Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.
Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai keĀ malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.
Minggu lepas aku jumpa dengan dia. Seperti biasa lepak minum dia mesti order tongkat ali. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku pun pelik. Kenapa dia tak minum tongkat ali lagi. Rupa-rupanya, semasa dia mengamalkan minuman tongkat ali, kepala sering terasa pening. Pergi cek dengan doktor, dia ada darah tinggi. Doktor menasihatkan agar dia tidak mengamalkan minuman tongkat ali. Sekarang dia tidak mengamalkan lagi minuman tongkat ali. Apa keputusannya? Segala sakit pening semuanya hilang. Darah tinggi pun dah berkurangan.
Cerita kedua, datangnya dari member aku sendiri. Dia di masukkan ke hospital kerana buah pinggangya tidak berfungsi dengan baik. Sebelah daripada buah pinggangnya tidak berfungsi dengan normal. Dia sering sakit-sakit kepala yang kronik dan sakit belakang. Sehinggakan kecing berdarah. Bila doktor tanya, bagaimana pemakanan harian dia. Dia makan seperti biasa sahaja. Doktor tanya lagi, adakah dia minum tongkat ali? Dia menjawab, tongkat ali adalah minuman rutin hariannya. Dia mengamalkannya sejak 2 tahun lalu. Nasihat yang sama dari doktor seperti cerita pertama, kurangkan dan jangan amalkan minuman tongkat ali setiap masa.
Doktor juga menerangkan, sebenarnya tongkat ali tidak elok di buat minuman rutin harian. Ia sebenarnya minuman untuk ubat-ubatan seperti orang dulu-dulu lakukan. Dia juga tidak menggalakkan pengambilan minuman tongkat ali secara berterusan. Bukan tak boleh minum, tetapi tidak kerap. Sekali sekala itu di benarkan. Jadi di sebalik kesedapan tongakt ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi timbang-timbang dan fikir-fikirkanlah.
Entri Secara Rawak
Tags: Buah Pinggang, Sakit Kepala, Tongkat Ali


April 28th, 2009 at 6:47 am
fuh, bahaya juga tongkat ali rupanya.
teringat kisah kawan aku di kolej. minum tongkat ali masa larut malam, esok pagi dia xdapat kelas. xboleh pakai seluar! faham2 jela kenapa. pelik tapi benar. hoho.
[Balas Komen]
April 28th, 2009 at 1:01 pm
Herm, macam mana lak ngan Kopi Kacip Fatimah ek?
Hhuuh. Siyes, aku addict gile ngan kopi Kacip Fatimah.
Nak kata kesan buruk tu, mmg ade. Migrain yg obviousnye.
huhu. Insomnia pun ade. Haish, kopi sedap sgt ekpong.
[Balas Komen]
April 28th, 2009 at 2:20 pm
Alone : tu laa. Aku mula-mula pun tak percaya ngan cerita member aku tu. Tapi dah kena kat saudara sendiri. Nak kata apa lagi yer..
Fatin : Kacip fatimah tak tau pulak..Tapi kalau fatin pun selalu rasa migrain..mungkin itu laa kesannya..
[Balas Komen]
April 28th, 2009 at 2:34 pm
Salam,
Betul “kaw” la Tongkat Ali! hahhahaha
Yang aku pelik buat ape la student pon amalkan tongkat ali cam member aku kat kolej tu!
huhuhuhuhuh
;p
[Balas Komen]
April 29th, 2009 at 12:37 pm
Bro sama lah mcm pil jugak, kalu doktor cakap makan pil 3x sehari, maka ikutlah jangan lebih2 plak mkan nnti penyakit lain plak dtg, tapi mmg bahaya minum selalu, pasal buah pinggang kan control untuk tenaga, kalu dah rosak payah beb semua x berfungsi nnti.
[Balas Komen]
April 30th, 2009 at 2:48 pm
kalau da berlebih2 barang yang baik pon jadi mudarat.
kesimpulan : bersederhanalah
[Balas Komen]
April 30th, 2009 at 8:43 pm
memang macam tu. Tak perlu minum hari2. Mau panas dibuatnya. Sesekali tu takpe..
[Balas Komen]
May 1st, 2009 at 11:46 am
Meet Uncle Shah : Tu laa..sekarang ramai yang amalkan. Bahaya jugak tu..
Ezad : tu laa..bila dah jadi amalakn tu yang merbahaya.
Titan : ya aku setuju..sesekali tak mengapa..
[Balas Komen]
May 2nd, 2009 at 11:24 pm
Aisehh….Tongkat Ali tu salah 1 minuman feveret aku ni…tp xdela minuman rutin harian…3/4 hari sekali minumlah…
Ape yg besh minum air ni ialah masa kencing…heheheh…wangi je bau air kencing especially lps minum air tongkat ali CNI…
[Balas Komen]
May 3rd, 2009 at 7:37 pm
baru aku tau ade gak kekurangan tongkat ali ni.
so kalau nk minum kene berpade2 la.
tapi tongkat ali best la.. haha!!
[Balas Komen]
May 3rd, 2009 at 11:28 pm
akmal : bau die memang best,…hahahahahaha
Lee : sekali sekala boleh laaa…jgn amalkan..
[Balas Komen]
May 4th, 2009 at 12:46 pm
Ada seorang chef ni, member dia 11 orang amalkan tongkat ali. hasilnya, kesemuanya ada kencing manis – sebab gula yang digunakan adalah 4 kali ganda bagi memaniskan tongkat ali yang pahit.
[Balas Komen]
May 4th, 2009 at 8:44 pm
sekali sekala tu blh la. hehehehehe. jgn overdose
[Balas Komen]
May 6th, 2009 at 6:23 am
minum biler perlu jeee….jangan sampai ketagih pulak….
[Balas Komen]
June 1st, 2009 at 8:11 am
hmm….benda nih sepatutnya,kena minum sebulan sekali….bukannya melantak hari2…..
[Balas Komen]
June 1st, 2009 at 8:48 am
Perghhh….ade kesan sampingan jugak ye..tongkat ali….orang dulu2 mane ade minum tongkat ali selalu….sekali-sekala je……saya peminat utama minuman herba tu..tapi saya amalkan seminggu or dua minggu sekali….skang ni..macam2 kopi ada dipasaran…semuanya ada herba tongkat ali…hmmm..berapa banyak pokok tongkat ali ada dalam dunia ni….
[Balas Komen]
June 5th, 2009 at 2:21 pm
kalau selalu minim kopi, biasanye memang bolh sakit kepala, aku ingat mungkin bukan tongkat ali atau kacip fatimah tu puncanya mungkin kopi kot….. sebab kalau minum kopi banyak-banyak memang sakit kepala walau pon x campur tongkat ali ke kacip fatimah ke….
[Balas Komen]
July 15th, 2009 at 1:10 am
nie ckit info dr ape yg ak blaja, setiap ubat yg kte makan nie bkn nyer’magis bullet’.. mean mmg akan ade side effect… sme lar cam tongkat ali nie, ade kebaikan ade keburukan, tp ak xtaula mne lg byk.. n ak x nah npk lg mekanisme tongkat ali dalam badan nie… kalo ade spe2 nak bg info bole lr bg..
[Balas Komen]
July 23rd, 2009 at 4:28 pm
ada beberapa sebab..sebenarnya minuman tongkat ali yang dipek terutama 3 dalam 1 hanya mempunyai 0.05% saja tongkat ali..selebihnya adalah gula…faham2 saja kalau minum lebih gula ni..
kesan sumbat buah pinggang tu adalah disebabkan oleh penggunaan serbuk tongkat ali..kita hanya bole minum ekstrak tongkat ali..bukan serbuk kayu
[Balas Komen]
July 23rd, 2009 at 10:15 pm
Pulpa : Good explanation. Lebih gula dari tongkat alinyer..
[Balas Komen]
September 17th, 2009 at 8:16 am
iya betul tu…..saya sendiri pernah terkena…pada tahun 2006 musim piala dunia ….saye minum tongkat ali……3 hari 3 malam tidka dapat tidur……..jadi macam seorang penagih dadah jer rasa….nasib baik saye minum air buah kelapa muda barulah hilang kesan tongkat ali tu dan saye dapat tidur dengan nyenyak selepas itu…..saye telah bersumpah tidak akan meminum air tongkat si Ali lagi………ada racun tu…..dadah semulajadi jer tu…..hahahahahahahahhahhahahha…penipu punya kilang yg keluarkan produk tongkat ali ni
[Balas Komen]
November 13th, 2009 at 6:59 pm
ORANG DULU2 YANG MINUM TONGKAT ALI SEBENARNYA TAKUT NAK MAKAN OBAT DOKTOR,,TAKUT PENDEK UMUR, TAPI YANG PENTING UNTUK JAGA KESIHATAN
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
November 14th, 2009 at 9:06 am
Rizam. Betul tu. Itulah yang bapa saya cakap. Tetapi bila tongkat ali telah di komersialkan bukannya tidak boleh di minum langsung. Tetapi perlu dikawal. Takut ada kesan sampingan.
[Balas Komen]
November 14th, 2009 at 2:54 pm
baru sy tahu tkt ali tu bahaya..
selama ni main bedal je ….
[Balas Komen]
December 23rd, 2009 at 5:18 pm
tongkat ali yg pure, ok ape..
awek muda, sihat…
[Balas Komen]