Adakah Mak Nyah Akan Insaf?

By Shaffik on Tuesday, April 21, 2009
Filled Under: Agama, General, Persoalan ?

Mak Nyah atau Pondan atau lelaki lembut yang berpewatakkan wanita adalah salah satu jenis-jenis manusia di dalam muka bumi ini. Mereka akan berpewatakkan seperti wanita, baik dari segi pemakaian, watak , perlakuan, kata-kata dan semuanya akan mirip kepada wanita. Ada yang sanggup membuat pembedahan kelamin untuk menukar jantina semata-mata ingin menjadi seorang wanita.

Kadang-kala mereka bangga dengan perwatakkan sebegini. Mereka bangga dari seorang lelaki menjadi wanita. Jalan dalam satu kumpulan, makin di tegur, semakin di buat gaya-gaya seorang wanita.  Aku masih tertanya-tanya, mengapa jadi begini? Siapa yang harus di persalahkan. Bila di tanya, kenapa kau jadi sebegini. Jawapan yang pasti terpancul dari mulut dia orang adalah ” alaa ini semulajadi, memang naluri perempuan dah ada di dalam jiwa, nak buat macam mana?”.

Tapi bila di fikirkan balik, semulajadi itu adalah lelaki. Mengapa tak jadi lelaki yang tulen. Walaupun lembut tetapi menjadi lelaki yang tulen. Tidak berpewatakan seperti seorang wanita. Adakah mereka ini semua tidak tahu perbuatan mereka itu semua berdosa. Aku yakin mereka pasti tahu apa yang di buatnya itu adalah dosa. Mungkin keadaan sekeliling mereka yang menyebabkan mereka ini semua sukar untuk berubah. Dengan kata lain mungkin mereka sememangnya suka berpewatakkan dan ingin menjadi wanita.

Rasernya perkara mak nyah atau pondan ini pernah di suarakan di Dewan Negara. Tetapi hingga sekarang tiada tindakkan susulan yang di lakukan. Aku pernah berbual dengan Mak Nyah. Dia bekerja di kilang aku. Dia ni memang seperti seorang perempuan. Sekali pandang tak nampak kelelakiannya. Aku bertanyakan satu soalan killer kat die. “Ko raser bila ko ni akan insaf?”. “ko tau tak yang ko buat ni salah dan berdosa?”. Dia maki aku. Dia jawab  ”ko ni takder ke soalan lain nak tanya, ok sebenarnya aku pun tak tau bila aku boleh insaf. Aku tau perkara ni berdosa, tapi naluri aku sebegini yang menyebabkan aku lupa semua itu. Biasanya orang-orang macam aku ni susah nak insaf. Mereka akan sebegini sehingga tua. Kite orang ada kumpulan kami sendiri. Jadi semua masalah akan kami kongsikan bersama”.

Aku pun terdiam mendengar jawapan ini. Tapi aku masih tidak dapat jawapan yang aku cari. Dia jawab pun tak tau bila dia akan insaf. Sekarang ni, aku tengok drama atau filem pun dah menayangkan cerita pasal pondan. Seolah-olah menyokong pulak kewujudan insan-insan sebegini. Jadi adakah mereka akan insaf satu hari nanti? Sebabnya aku tak pernah jumpa insan sebegini yang insaf betul. Kembali menjadi lelaki sebenar. Aku teringin mendekati pondan-pondan yang telah insaf. Aku cuma nak tau bila die mula insaf. Apakah yang mendorong dia kembali ke pangkuan jalan?  Bilakah mereka akan insaf????

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?
  • YouthSay…
  • Halim Othman Kembali.
  • Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.
  • Hafiz Menebus Kekecewaan Rakyat Malaysia
  • Syok Jugak Tarian Poco-Poco
  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • SUSUK……
  • Lamanya tidak menulis
  • Berhari Raya Di Tol Jalan Duta

Tags: ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

30 Responses to “Adakah Mak Nyah Akan Insaf?”

  1. MeeT uNcLe sHaH Says:

    Salam,

    Bro, aku pun ada ramai member macam ni. Paling aku “terharu” sorang member aku dulu memang jantan kat sekolah. Alih-alih, da tukar perangai!!!

    Nak marah tak boleh, nak suka tak larat g nak gelakkan golongan ni. Apa yang aku mampu, hanya berdoa.

    Mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk mereka berubah. Amin

    [Balas Komen]

  2. Mohd Hafizd Says:

    hmm..menarik betol. so kalo ade si polan2 yg terbabit, sila la komen..

    smga mereka berubah~!! amin

    [Balas Komen]

  3. Shaffik Says:

    MUS : Mudah-mudahn terbuka hati dieorang untuk insaf.

    Mohd Hafizd : Itulaa aku mengharap agar sipolan2 yang terbabit berikan ulasan.

    [Balas Komen]

  4. senapang Says:

    tu la pasal, tp kadang2 sian jgk tau dorg nih…

    teringat lg aku time meniaga bazar ramadhan…
    gerai dpn aku ni maknyah…tapi die tak la gaya tak senonoh…cume die berpewatakan pompuan je..

    tapi tu la, orang sume pandang serong…tiap ari lauk die tak jalan..sedang kan die masak sedap jgk…

    aku ingat lg mak aku ade nasihat die…mak aku ckp, “ani, takyah la meniaga klu tak laku..wat je keje lain…”

    die plak ckp, “nak keje ape makcik..nak jd pelacur?”

    uuu sedih aku tgk die…huhuhu

    [Balas Komen]

  5. alone Says:

    Insaflah segera. Aduh. sedih tengok mak nyah di jalanan. Memanglah naluri, tapi kena lawan.

    [Balas Komen]

  6. Richie Says:

    fuck u mak nyah.. aku tembak je mak nyah ni.. perghh

    [Balas Komen]

  7. rohaizad Says:

    Mak Nyah kena kuat dalam berjuang dengan masalah hati. Iktukan aku, aku memang nak diaorang pergi bekerja di pulau.. tenangkan hati , jauh dari pengaruh kawan.. dan banyakkan mengenal diri.

    p/s: theme ni memang cantik la wehhh…. simple tapi ada ummphh!

    [Balas Komen]

  8. Fatin Pauzi Says:

    Huish, Richie. Jangan la pandang serong kat die org. Mereka tak mintak jadi cmtu. Disebabkan kurang matang dalam berfikir, mereka meneruskan apa yang takdir bagi kat mereka. Kebanyakan golongan mak nyah ni, datang daripada pengalaman hidup yang pahit yang memaksa die org jadi cmtu. Orang sekeliling perli, gelakkan, and maki mereka. tak de org sokong langsung. that’s y la makin menjadi2 bile ade golongan mak nyah lain yg sentiasa sokongan mereka. siap ade kumpulan lagi. Kita patut sokong mereka, bimbing mereka slow2. yang penting, bimbing mereka dengan agama. InsyaAllah. Just my 3 cents.

    [Balas Komen]

  9. Shaffik Says:

    Senapang : Kesian tgk..tapi kadang-kadang lagi di kesian lagi menjadi dieorang ni .

    alone : betul tu naluri tu kena lawan..

    richie : wah marah betul ko yer…

    Rohaizad : aku setuju. asingkan dieorang ni dok jauh. Jauhkan dari pengaruh rakan-rakan..

    Fatin : Good idea. Bimbing dieorang ke jalan yang benar..

    [Balas Komen]

  10. farah Says:

    maknyah ni kalau kene gaya mmg lbh cantik drpd pompuan. tp bile bukak je mulut. hohoho. hancus. by the way. semoga mereka2 ni diberi hidayah utk kembali jadi lelaki sejati. amin

    [Balas Komen]

  11. haritz Says:

    Silap kita pun ader, dah nampak tak tegur. Kalau keluarga lagi lah kena tegur. Kawan2 pun mesti tegur kalau ader yang kawan kita sebegitu. Ia berpunca dari sifat dan pergaulan semasa kecil, selalaunya begitu. Kadang2 mak bapak yang nak cam tu. Nak anak pompuan tup2 keluar jantan dah tu di manja2kan dengan pakai kan gaun segala macam. Kalau lelaki kawan ngan lelaki, pompuan kawan ngan pompuan baru boleh letur kalau tak terbalik ler.

    [Balas Komen]

  12. Fer Says:

    Geng..
    Kekadang x semua mereka nie beterosan..Aku ade sorang member nie…masa kat sekolah dia pye manje,lembut mengalahkan perempuan….tap..tap… dah lama x jumpe…korang nak tahu dia sekarang jd ape???…KOMANDO….teperanjat aku…badan taff…x de langsong macam dulu….2 lakan,kalu niat 2 dah ade nak berubah..jd punya..tq

    [Balas Komen]

  13. DindaKanda Says:

    kadang-kadang kita tak boleh nak blame mak nyah ni 100% ada jugak yang menjadi mangsa keadaan dan tak rela pon nak jadi macam tu..

    [Balas Komen]

  14. rbc Says:

    Teringat pulak aku kat satu cerita di TV3, Ahmad Tarmimi Seregar jadi pelakon utama sebagai Mak nyah.Real lah ..dia bawa watak tu.

    [Balas Komen]

  15. Adry Says:

    Pernah buat entri lebih kurang camni gak… pada pendapat aku… nak berubah tu susah sehinggalah mereka dapat hidayah dari Allah… atau sesuatu dapat sedarkan mereka yang apa yang dorang buat tu takda faedahnya dan perasaan asal mereka yang selalu mereka canangkan hanya palsu semata mata

    [Balas Komen]

  16. pcuserz Says:

    kes2 mcmni kita kene tegur secara berhikmah.
    kalau terus hentam je sape2 pon naik angin.
    lembut sgt, tak makan saman.

    [Balas Komen]

  17. memey Says:

    x sume mak nyah jd placor…
    sbenar nye aku agak ske gak ar golongan nie…
    sbb dowg lebih pandai jage kecantikan drpd pompuan..
    cube kowg banding kan…
    antara pompuan tulen ngan mak nyah yg lawa…..
    dri situ dah tau sape pandai melaram…
    nk wat cam ne ar…
    tuhan dah ator an idop kite sbelom kite idop lg…
    kitew just tros an je…

    [Balas Komen]

  18. ohmelayu | Melayu Boleh Says:

    mustahil depa insaf maa..

    [Balas Komen]

  19. Aku Says:

    Melayu? Mustahil? Hmmm… Inilah Melayu…

    [Balas Komen]

  20. Ben Says:

    Yg penting diri sendiri. Kalo nak ubah Insya Allah.. Kita tak leh tukar naluri. Macam lelaki suka perempuan dan begitu sebaliknya. Itulah naluri Nyah. Walaupun luar boleh ubah tapi dalam Allah je yg tau. Tp cuba bertahan. Ganjarannya maha besar.Kalo nak share pengalaman boleh juga. Tak banyak pun tp ada le.

    [Balas Komen]

  21. Shaffik Says:

    Ben : Kalau ada pengalaman boleh laa cerita sikit.. Lebih elok..Aper2 hal email kat aku : chuckiesd@gmail.com.

    [Balas Komen]

  22. MaNg_90 Says:

    sume korg c0mment s0 h0t….p krg sdr x yg krg plak dh wat d0sa ngan mgtkn mahkluk ciptaanNYA..???..kte ney mak nyah..p kterang bdspln…pnah x kterang wat slh ngan krg…?klu dh benci 2,2tup jak bibir…x s0h lh nak mlbh2…klu krg x ckp maknyah n p0ndan pasti x wujud 6ma nih lam dunia t0k…cblh kata kterang lki lembut,lki juga 6ma ya kn…p,nyak jga maknyah d plkn…da trknl n da yg bkerjaya…s0…hrp2 lh krg yg sjti ya pat yg tbaik lam dunia nih…amin!!!

    [Balas Komen]

  23. RUSLI ZAINAL SANG VISIONER Says:

    You are a very smart person!

    [Balas Komen]

  24. Shaffik Says:

    Betul tu na. Semunya hanyut dek hasutan syaitan. Harap2 dengan entri ini mereka tersedar dan terus hanyut.

    [Balas Komen]

    na Reply:

    dari terus hanyut

    [Balas Komen]

  25. yana Says:

    x sume maknyah yg jahat. sy berkwn dgn maknyah. dia seorang yg baik. malah hbgn kteorg sgt rapat. jgn la kte asyik nk tuding jari pd mereka shj. kte xleh nk ubah mereka 100%. ia berubah mengikut kehendak diri masing2. yg pntg,kte sebagai sedare sesama islam,mendoakan mereka. walaupun sy rapat dgn maknyah,tp sy xpnh tgur dia. sy tgur dia melalui hati iaitu melalui doa sy. sy harap anda semua jgnlah sisihkan makyah ye.

    [Balas Komen]

  26. manusia biasa Says:

    salam…sy seorang bekas pondan…sampai orang yang baru mengenali sy x tahu sy ni lelaki…..tapi ALLAH maha besar…..sy dah insaf…sy benar2 dah berubah…sy juga dah berkahwin…dan mempunyai cahaya mata…..al-hamdulilah…..manusia mmg x lari dari kesalahan…klu ada kawan2 yang terlibat gejala pondan ni..jangan sisih mereka….bimbinglah mereka dengan hikmah…….

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alhamdullilah. Tuhan memberikan petunjuk kepada awak. Mungkin aku ada jawapan kepada tajuk yang saya utarakan. Mungkin boleh dikongsikan mengenai cerita pasal maknyah atau pondan…

    [Balas Komen]

    manusia biasa Reply:

    insyaallah…..tapi apa yang paling penting,jangan sesekali sisih golongan macam ni..didiklah mereka dengan hikmah…hati mereka lembut…..banyak pendekatan yang perlu dilakukan untuk menilai erti hidup golongan mak nyah…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul tu. Hati mereka lembut. Mungkin cara kekerasan tak akan jalan punyer…

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :