Wabak Meningitis Amat Merbahaya.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Buat Duit, General, Kesihatan

Gambar Sekadar Hiasan

Seperti yang kita semua tahu, wabak selsema babi (Virus H1N1) yang semakin menular ke seluruh dunia sekarang. Bermula di Mexico kemudian merebak ke Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan berita hari ini mengatakan Selsema Babi ini menular ke nagara Asia seperti Jepun dan China. Semakin membimbangkan kita. Namun Kementrian Kesihatan sentiasa memantau agar tidak menular ke Malaysia.

Di kesibukkan kita menangani penularan Virus H1N1, timbul pula cerita mengenai Virus Meningitis. Wabak Meningitis sebenarnya sudah lama ditemui. Cuma kes agak kurang berlaku di Malaysia. Satu kes di Melaka, seorang pelatih JPJ disahkan meninggal dunia akibat Virus Meningitis. Sekarang lebih ramai lagi pelatih yang di jangkiti wabak yang sama. Apa itu Meningitis?

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Jangkitan ini boleh merebak daripada hirupan udara yang tersedia dengan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Meningitis. Ia seakan mirip dengan selsema seperti selsema burung, selsema babi dan sebagainya. Semua orang berpontensi dijangkiti Meningitis. Rekod menunjukkan Meningitis mudah dijangkiti kepada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Tetapi lain pula kes di Melaka.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian “lumbar puncture”. Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae

Tanda-Tanda Awal Serangan Meningitis :

o Demam o Kurang selesa. o Enggan minum. o Sakit kepala. o Menangis berterusan. – Pada Kanak-Kanak o Bunyi tangisan berubah – tangisan bernada tinggi. (”High pitch cry.”) – Pada kanak-kanak. Tanda akhir serangan Meningitis: o Muntah. o Sawan. o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang. o Lemah. o Ruam seperti lebam-lebam. o Tidak sedar. Kepada semua, jika anda atau anak-anak anda menghadapi simptom seperti diatas, segeralah bertemu dengan doktor. Agar nyawa kita dan anak-anak dapat diselamatkan. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Amaran Kepada Pemandu Bas
  • Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.
  • Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.
  • Kesan Radiasi Nuklear Pada Manusia
  • Hati-Hati Dengan Rawatan Lintah – Part 2
  • Kunci Utama Menyelesaikan Masalah
  • Blogger, Penulisan Anda Dipantau.
  • Lamanya tidak menulis
  • Mengapa Wanita Gemuk Sering Murung?
  • Triond..Akhirnya

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

11 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. en_me says:

    thanx bro for d info.. salammm

    [Balas Komen]

  2. Kujie says:

    dengar berita ni semlm..kes kt jpj tu..

    mcm2 penyakit skrg ni….

    [Balas Komen]

  3. eZad says:

    Bahaya meningitis nih, lambat rawat boleh membawa maut tuh, pasal dia akan serang otak dan saraf tunjang.

    [Balas Komen]

  4. Shaffik says:

    en Me : saya berkongsi mana-mana yang patut.

    Kujie : ramailagi pelatih yang di tahan wad kerana wabak ini.

    Ezad : Bila attack kat otak tu yang bahaya.

    [Balas Komen]

  5. erk. kene cek selalu gak nih. bahaya tul nih..

    [Balas Komen]

  6. Adry says:

    wow… menarik gak entri ni… banyak info pasal menigitis… thanks Shaffik!!

    [Balas Komen]

  7. Mcm2 penyakit zaman skrg ni….kena jaga pemakanan tu…jgn asyik makan je.. :D

    Mencegah lebih baik drpd mengubati

    [Balas Komen]

  8. alone says:

    Nauzubillah… (=_=)

    [Balas Komen]

  9. blowie says:

    perghh,seram bunyinya T_T

    [Balas Komen]

  10. Shaffik says:

    Adry : Sama-sama

    Ohmelayu : kalau ader tanda-tanda tu cepat-cepat jumpa doktor..

    Aktech : Ya betul..mecegah lebaih baik dari merawat.

    Alone : Hati-hati.

    Blowie : memang seram. Lagi merbahaya..kalau kritikal satu hari jer boleh menemui ajal.

    [Balas Komen]

11 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Blog Archive » Apa Itu Leptospirosis?

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge