Hati-hati Dengan Rawatan Lintah.

By | April 16, 2009

Selama dua hari aku menghadiri satu training BOFAS. Bofas ini adalah training untuk First Aid. Bagaimana menghadapi situasi kecemasan dan membantu orang-orang yang mendapat kemalangan. Ini adalah rawatan awal sebelum tibanya ambulan ataupun sebelum sampai ke Hospital. Alhamdullilah semuanya tamat dengan jayanya.

Ok berbalik kepada tajuk utama yang aku nak sampaikan. Di akhir training aku semalam, kami pun berbual-bual kosong dengan Doktor yang memberikan kami training sepanjang 2 hari itu. Peserta itu bertanyakan mengenai lintah. Adakah benar lintah ini boleh memyedut darah kotor pada tubuh badan dan anggota manusia. Hari ini pun ada berita pasal rawatan lintah.

Doktor itu tersenyum lebar. Dia menjawab, sebenarnya dalam badan manusia tiada darah kotor. Tiada istilah kesihatan pun yang menyebut pasal darah kotor. Darah kotor yang ada pun pada perempuan semasa datang haidnya. Itu pun bukan di panggil darah kotor. Ada satu nama khas untuknya. Semua darah dalam tubuh badan manusia adalah darah yang berguna untuk keseluruhan tubuh badan. Kalau darah yang berwarna merah pekat, itu bukan darah kotor, memang ada darah yang berwarna merah pekat dalam tubuh badan kita.

Tambah doktor itu lagi, minggu lepas die menerima seorang pesakit. Datang kepadanya dengan muka yang bengkak. Doktor itu pun bertanya, kenapa mukanya boleh bengkak. Pesakit itu pun tak tahu kenapa. Tetapi pada hari semalamnya die menghadiri satu sesi rawatan muka. Rawatan untuk menghilangkan jerawat. Rawatan itu menggunakan lintah yang kononya berupaya menyedut darah kotor di muka pesakit dan seterusnya menghilangkan jerawat. Yang dapat apa lebam di muka.

3 bulan lalu, emak member aku di tempat kerja juga menghadapi masalah yang sama. Dia jalan-jalan di Tesco. Ternampak satu booth yang dipenuhi orang. Di situ ramai yang sedang menjalani rawatan daripada Lintah. Dia pun mencuba buat rawatan. Lintah di letakkan di bahagian dahi yang kononya boleh menghilangkan pening. Mak member aku ni selalu rasa pening2. 2 hari selepas itu matanya bengka besar. Doktor mengatakan bahawa darahnya telah dijangkiti bakteria. Kesan daripada rawatan Lintah berkenaan.

Doktor itu menasihatkan, usah percaya dengan kaedah-kaedah rawatan sebegini. Darah kita semua amat berharga. Kalau nak sangat keluarkan darah tu, lebih elok pergi derma darah. Lagi bagus. Sebelum menghadiri sebarang rawatan, minta pandagan Doktor dulu. Jika ada kebenaran doktor baru pergi. Lagi satu yang menjadi persoalan aku, mengapa tiada pihak yang berwajib memantu rawatan-rawatan sebegini. Jika ianya memberhayakan, ambillah tindakan jika perlu. Aku tengok sekarang makin banyak rawatan-rawatan sebegini yang wujud terutamanya di pasaraya besar. Jadi berhati-hati dengan kaedah rawatan-rawatan sebegini.

Aku bukan nak tutup pintu rezeki orang menjalankan perniagaan ini. Tetapi kalau betul, ianya beupaya merawat, silalah jelaskan di sini. Aku menulis atas dasar info yang diberikan oleh doktor berkenaan. Dia lebih arif dan faham selok belok tubuh badan manusia. Jika ada kajian yang khusus terhadap rawatan lintah ini, silalah berikan komen.

65 thoughts on “Hati-hati Dengan Rawatan Lintah.

  1. Adry

    ish… ish ish.. baru ku tahu… bahaya jugak ek… tapi kenapa kementerian kesihatan ka… atau mana mana badan berwajib buat dek jeerr…

    sekarang aku tengok kat mana mana pun dah banyak yang buka bisnes rawatan lintah ni…

    takkan nak ada kes kematian kerrr atau apa apa yang serius baru nak ambik tindakan kan.. huhu

    Reply
  2. samdaddycool

    nasib baik aku memang geli dgn lintah 😛 , kalau tak, mahu aku terjebak sama dengan anasir-ansir yang memesongkan akidah ni…. 🙂

    Reply
  3. Kujie

    oooo…terimakasih ye kerana berkongsi

    pasal darah haid….dia dipanggil darah kotor kerana sewaktu mengalir keluar dari rahim ia membawa bersama sel dan tisu dari selaput “endometrium”.

    Ketika ia melalui saluran faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj. Darah kotor adalah campuran darah, tisu endometrium yang telah berkecai dan kuman-kuman.

    Reply
  4. menteil

    thanks.. aku dah dapat info baru..
    selama nie aku tak tau pun yang rawatan lintah nie bahaya..
    tapi aku sendiri tak percaya dan pernah cuba..

    Reply
  5. Shaffik

    Adry : Itu yang aku pelik. Kenapa tak ada pemantauan yang mendalam untuk rawatan sebegini.

    Sam : ooo penggeli ko ni eh..

    Kak Jie : Thanks for the nice info.

    Menteil : Tu laa kesian mak cik tu..Bengkak muka dia.

    Reply
  6. hady

    bahaya jugak nih… lintah yang dah digunakan mungkin diguna semula kot.. lagi satu lintah kan dok dalam air… jadi mana mungkin pengusaha lintah akan menukar air dan air yang digunakan terlalu lama mesti ada kuman… ikan dalam akuarium pun boleh sakit kalau air tidak dirawat kan…

    Reply
  7. Mohd Hafizd

    tengs for the info~!! cuak gak dgr..yerp..sometimes ada je orng bgitau dlm mag, tv or article ckp drah hitam pekat tuh darah kotor…macam make sense..tp kene tnye pakar dlu baru la confirm..

    how about bekam? any info about that..really appreciate if you could publish about dat…

    Reply
  8. Shaffik

    Hady : Biasenya orang cakap lintah itu akan di gunakan sekali jer. Tapi cam maner nak bezakannya.

    Mohd Hafidz : Bekam? Ermm..tak tau pulak pasal tu..sebab tu lagi lama. Tapi doktor tu pun cakap, kalau berbekam, lebih baik derma darah. Dah tentu free. Kalau darah kita boleh guna, dah tentu bantu orang lain.

    Reply
  9. alone

    hoho. bahaya jugak ea.

    selama ni aku baca yg positive side jek.

    diorg yg buat rawatna lintah ni kena ada tauliah dan lesen la. senang nak saman kalau berlaku masalah.

    Reply
  10. Fatin Pauzi

    Huhu. da agak. lintah ni memang akan sedut darah kita punye. eh, bukan. maksudnya, untung betul lintah ni ek, bile orang bagi die makan free.

    Selama ni memang da agak sal hal ni. Cerdik beno lintah ni nak bezakan darah kotor ngan bersih sedangkan salur darah kita satu jalur je, bukannye dalam salur darah tu ade dua bahagian yang membezakan darah kotor dan bersih. huhu. Kalau die sedut toksin, tu considerable lagi. tapi, hakikatnya, dia pun nak makanan bersih juga, mcm kita manusia ni.

    Thanks for sharing and proving my thoughts! 😀

    Reply
  11. haritz

    kalau lintah tu bertelur dalam tubuh lagi parah sbb kita mana tau dia bertelur. Tup2 badan kita penuh lintah..alamak ngeri ler 😛

    Reply
  12. Shaffik

    Alone : aku setuju dgn ko. sepatutnya ada lesen dari kementerian kesihatan . lau jadi apa2 senang.

    Fatin : Aku sharing untuk kebaikkan semua. Bukan nak tutup periuk nasi orang.

    Haritz : Ko fikir sampai bertelur kat perut orang eh..mintak di jauhkan…

    KampungBoy : betul…elak sebelum parah.

    Reply
  13. senapang

    aku pon tak pasti dgn keberkesanan rawatan lintah ni..tapi member aku ada 2orang jd tokey lintah..huhu
    aku tak penah plak cuba..

    eeeee golie omak..haha

    Reply
  14. Fer

    huhuuu

    Daripada bagi kat binatang 2 darah yg berharga nie…
    baik korang derma kat orang2 yang memerlukan….
    ade juga faedah…..

    Reply
  15. pcuserz

    ngeri gak bile pikir2 balik.
    selama ni pikir positif je.
    kene buat research sendiri sblm buat ape2 keputusan.

    Reply
  16. Shaffik

    J_hafiz : Betul, betul, betul jangan cepat percaya sangat.

    Titan : Ari tu wife aku nak cuba. Aku cakap tak payah…belum tentu berkesan..

    Reply
  17. maya

    Daripada sihatkan lintah dan dapat kesan sampingan, baik pegi derma darah.

    Reply
  18. catzer

    Erm akupun risau gak kesan sampingan gini..nak derma darah hari tu dah pengsan buat malu jerk..hahahah..aku pun terfikir gak org yg low blood pressure mcm aku ni darah kuar dr badan sampai byk mcm tu boleh tahan ke..adei ada pengsan lagi nanti.

    Reply
  19. blowie

    member ade buat perniagaan lintah ni,
    selalunya kalo yg dijangkit bakteria tu,lintah tu lintah recycle 😀
    Tokey sengkek,reuse lintah tu sampai mampos 😀

    Reply
  20. alfie

    sebenarnya doktor yang cakap kat ko tu doktor bangang,ego sebab dier ingat ilmu dier lagi bagus,kalau kiter bagitau rawatan alternatif yang pakai organik,mampus dier nak percaya,macam Transferfactor,Intra kesemuanya adalah rahsia besar Pakar yang tidak didedahkan kepada doktor tahap rookie macam kau cakap tu.satu lagi,aku tak setuju langsung dengan dadah yang diorang pakai kat hospital sebab ader side effect.aku nak tanya dengan kao,can you trust your doctor?sebab kat US dah banyak kes doktor salah guna ilmu untuk kepentingan diri….

    Reply
      1. wuhu

        doktor mesia ni mangkuk..sume nak dwet dulu..tu la ckp camtuh..pastuh ko leh pecaye lak…wuhu…

        Reply
    1. aishiteru

      aku sokong..tp xla sume dr kt m’sia ni mangkuk..muke depa ni bengkak pasai pas wt bekam xbersihkn lok2.bekam ni kn baik tuk kesihatan kte,nabi pun da ckp lg2 utk org lelaki.darah kotor 2 adalah darah2 yg da b’+ ngn toksin.ce citer cmne kome nk kuakn darah yg da b’+ toksin 2 dr badan lau bkn melalui bekam..derma darah 2 xsme ngn bekam..

      Reply
    2. Faizal Bahruddin

      Doktor tu tak cukup ilmu. Kalau dia katakan darah kita tidak kotor, kenapa nabi sarankan kita berbekam? Banyak hadith2 berkenaan bekam ini, malah bekam merupakan salah satu cara menyembuhkan penyakit. ‘Darah kotor’ yang kita sebut-sebut itu dipanggil darah yang mengandungi toksin oleh pakar perubatan moden.
      Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan kebanyakan ‘method’ yang digunakan dalam perubatan moden kerana bercanggah dengan syariah Islam. Kenapa? Saya bagi satu contoh mudah. Ubat yang digunakan sesetengah adalah bukan penawar tetapi cuma ‘penahan’ sesuatu penyakit sahaja. Dan yang paling teruk ianya memudaratkan dan sesetengah adalah haram! MasyaAllah. Kenapa kita, umat Islam tidak kembali kepada sunnah yang diajarkan oleh Nabi (SAW) kesayangan kita dengan mengamalkan pemakanan madu, habatus sauda, berbekam, dan membaca Al-Quran.
      Dan ini satu permintaan saya, jikalau saudara bertemu dengan doktor itu, bagitau dia, ilmu dia masih di peringkat tidak membanggakan dalam bidang perubatan.

      Reply
  21. mawar_putih89

    uit…ngerinyer dgr info sal lintah ni…huhu… ermm thx la pd yg bg info ni..de jgk kbenarannyer per yg die ckp 2. bg mwar, pe yg pnting bg kte adlah mngikut kaedah islam ajr..insya allah sume nyer akn ok. n pd yg ssiapa de mslh wjah 2 jgn la risau…kcntikan luaran 2 xkekal lme..hnyer yg kekal kcntikan dlaman…rnung2kn lah brsama..

    Reply
  22. intai-intai

    Alamak sangkak buana, aku baru je nak cuba2 dengan rawatan lintah yang diorang ckp berkesan. Tapi blog ini cuba nak takut-takutkan aku. Tapi takan aku pun nak ikut bangang. Baik aku dengar plak pihak yang buat rawatan lintah lepastu baru aku timbangkan. Zaman sekarang bukan semua org boleh kita percaya lagi… Sory aku bukan orang yang boleh dipengaruhi oleh cerita-cerita yang belum tentu betul. Aku ada akal dan aku boleh fikir yang baik dan buruk.

    Jangan marah!!!

    Reply
  23. jai_cemara

    salam..bg aku,rawatan lintah ni benar2 berkesan..aku da hidap resdung lame da..tp sejak wat rawatan lintah ni mmg trase prubahan..kalo lintah xbleh,maknenye bekam pun xleh gak la..bukan ke de sunat malakukan bekam ni??hmm..

