Hati-hati Dengan Rawatan Lintah.

By | April 16, 2009

Selama dua hari aku menghadiri satu training BOFAS. Bofas ini adalah training untuk First Aid. Bagaimana menghadapi situasi kecemasan dan membantu orang-orang yang mendapat kemalangan. Ini adalah rawatan awal sebelum tibanya ambulan ataupun sebelum sampai ke Hospital. Alhamdullilah semuanya tamat dengan jayanya.

Ok berbalik kepada tajuk utama yang aku nak sampaikan. Di akhir training aku semalam, kami pun berbual-bual kosong dengan Doktor yang memberikan kami training sepanjang 2 hari itu. Peserta itu bertanyakan mengenai lintah. Adakah benar lintah ini boleh memyedut darah kotor pada tubuh badan dan anggota manusia. Hari ini pun ada berita pasal rawatan lintah.

Doktor itu tersenyum lebar. Dia menjawab, sebenarnya dalam badan manusia tiada darah kotor. Tiada istilah kesihatan pun yang menyebut pasal darah kotor. Darah kotor yang ada pun pada perempuan semasa datang haidnya. Itu pun bukan di panggil darah kotor. Ada satu nama khas untuknya. Semua darah dalam tubuh badan manusia adalah darah yang berguna untuk keseluruhan tubuh badan. Kalau darah yang berwarna merah pekat, itu bukan darah kotor, memang ada darah yang berwarna merah pekat dalam tubuh badan kita.

Tambah doktor itu lagi, minggu lepas die menerima seorang pesakit. Datang kepadanya dengan muka yang bengkak. Doktor itu pun bertanya, kenapa mukanya boleh bengkak. Pesakit itu pun tak tahu kenapa. Tetapi pada hari semalamnya die menghadiri satu sesi rawatan muka. Rawatan untuk menghilangkan jerawat. Rawatan itu menggunakan lintah yang kononya berupaya menyedut darah kotor di muka pesakit dan seterusnya menghilangkan jerawat. Yang dapat apa lebam di muka.

3 bulan lalu, emak member aku di tempat kerja juga menghadapi masalah yang sama. Dia jalan-jalan di Tesco. Ternampak satu booth yang dipenuhi orang. Di situ ramai yang sedang menjalani rawatan daripada Lintah. Dia pun mencuba buat rawatan. Lintah di letakkan di bahagian dahi yang kononya boleh menghilangkan pening. Mak member aku ni selalu rasa pening2. 2 hari selepas itu matanya bengka besar. Doktor mengatakan bahawa darahnya telah dijangkiti bakteria. Kesan daripada rawatan Lintah berkenaan.

Doktor itu menasihatkan, usah percaya dengan kaedah-kaedah rawatan sebegini. Darah kita semua amat berharga. Kalau nak sangat keluarkan darah tu, lebih elok pergi derma darah. Lagi bagus. Sebelum menghadiri sebarang rawatan, minta pandagan Doktor dulu. Jika ada kebenaran doktor baru pergi. Lagi satu yang menjadi persoalan aku, mengapa tiada pihak yang berwajib memantu rawatan-rawatan sebegini. Jika ianya memberhayakan, ambillah tindakan jika perlu. Aku tengok sekarang makin banyak rawatan-rawatan sebegini yang wujud terutamanya di pasaraya besar. Jadi berhati-hati dengan kaedah rawatan-rawatan sebegini.

Aku bukan nak tutup pintu rezeki orang menjalankan perniagaan ini. Tetapi kalau betul, ianya beupaya merawat, silalah jelaskan di sini. Aku menulis atas dasar info yang diberikan oleh doktor berkenaan. Dia lebih arif dan faham selok belok tubuh badan manusia. Jika ada kajian yang khusus terhadap rawatan lintah ini, silalah berikan komen.

63 thoughts on “Hati-hati Dengan Rawatan Lintah.

  1. Jess Jessica

    Yep that true.derma darah bkn shja menderma tp ad kebaikan yg kita dapat contohnya your skin semakin baik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge