan aku. Mungkin sebab mereka dapat duit dengan mudah. Tapi ini berdasarkan pengalaman aku mencari dan menggali wang di Internet. Selama 2 tahun aku mencari, inilah jawapan yang boleh aku berikan jika sesiapa yang bertanyakan tentang business internet. Dan terbukti bahawa dengan Internet boleh menambahkan duit kocek kita. Tetapi bukan semudah yang di sangka. Segalanya kena kerja keras yang semaksimum yang boleh.

Pada aku kalau nak cari duit di Internet boleh tetapi mesti :

1) Kena sabar

2) Kena Usaha yang berterusan

3) Kena Keluar modal. Tiada perniagaan yang tidak bermodal.

4) Percaya dengan apa yang kita buat. Nampak benda yang kita buat itu akan membuahkan hasil.

5) Belajar, belajar dan terus belajar untuk bertarung di dunia Internet.

6) Berfikir bagaimana mengeluarkan diri untuk mencari pasaran Antarabangsa.

7) Belajarlah Bahasa Inggeris. Pasaran Luas.

32 thoughts on “Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

  1. Shaffik

    Kalau bersedia dengan apa yang di perkatakan seperti di atas..pelaung sentiasa terbuka…

    Reply
  2. Fatin Pauzi

    Aku pun tak berapa gemar kalau orang ingat duk tunggu nde senang kat dunia ni untuk dpt dunia, then tnggu, n tnggu, n tnggu till skip yang ssh… Sampai berjanggut die akan jadi org gagal. tu je aku gitau die org kekeke

    Reply
  3. alone

    Kalau senang, berlonggok2 la jutawan kat dunia ni. Takde benda yang senang. Kalau dia tanya lagi, ko luku sekali. Faham le tu =D

    p/s : memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi tapi bila dah dapat hasilnya, memang puas hati =)

    Reply
  4. Active Blogger

    hehe benda nie mmg betul…tk ada duit mudah…semua kena usaha…hatta kerja kilang sekali pun…kalau malas…sikit je la hasilnya…

    siapa kerja lebih dia dapat lebih…nasihat untuk diri aku sendiri…yg asyik down dan terhilang fokus 🙂

    Reply
  5. Maya

    Adsense akan mulakan strategi baru, merundum sikitlah pendapat beberapa bulan akan datang… aku dah memulakan usaha web berdomain sendiri untuk tujuan adsense, shaffik dah mula blom?

    Reply
  6. sufian

    100% setuju..

    kalau niat buat blog (BM) semata-mata sebab nak buat duit, dah lama blog aku terkubur..

    -no pain no gain-

    Reply
  7. Adyz

    Baru nak berjinak2 utk berblog… rasa mcm ketinggalan sgt2…
    mmg btl perlu sabar & byk belajar & rasanya tak boleh berorientasikan utk mencari wang semata2…
    1st time masuk website ni… bagus & simple… keep it up… 🙂

    Reply
  8. Shaffik

    Maya : saya dah mula dah..dah ader pun 5 blog yang berdomain . com…

    Sufian : samalah dengan kita. Tetapi Rohaizad telah membuka jalan dan fikiran untuk ke arena Global.

    Fatin : Kalau dok tunggu jer memang susah laa…

    Alone : Kesabaranlah yang menguji kita pada segala-galanya

    Reply
  9. ubey

    blog niche aku masih kabur2. ade mane2 sumber tips x? so far hanya satu blog personal je. tu pun 4-5 bulan baru dapat cash out income

    Reply
  10. Shaffik

    Titan : Itulah yang perlu diamalkan selalu..

    Ubey : sumber banyak bro. Blog rohaizad.com (sifu aku) selalu menceritakan hal ini..

    Hazman : Betul, Minat yang mendalam juga penting.

    Reply
  11. aktechpage.com

    Tiada bisness yg mudah di dunia ini…. MLM pun seseorang ambik masa 3-4 tahun untuk berjaya… itupun perlukan modal dan strategi yg mantap…. yg penting usaha dan kesungguhan… insya allah pasti berjaya…

    Member aku pun ramai yg bertanya sama spt member ko shaffik… sabo je ler…

    Aku suka artikel ini…:) Good Job Shaffik…

    Reply
  12. samdaddycool

    … cara ko terkena tu lebey kurang cam aku. Dulu masa aku awal2 berniaga, kalau jumpa sesapa je (esp kawan2), aku mesti bersemanagat cerita pasal 9/10 rezeki ni.

    Tapi memang kalau masing2 dah takde daya juang yg tinggi, takde semangat, dan tiada kesedaran… sama macam curah air ke daun keladai.. Lama2 aku hilang semangat dan hanya bercerita kepada yg berminat.

    Reply
  13. Wan

    Bro, macamana ye nak start dapat income dari blogging. Saya ni dah dekat 5 tahun try, masih belum berjaya. Mungkin coaching takde kot. La ni dah buat dekat 10 web, trafik tu penting ke untuk salah satu sumber nak dapat income? Bleh bagi tips tak? Terima Kasih

    Reply
  14. Shaffik Post author

    Sam : situasi kita sama laa yer..hehehe..kita bercerita kepada yang minat sahaja.

    Yazid : Ur are welcomme..

    Wan : Sebenarnya banyak benda yang perlu di ketahui untuk menjana wang daripada blogging ni. Kalau dah ada 10 web tu dah bagus. Niche aper tu? Traffik tu memang penting. Lagi banyak traffik potential untuk adsense pun tinggi. Untuk maklumat lanjut boleh pegi tgk kat Rohaizad.com. Dialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku pada business blogging.

    Reply
  15. kita

    betul cakap bro..bukan mudah nak buat duit internet ni….tapi ramai jugak usahawan internet yg suka promote buat duit internet senang.kadang-kadang org yang baru nak ceburkan diri dalam perniagaan internet termakan dengan ayat itu.bila dah ceburkan diri terus kecewa.

    Reply
  16. aidi

    saya setuju ngn topik tu. dari pengalaman sendiri banyak jugak la terpengaruh ngan iklan2 yang diaorng offer, tapi bila dah beli apa yg diaorng offer, takder lah semudah yang disangka, kena keje lebih, sabar and sabar, usaha and usaha baru boleh berjaya. so, tak payah la terpedaya ngan iklan camtu yang penting ada knowledge macamana nak buat and kena blajar and blajar

    Reply
  17. Dyn

    Betul tu nak cari duit kat internet ni perlu sabar dan usaha yg berterusan.Aku pun baru start baru dapat sikit je….
    Kena belajar lagi…

    Reply
  18. ismail

    sokong 100% bro….
    maner ader benda free skrg nie…
    gua nak belajar google adsense ngan lu blh x……….

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Tiada benda yang free. Nak buang air kecil pun kena bayar kan. Tiada method yang istimewa yang di gunankan. Apa yang penting update blog selalu di blog English untuk meraih wang adsense. Ni pun dah nak sampai kepada payment yang ke-2.

      Reply
  19. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » RM9500 Dengan Berblogging

  20. paan

    setuju dengan ko bro…nak buat duit internet bukan mudah , ramai yg xfaham..

    tapi yg pasti , hasilnya berbaloi dengan usaha yg diberikan….

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Yup. Sebab itulah aku tertarik untuk menulis entri ini. Bukan apa, supaya orang faham dengan “buat duit dari internet”. Tetapi betapa manisnya bila dapat hasilnya kan.

      Reply
  21. zulfizan

    Ye,betul artikel saudara ini,Tiada apa yang mudah.Untuk menghasilkan pendapatan internet yang baik dan kekal,apa yang perlu adalah usaha,rajin dan jangan lupa BerDoa.Kerap buat kajian demi kajian dan belajar apa yang baru untuk kita pelajari.Dan lakukan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.