    Reply
  24. damia

    yg mana satu betul nihhh. d Jerman dikatakan org pecaya lintah dari Doktor malah klinik/hospital ada menyimpan lintah untuk rawatan. Untuk makluman lintah xbleh hidup dlm air yg kotor.. sebab itu le yg pelihara lintah seminggu 1 kena check air.. kalo air ade kuman dan kotor 1 kolam akn mati lintah tu…Nabi pun berbekam cuma berbeza cara je… yg guna recycle lintah yg menjahanam nama baik bekam nih hehehehe…

    Reply
  25. pacat

    salam semua
    saya bukan lah pakar dalam lintah nie tapi setau saya lintah hisap darah tak banyak orng derma darah saya pun derma darah tak boleh merawat sakit pinggang, tapi selepas saya buat rawatan lintah baru sekor di pinggang saya yang sakit alhamdulillah dengan izin allah adalah kurang sakinya, bukan saya tak caya cakap doktor, bukan semua doktor tau pasal perubatan, entah-entah doktor haiwan mengaku doktor perubatan manusia dan satu lagi saya ada masalah kaki sering kebas kecederaan lepas main bola lama dulu, lepas saya buat rawatan lintah alhamdulilah jarang la sikit kekebasannya sekarang, bagi sape-sape yang tak tau maklumat lintah tanyalah orang yang pakar jangan main redah je berita tak betul, allah mencipta manusia ada akal pakai, ada telinga dengar, pandai mengaji baca, ada mulut cakap yang betul aja jangan main sumpah seranah tak baik tuhan marah. jangan marah.

    Reply
  26. Shaffik Post author

    Pacat : Terima kasih dengan penjelasan anda. Saya bukan menulis tak tentu hala. Di akhir perenggan entri ini, saya ada menyatakan. Sesiapa yang bekerja denagn rawatan lintah ataupun pernah menjalani rawatan lintah, sila berikan komen.

    Terima kasih kerana anda telah menceritakan perkara sebenar. Ini bermaksud rawatan lintah ini tidak berbahaya. Tetapi saya telah mendapat satu cerita yang dekat dengan saya iaitu emak member saya yang mendapat kesan setelah menjalani rawatan lintah ini. Sila lihat peranggan ke-5.

    Mungkin rawatan lintah tak sesuai dengannya. Ataupun kebetulan lintah yang digunakan mungkin tidak sesuai untuk rawatan ketika itu dan memungkinkan ada kesan sampingan kepada emak member saya.

    Lagi satu, di dalam entri saya, saya tidak pun mengeluarkan perkataan sumpah seranah. Cuma saya ingin berkongsi apa yang saya dengar dari doktor berkenaan dan cuba sampai kepada anda semua. Sedikit pun saya tidak marah dengan segala komen yang diberikan. Malah rasa seronok dengan adanya komen-komen yang menyatakan bahawa rawatan lintah ini baik.

    Sebab itulah tajuknya “Berhati-hati dengan rawatan lintah”. Maksudnya entri ini, berhati-hati sebelum mengambil rawatan lintah. Selidik sehabis-habisnya sebelum membuat rawatan. Harap ada semua faham dengan entri ini.

    Apapun terima kasih atas komen anda. Saya hargai. Jika ada ramai lagi rakan-rakan yang sudah menjalani rawatan lintah dan memberikan kesan yang baik kepada mereka, sila tambah komen dengan menyatakan fakta yang mengukuhkan lagi bahawa rawatan lintah selamat.

    Sekian.

    Reply
  27. patzzy

    Salam..Kepada semua pembaca..Sedikit komen dan penjelasan ingin sy berikan di ruangan ini ekoran topik dan komen2 yg agak menarik dr para pembaca sekalian..
    1stly ttg persoalan bhw adakah benar lintah boleh menyedut darah kotor pada tubuh badan dan anggota manusia sdgkan lintah ni bknla cerdik sgt nak bezakan darah kotor n bersih..Baiklah, di sini sy ada sedikit penjelasan, istilah darah kotor kt sini sbnrnya adalah darah2 yg bermasalah spt darah yg bertoksin, berasid, kolestrol n lain2..lintah ni jgk fungsinya adalah membersihkan darah dan memperbaiki laluan saluran darah kita yg bermasalah sperti darah beku, saluran darah yg tersekat disebabkan oleh lemak2 yg terkumpul dan memblok saluran darah tersebut n lain2 sebab lg..lintah ni sbnrnya ada 18 enzim yg menjadikan dia sejenis parasit yg sgt bernilai sekiranya manusia ni semua tahu akan kelebihan tu..salah 1 nya berfungsi sebagai agen anti pembekuan yg diknli sbg Hirudin..Hirudin ni kerje dia menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.Hirudin ni lebih baik dari bahan anti pembekuan lain sbb ianya adalah immunogen yg sangat lemah dan tidak merangsang tindakbalas allergik.Dia juga mengandungi sejenis kimia anestetik yang menyebabkan kita tidak rasa sakit dengan gigitan lintah dan merupakan pengganti terbaik untuk Heparin dalam rawatan thrombotik. Heparin adalah estrak dari khinzir, mahal, memerlukan ko-faktor dan mempunyai kesan sampingan..Satu lg enzim dlm lintah ni adalah Histamin yg berfungsi membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah..Saya up lg 1 enzim iaitu Lipase yg merupakan enzyme pemecah lemak yang membuka laluan saluran darah..N byk lg enzim2 yg bernilai drpd lintah ni yg berfungsi utk membersihkan darah kita yg menjadi punca kepada hampir segala jenis penyakit pd manusia..Nk cter sume payahla..Juz nk u all tau at least basic..So dat u all tau ape beza lintah ni dgn cara2 pembersihan darah yg lain mcm bekam biasa n derma darah..Mmg lintah ni tak cerdik utk bezakan darah kotor n bersih tp di sebalik ciptaan Tuhan tu kita tak tahu apa hikmah dia..Mcm jgk anjing, dia lg cerdik dr kita dalam mengesan bau..Mungkin lintah ni mmg diciptakan mempunyai kelebihan deria yg alert pd sesuatu kerosakan yg terdapat dlm darah kita, mana kita tau sume tu, Dia yg Maha Mengetahui, so tak perlulah dipertikaikan lg.. Petikan dari kisah Nabi Ayub a.s:“..dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s. merasa susah sekiranya hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu bertafakur dan berzikir kepada Allah S.W.T. Kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakur dan berzikir kepadaNya. Lalu Allah menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayub a.s. Maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia..”..Pasal kelebihan lebah kita dh lama tau tp psl lintah ni kt Malaysia kita br nk tau sdgkan org2 eropah n negara2 lain dh lame tau berabad dulu..Pendek kata sume yg Tuhan jdkan tu ada hikmah yg kita tak tau..

    2ndly,psl jangkitan bakteria yg terjd tu, juga ada sbbnya..Kalau nk tau, lintah ni bkn blh gune cmtu jer..Lintah ni dah tentu2 ada bakteria sbb habitatnya adalah dr tempat yg kotor..So nk gune parasit cmtu mstilah kena pd caranya, mcm maggot jgk la..Tak leh main redah jer..Kalau nasib baik tak jd pape takpe tp kalau dah nak jd bkn salah bekam lintah tu tp cara pelaksanaan n penjagaan kebersihan lintah tu yg tak kena..Dalam Islam pun ada tekankan bab ni sbnrnya..Pada abad ke-12, Abd-el-latif al-Baghdadi ada menulis satu kajian ttg penggunaan lintah dalam proses pembersihan darah slps pembedahan.Namun begitu, beliau juga menekankan tentang bahayanya penggunaan lintah yang tidak dibersihkan..So dah terjawab la kan knpe boleh jd bengkak, lebam n lain2 kesan negative slps berbekam menggunakan lintah ni..Btl kate Mawar tu, kalau kite btl ikut kaedah islam ajar InsyaAllah semuanya akan ok..Mmg btul tajuk tu, Hati2 Dgn Rawatan Lintah..Means, sblm nk buat rawatan lintah tu pastikan dulu apa2 yg patut dr segi peralatan yg digunakan,lintah yg digunakan, cara yg digunakan n semua la..Kdg2 mmg pusat2 rawatan lintah ni semua ckp lintah yg digunakan bersih, dh dikuarantin terlebih dahulu, ttp sejauh mana bersih yg dimaksudkan tu? Jgn main percaya jer..Diorg ni dah buat RnD ker yg buktikan lintah dorg tu btl2 dah bebas bakteria?

    3rdly,psl nasihat dr tu agar usah percaya dengan kaedah-kaedah rawatan sebegini bg sy agak kurang bijak krn bermakna dr tu sendiri tak tahu menahu pasal kelebihan rawatan2 alternatif sebegini even dah terbukti berpuluh tahun dahulu..Byk lg doktor2 lain dr luar negara n sebilangan doktor2 di Malaysia ni sendiri yg dh akui rawatan lintah ni..Sbb they all sume dah buat kajian..Bkn depends on apa yg dorg belajar time nak kejar jd doctor jer..N kdg2 ada certain2 penyakit atau kes yg doctor biasa tak boleh rawat..Cth perubatan secara Islam, santau n seumpamanya..Bermakna doctor medic ni bknla menguasai semua ilmu n cara perubatan dlm dunia ni..N kdg2 lebih effectif lg perubatan secara Islam ni even utk penyakit2 yg biasa boleh dirawat oleh doktor2 ni spt rawatan batu karang n lain2..Mereka ni pun manusia biasa jgk..Tak semua yg they all tahu..Ibnu Sina (Avicenna) dalam kitabnya “Canon of Medicine” ada menyebut ttg penggunaan lintah untuk berbekam adalah lebih baik daripada berbekam menggunakan cup..Agak2nyer doctor yg bg nasihat tu dgn doctor n ilmuan Islam ni mane yg lebih u all kenal, tak perlu dipertikaikan akan kebenarannya n lbih org percaya yerk? Dats y ilmu kalau hanya separuh bidang jer tak perlulah kritik atau kalau nak bagi nasihat pun biarlah secara bijaksana dan boleh diterima oleh semua pihak..Sy up lg..ikuti komen seorg doctor..u all bleh pegi kt url ni k.. http://hmachang.moh.gov.my/modules/tinycontent/index.php?id=59

    Berbalik pd persoalan mengapa tiada pihak yang berwajib yg memantu rawatan-rawatan sebegini..Ok, untuk makluman semua, kt Malaysia ni hanya ada 1 company yg pioneer buat benda2 ni..Hirudinaria Therapy..Diorg ni baru lg n still dlm usaha n process mengkomersialkan rawatan lintah ni di Malaysia..Mereka adalah company pertama di Malaysia ni yg memperkenalkan prosedur rawatan lintah secara klinikal dan satu2nya company yg menghasilkan lintah klinikal serta penggunaan biogel dalam logistic lintah ke luar negara..Mereka juga masih lagi dalam usaha nak masukkan rawatan lintah ni di hospital2 di Malaysia n membangunkan industri lintah di Malaysia..RnD n process menyah bakteria pd lintah dah pun selesai dgn ushasama RnD doktor2 di Universiti Malaya..100% lintah bebas bakteria..Teknologi mesin yg direkacipta khas dan telah terbukti dpt menyah bakteria pd lintah ni pun dah mula digunapakai oleh company ni utk merawat pesakit..Semuanya hasil kesedaran dan usahasama dgn doktor2 n professor2 di UM dalam bidang kedoktoran parasitology n engineering n bukannya doctor dalam bidang perubatan shj..Kesedaran utk memantau serta membersihkan all the mess yg terhasil akibat khidmat2 rawatan lintah yg ditawarkan di luar sana yg tiada pengesahan lintah bebas bakteria di mana kemungkinan memberi side effect kpd para pesakit yg menerima rawatan..Lesen dr KKM juga masih sdg diprosess..So u all jgn bimbang dan diharap bersabar cuz semuanya masih dlm process..Makan masa cuz semuanya ada prosedur..Cuma diharap u all dpt sokong usaha2 ke arah itu..Sekarang company ni masih lg membuat promosi n awareness kpd org ramai ttg rawatan lintah, risiko penggunaan lintah non-klinikal, penyakit2 yg boleh dirawat menggunakan terapi lintah n byk lagi info2 pasal kesihatan n perkaitannya dgn terapi lintah yg masih perlu diketahui dan disebarkan kpd org ramai bagi mengembalikan semula zaman penggunaan lintah dalam perubatan suatu ketika dahulu..Perkhidmatan terapi lintah dr rumah ke rumah juga turut disediakan kpd sesiapa yg berminat utk mencuba rawatan..Kalau nak info lanjut pasal terapi lintah ker, rawatan rumah ke rumah ker or apa2 yg berkaitan lintah n terapi lintah ni boleh call 012-3530726-Nadirah..Or lawatilah url company ni..
    http://hirudinariatherapy.blogspot.com/2009_10_01_archive.html
    Sekian,wassalam…

    Reply
  28. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Info : Rawatan Lintah

  29. amy

    sepupu aku ada penyakit apa ntah.dekat belakang tengkuk dia habis jd gatal2,bengkak.dah mcm2 ubat dia letak tp x baik jgk.kebetulan adik aku ada tangkap lintah pastu adik aku letak lintah tu dekat tengkuk sepupu aku.aku rasa lintah tu hisap darah kotor sb [email protected] hari lpas tu gatal2 dkt tengkuk sepupu aku jd kering.lepas guna adik aku bunuh lintah tu sb dia kt takut nnt kuman kna dkt orng lain plak.apa pun aku rs lintah mmg ok

    Reply
  30. siti

    assalammualaikum…

    saya dah gune treatment lintah ni…untuk reduce jerawat + migrain..alhamdulillah it works…

    ok sebenar ye sebelum nk dapatkan treatment lintah..u all have to make sure whether tempat yg korg buat tuh, diorang ‘treatment’ kan dlu ke tak lintah2x itu..sbb lintah nih.. bukan mcm korg amik kt sawah terus boh kat atas muke..sbb lintah tuh sendiri ade bakteria die…so sbb tuh tempt treatment lintah have to bersih2xkan linth itu before boh atas muke korng…

    and onr more thing, u all have to make sure that tempt yg korg buat tuh, derang tak recycle lintah tuh…sbb lintah tuh tak leh di recycle.. 1 org 1 lintah <- baru betul..

    mungkin tempt2x yg bermasalah tuh, adelah tempt yg tidak menjage kebrsihan….aku p kat seksyen 4 bangi..pusat rawatan alternatif..i like u..hahah..

    bekam lintah nih elok…nabi pon galakkan kan..cume kaedah ye kne betul la…buat observation dlu before nk try..jgn maen letak jek..

    wassalam….

    Reply
  31. mustafa

    a’kum,
    buat pengetahuan kepada pembaca, lintah mengandungi berbagai-bagai rahsia yang dapat digunakan dalam dunia perubatan.
    patzzy pun telah menerangkan dengan lebih mendalam mengenai lintah tersebut. kalau di ikutkan cerita orang tua kita dulu dulu, semasa mereka membajak sawah selalunya mereka akan melihat atau membiarkan sahaja lintah menghisap darah mereka sehingga kenyang lalu lintah itu akan jatuh sendiri.
    kesan sampingannya, pada umur mereka mencecah 40 an… penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi susah untuk mereka dapati. itu lah salah satu keajaiban air lintah itu sendiri. mengenai muka bengkak mungkin disebabkan :-
    1) infeksi kuman yang terdapat pada mulut lintah dan kemudian pesakit itu berasa gatal lalu menggarunya dengan kuku. jadi luka gigitan lintah itu akan menyebabkan jangkitan kuman. masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan minyak cap kapak atau minyak panas.
    2) pesakit tidak mengambil zat protein drpd haiwan. selalunya terjadi pada mereka yang selalu makan sayur sahaja. air liur lintah mengandungi zat protein. sekiranya ini berlaku, carilah pil PIRITON di farmasi. fungsi pil ini adalah utk mengembalikan keadaan alahan itu kepada keadaan normal.
    mengenai rawatan traditional ini adalah lebih efektif untuk jangka masa panjang.
    lawatilah laman web
    http://leech.com.my untuk melihat sendiri rawatan lintah itu.
    sekian terima kasih.

    Reply
  32. joel

    nk tanya ni… berkenaan lintah2 yg telah digunakan, berapa lama lintah itu perlu direhatkan sebelum digunakan untuk rawatan semula?

    atau, lintah tersebut perlu di musnahkan terus?

    terima kasih.

    Reply
  33. Amilyn

    Salam
    Saya ingin membetulkan sedikit pandangan penulis.
    saya adalah pernah buat bekam lintah.Saya bukan mudah terpedaya dengan sesuatu.Sebelum saya memulakan sesuatu saya akan membuat kajian terlebih dahulu..Saya sendiri telah memcuba bekam lintah untuk menghilangkan resdung.kesannya memang nampak sgt.Masalah resdung hilang berterusan.Tiada lagi selesema and alahan di waktu pagi.Seblm ini untuk hilangkan resdung,saya telah memcuba pelbagai pil resdung dipasaran malangnya resdung tidak hilang tapi badan semakin kembang.alhamdulilah selepas bekam lintah menggunakan 6 lintah,resdung dh takde and jerawat dh hilang tp kena jaga pemakanan.Kalau makan benda yang gatal memang lah kena balik resdung.

    Sebelum saya membuat rawatan,Saya ada bertanya akak yang membuat bekam lintah itu,lintah2 ini dipelihara bukan dipungut di kawasan2 tertentu.Mereka diajar sehingga mendapat sijil.Bukan main hentam keromo jer.Mereka tidak akan menggunakan lintah yang telah digunakan keatas pelanggan mereka ditakuti akan dijangkiti penyakit.Selalunya dlm seminggu lintah2 yang digunakan akan mati sendiri.

    Masalah bengkak disebabkan apabila perawat menarik lintah tersebut.Sepatutnya lintah itu akan jatuh sendiri,sekiranya ditarik ketika lintah sedang menghisap darah,maka gigi lintah akan tertinggal dan menyebabkan bengkak.

    Bagi saya,doktor itu doktor bengong kot sbb di barat,doktor mereka juga menggunakan lintah untuk menyedut darah kotor.Ada satu kes,telinga dia putus,takblh sambung.So doktor guna lintah untuk sedut semua darah2 kotor and kemudian baru boleh sambung balik telinga itu.
    Dalam islam pun,ada disebut mengenai bekam untuk membuang darah2 kotor dalam badan.

    So,kena percaya,bukan sahaja rawatan moden seperti ubat ubatan sahaja bagus.Lagi bahawa sbb banyak drugs dalam ubat moden yang blh membawa banyak penyakit.

    Rawatan alternatif yang menggunakan bahan2 semulajadi lebih baik..
    so dont judge people by one person only and buat kesimpulan semuanya sama.

    Reply
  34. herry

    salam,
    en shaffik.
    sy adalah salah seorang yang menjalan kan perniagaan rawatan terapi lintah.hampir 2 tahun,,setakat nihh alhamdulillah dah banyak saye dapt tolong insan2 yang bermasalah seperti resdung,migrain,jerawat,gout,darah tinggi,kencing manis dan sebgai nya..dengan izin tuhan,,ramai nye berjaya dapt kesan dan berubhan yang bagus…serta lama2 pulih dari masalah penyakit yang di hidapi…pertama sekali en shaffik perlu tahu apakah kelebihan yang tersembunyi dalam seekor lintah…apakah itu HIRUDIN?baru boleh menjatuh kan martabat rawatan terapi lintah.betapa agung nya hirudin di dalam tubuh lintah itu…adakah en tahu hirudin mampu mengganti kan HEPARIN yg digunakan dalam pembedahan jantung,,,adakah en tahu kandungan HEPARIN?kita terpaksa guna heparin,,tp kalau en tahu kandungan heparin,belum tentu en nak ambil…bg saya lintah memang sesuai diguna untuk merawat…tetapi dengan cara yang betul,,,mengenai kebersihan,kaedah,,dan cara2 yang betul,,ini semua untuk mengelakan perkara di luar jangkaan berlaku…
    memang saye sendiri akui pendapt yang menyatakan lintah sedut darah kotor adalah salah…kerana lintah memberi enzim yg amat bagus untuk tubuh kite.serta melancarkan pengaliran darah kiter yang tersumbat..dan lintah merawat setiap permasalah melalui enzim yang di salurkan….tuhh yg encik kena faham..sedalam2 nya..sebelum menyatakan pendapat,,sila mendalami dahulu sesuatu perkara tuhhh,,en kena kenal ngan lintah dulu,berkawan ngan lintah dahulu…
    dan dalam pengalaman saya,,jarang doktor2 akan sokong perubtan nihhhh,kena faham,,ini adalah satu pesaingan….doktor pun nak jage status dia gak…tetapi selama saye dalam industri nihhh,,ade jugak doktor yang tahu pasal lintah,dan dia sokong,malah ade doktor pun pernah datang buat di tempat saye……so jgn lah menakut2 kan insan2 lain….kiter dalam berusaha memerlukan kedua2 cara,,pertama yang moden,kedua yang tradisional,,kedua2nya saling memerlukan…..
    kena fahami lintah memang sesuai dalam perubatan,,dan dah diguna pakai di secara meluas di jerman…
    so sy rase kena berkawan ngan lintah dulu,,baru boleh bg pendapt…..so yerk,,saye menegakkan kebenaran…fahami dahulu en shaffik…

    Reply
    1. jibam

      setuju… tp pndapat doktor disokong dgn apa yg dituntut dan berdasarkan kajian ilmiah….tp ni perubatan alternatif yg lebih kpada pengalaman dan kesan terus…

      Reply
  35. 2T

    doktor itu ego dan bodoh sombong, dia tak nak mahu rawatan lintah lebih baik daripada rawatan hospital, takut nanti hospital tak laku

    Reply
  36. jibam

    pengalaman bawa mak aku yg ibu jari berlubang krana kenci manis dan bapak aku yg kaki kebas dgn bwah mata nmpak nya elok jer…

    Reply
  37. syaffaa

    salam. seriusly, muka dia bengkak bcus dia kutis bekas lintah tu. faa punya family semua buat except me bcus geli. and, lintah tu kalau sekali makan, smpai gemok and kenyangnd dia akn mkn lg six month later. and abg faa pun bengkak becos dia kutis. tp biaselah, dh buat slh tkkan nk ngaku kat doktor kot. hehe, my akk kena athritis pun nmpknya dh bole hang out. so, pikir sendiri la.

    Reply
  38. liza

    Suami sy hari2 sakit kaki bengkak yg pergi doctor ckp tulang sisih la, pastu g doktor lain xpatah pun.. pastu hospital lain pulak dia ckp lain. Pastu suami pergi buat rawatan bekam darah sampai habis beratus2 ringgit, mmg ada sikit perubahan dr ubat painkiller yg doktor2 favorites bagi.. pastu one day suami gi buat rawatan lintah kat downtown setapak, magic alhamdulillah terus hilang bengkak kaki misteri tu.. kesan pada dia 3 hari mmg drh mengalir sampai tidor tilam bantal bgn mcm kena darah kena bunuh byknya.. gatal toksah citer garuk sampai jd kudis.. ada kesan parut hitam sementa jela 2 bulan.. tp xsemua org elergic mcm suami.. yg penting, Berkesan!! Mmg magic!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.