Seperti yang semua tahu, banyak program realiti yang muncul di kaca TV. Masing-masing datang dengan pelbagai cara dan program. Ada program realiti untuk nyanyian, ada untuk persembahan, ada untuk si bintang kecil, ada juga untuk mencari bakat-bakat dalam tarian, ada juga mencari bakat dalam lawak jenaka, ada juga mencari peserta yang berpotensi menjadi anak wayang, ada juga yang mencari bakat dalm pembacaan Al-Quran dan macam-macam lagi.
Semua ini adalah sebagai usaha untuk mencari bakat-bakat baru untuk menghiasi dunia hiburan tanah air. Kesemua mereka dijadikan pelapis untuk dunia hiburan yang akan datang. Di samping mencari bakat-bakat baru, stesen televisyen juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk mempopularkan stesen mereka hasil dari program realiti yang dijalankan. Bila popular iklan pula dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Bukan itu sahaja, syarikat telekomunikasi juga melebarkan sayap keuntungan mereka dengan menjadi sponsor untuk program-program sebegini.
Tetapi itu semua sudah di jetahui umum. Cuma apa yang aku fikirkan adalah pengkritik. Kebanyakkan program realiti menjemput 2 atau 3 orang pengkritik untuk program mereka. Mereka ditugaskan untuk memberi kritikan yang membina di dalam mempertingkatkan lagi mutu persembahan mereka. Sedar tak sedar pengkritik juga penting dalam menjayakan program sebegini.
Kalau sebut pasal pengkritik ni, aku tertarik dengan Adlin Aman Ramli. Perasan tak kebanyakkan program realiti TV memanggil Adlin untuk memberikan kritikan. Pada mulanya semua orang benci dengan Adlin. Komen yang pedas, cakap lepas dan sebagainya yang boleh mengundang kemarahan para penyokong peserta program realiti. Tetapi kerana itulah Adlin sering muncul sebagai pengkritik program realiti.
Dari melihat gelagat dan kepetahan Adlin mengkritik para peserta aku pun terfikir sesuatu. Jika program realiti ini berterusan di kaca TV, adakah pengkritik ini boleh di jadikan sebagai satu kerjaya. Tidak mustahil. Kita ambil contoh, jika seseorang itu di bayar RM1000 untuk sekali jemputan sebagai pengkritik. Bayangkan jika dia di ambil untuk 10 minggu seterusnya. Pendapatan mereka sudah menjadi RM10000 untuk satu musim (4 bulan laa lebih kurang). Wah, banyak tu. Ditambahkan pula jika di di tawarkan untuk 3 musim yang akan datang? Banyakkan. Katakan setahun ada 2 program realiti yang mengambil dia untuk menjadi pengkritik, wahh….banyak tu.
Ini semua tidak mustahil. Dalam dunia sekarang ni, sumber pendapatan sebegini yang orang tak nampak. Mungkin nampak simple tetapi mungkin kerjaya seperti inilah yang boleh membuatkan seseorang itu berduit. Apa pendapat rakan-rakan semua?
Kalau pengkritik da jad profession sekarang, jom kite naikkan name blogger sebagai suatu profession. huhu..
Fatin : ya itu semestinya…
mulut busuk weh.. muahaha
haritz : Mulut busuk? mulut adlin ker? hahahahah
Sebelum jadi pengkritik, kena cermin diri dulu, level keyakinan kena tinggi, background sewajarnya clear dan etclah lagi… Kalau nak jadikan kerjaya, kena bina empayar pengkritik bermula dari sekarang.
a’ah. sokong. kadang2 pengkritik tu bukan atas dasar pandangan umum tp peribadi. taste masing2 bkn 100% same
tapi ilmu kena tinggi beb.. hehe.. kalo kritik x berilmu nnt org kata mulut terlebih busuk =)
pengkritik….mungkin kelebihan adlin dalam bidang tu….tapi menjadi pengacaraan is not for him….seperti apa yang berlaku masa anugerah bintang popular tempoh hari….:-(
Salam bro, blogwalking dari rohaizad.com, ermm… ko dulu kutkm ker? mcm kenal ler plak….
sekarang ni apa saja boleh jadi profesion. hebat! =)
Hm.. bergantung pada keupayaan..
Orang tak suka dia tapi ramai yang tengok sebab nak tengok ke’laser’an..
kalau setakat baik-baik.. tak ramai nak tengok
bro.. duit bukanlah segala2nya.. tapi segala2nya nak pakai duit kann kanns.. salammms dr me dikejauhannns
Part-time blogger pun boleh mengkritik melalui blog…ade sape2 tau blog yg mengkritik produk internet marketing Malaysia…. ade berani ka???… 😛
adlin nih ade personality tersendirik…ade pro n con..hehe
adlin?
hampeh jugak…kritik orang…
tapi diri die bukan bagus sangat pon
bile bro tukar theme?huhu
Loq baru jer..tapi tak setup lagi…masih yg default lagi
Masrizal :Aku dulu study kat KUTKM. skang dah UTem dah..
huhu..diorang dibayar mahal tu untuk dikritik.
jadi kerjanya mengkritik … cuba suruh dia naik atas pentas dan nyanyi, kemudian kita kritik dia pula dengan mengatakan betapa mancungnya gigi beliau?