Aku baru saja selesai menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Memang tidak disangka bahawa Nabil telah di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2008.
Tahun lepas tiada siapa pun kenal Nabil. Dari kerja sebagai Despatch, tetapi rancangan realiti Raja Lawak telah mengubah segalanya. Dari seorang yang tidak di kenali, kini Nabil dinobatkan sebagai Bintang paling Popular. Dia sememangnya patut di menerima Anugerah ini kerana bakat yang diberikan Tuhan untuknknya. Murah rezeki Nabil kan.
Siapa kata lawak tidak boleh popular? Siapa kata lawak tidak boleh buat duit? Siapa kata lawak tidak boleh kemana-mana? Tak salah aku katakan bahawa Lawak juga penyumbang besar dalam industri perfileman tanahair Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Saiful Apek dahulu mengegarkan dunia hiburan tanahair. Mungkin juga lawak sebagai satu cabang kecil dalam dunia seni. Dan tak keberatan juga Lawak kini semakin mendapat perhatian para penonton di Malaysia. Ini sesuatu yang amat baik lagi.
Mungkin selepas ini Nabil akan menjadi rebutan para pengarah dan penerbit filem. Semakin bertambah rezeki untuknya. Apa-apa pun aku sebagai salah seorang peminatnya mengharapkan Nabil akan terus berkarya. Tidak berputus asa. Terus memperbaiki segala kelemahan-kelemahannya di dalam Industri. Dan yang paling penting aku berharap agar Nabil tidak lupa diri. Beringatlah ini juga salah satu dugaan Tuhan kepadanya. Jika ianya tidak dipelihara dengan betul, tidak mustahil ianya akan musnah dengan mudah.
Akhir sekali, Tahniah untuk Nabil atas Anugerah Bintang Popular 2008. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Tuhan hendaknya. Insyallah.












Twitter Updates

Hari tu dapat kereta Nissan Latio. Lepas tu, beli kereta EVO.. ni dapat lagi satu kereta lagi…
Phheeewwww
[Balas Komen]
nabil kalahkan saiful apek tu yg x tahan tu..
[Balas Komen]
cayalah nabil.
memang talented la mamat ni.
lawak natural =D
[Balas Komen]
tak tgok sampai abis semlm….tapi bila dia dah naik 2 kali ( masa ni kak jie lum lena ) dah boleh agak dia akan menang BP 2009
[Balas Komen]
Bagi ucapan pun lawak.. siot je..
[Balas Komen]
hiiii…
btol2..
bg ucapan pon lawak..
nabil da best ever..
“sok seghomban cuti,amik mc”..hihi..
xbole bla..
[Balas Komen]
tapi yg x best nyer dia peluk GF dia kan? ke saya je yg nampak @ ternampak? apa2 pun Nabil mmg best la
[Balas Komen]
Mmg lawak la die ni. Masa nak gi amik anugerah pun, sempat lagi die melawak. Tersedak aku tengah makan nasi goreng kampung masa tu. Tersedak ikan bilis. hihi
[Balas Komen]
me tengok jugerr nabil menang malam tadikks.. tahniah, n somban cuti arini – leh amik mc.. ekeke
[Balas Komen]
popular budak ni yer
[Balas Komen]
rezeki die. dr mat despatch terus kaya raya. semoga die x takbur. aminn
[Balas Komen]
ha’ah..memang tak sangka pun dia boleh menang..
[Balas Komen]
salam sume…caya lar lu abg nabil…sempoi beb!!abg nabil trskn usaha…caiiiyyok2…
[Balas Komen]