Marketing Secara Percuma.

By Shaffik on Thursday, April 23, 2009
Filled Under: General

Semalam aku di datangi oleh seorang yang tidak di kenali. Aku tak kenal lansung mamat ni. Dengan memberikan salam di hadapan rumah aku. Sopan dan tertib tingkah lakunya. Dia bertanyakan pada aku jika ada tak mesin basuh atau peti sejuk yang rosak. Terperanjat juga pada mulanya. Tak semena-mena dia menawarkan diri untuk membaiki barangan elektronik yang rosak.

Aku jawab, ” maaf aku tiada barangan elektrik yang rosal buat masa ini”. Selepas itu die menawarkan perkhidmatannya kepada aku. Katanya ” kalau abang ada mesin basuh atau peti sejuk yang rosak, call saya. Saya akan betulkan di rumah abang jer. Yer laa kalau panggil orang nak angkat pergi ke kedai memang ada caj tambahan. Lagi-lagi rumah flat cam ni.” Dia meninggalkan no telefon dan minta aku menghubungi jika ada masalah mesin basuh ataupun peti sejuk.

Kemudian dia pergi ke rumah sebelah. Promosi cara yang saya. Rasanyer setiap rumah dia akan meletakkan no telefonnya. Dari sini aku nampak bahawa kesungguhannay mencari pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatannya. Walaupun mengikut cara yang lama, tetapi aku rasa sungguh efisyen sekali. Dah laa dapat tinggalkan no telefon, tambahan pula sedikit sebanyak pelanggan akan mula kenal muka dia. Nampak kesungguhan terpancar dari raik wajahnya.

Inilah juga satu teknik pemasaran yang baik sekali. Mungkin die menganggap, penat pada mulanya, tetapi bayangkan jika 10% daripada orang yang diberikan no telefonnay itu memerlukan perkhidmatannya. Tidakkah itu berbaloi. Cara lama tetapi berpotensi mendatangkan hasil. Lagipun kesemua ini adalah free. Cuma penat yang di tanggung. Aku mendoakan semoga mamat tu dapat rezeki dari apa yang diusahakan semalam. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Drive is Full
  • Panggilan Advertiser Dari UK
  • TAG oh TAG
  • Earn More Money while Online.
  • Amy Search nak buka Maahad Tahfizz
  • SUSUK……
  • Kelab Jiwa-Jiwa Juara Futsal
  • Hadiah Tahun Baru Dari Google.
  •  Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….(Bahagian 2)
  • Kerja Kosong, Kerja Kosong, Kerja Kosong…

Tags: , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

12 Responses to “Marketing Secara Percuma.”

  1. alone Says:

    wow. perkhidmatan percuma sebagai promosi memang langkah yang efektif. org Malaysia pulak stail termakan budi. semoga mamat tu berjaya =)

    [Balas Komen]

  2. Shaffik Says:

    Itu laa…berpeluh-peluh aku tgk mamat tu…semoga berjaya…

    [Balas Komen]

  3. Kujie Says:

    usaha tangga kejayaan ,kata cikgu sekolah rendah kak jie dulu.

    kadang2 kita ada barang rosak tapi dgn berbagai susah payah tu, kita abaikan je..bagus bisnes perkhidmatatan mcm ni

    [Balas Komen]

  4. Fatin Pauzi Says:

    mamat tu mmg sungguh2 nak cari duit. aku leh nampak masa depan dia cerah lepas ni.

    P/S:huhu..memandai je. tapi, kebiasaannya, cmtu. :P

    [Balas Komen]

  5. loq Says:

    woooo
    dah tukaq theme yeeee

    [Balas Komen]

  6. ubey Says:

    mm.. asalkan wt kje ngn ikhlas. insya Allah dapat balasan yg setimpal

    [Balas Komen]

  7. haritz Says:

    Inilah yang dipraktikan dikawasan rumah aku. Sbb kedai elektrik terlalu banyak kat sini so cara ni lebih effisen sbb sehari suntuk di buat depan mata. Dah tu cas murah lak tu. Dan aku puas ahti kerja dia. Moral nak seribu daya tak nak tu yang berjuta dalih.

    [Balas Komen]

  8. j_hafiz Says:

    uh,rmh flat?kofom kne panjat tangga kan? saya kagum!

    [Balas Komen]

  9. pcuserz Says:

    pokok pangkal segala rezeki adalah usaha.
    usaha lebih insyaAllah rezeki pun lebih.
    ape2 pon strategi promosi yang berkesan tu

    [Balas Komen]

  10. Sabri Says:

    yeay, nak berjaya kene ada usaha yang tinggi.. betul kn?

    [Balas Komen]

  11. samdaddycool Says:

    Aku respek mamat tu. Aku doakan dia terus cekal dan tak give up. Dia ada kelebihan, tapi dia gunakan akal dia untuk cari alternatif buat duit.

    [Balas Komen]

  12. motokriss Says:

    Strategi marketing yang conventional tapi efisyen.

    mamat uh create buzz traffic untuk diri dia sendiri. terbalik dengan internet marketing kan…. kalo ada web kena tarik traffik ke web. tapi mamat nih bawak diri dia ker traffic. sungguh mengagumkan.
    percayalah.. mamat nih akan berjaya. DOakan kejayaan mamat nih. Amin.

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :