Broadband mana nak pakai yer?

By Shaffik on Sunday, April 12, 2009
Filled Under: General

Aku sering dihujani denagn soalan-soalan sebegini. Shaffik, broadband mana yer yang laju? Dari itu wujudlah entri ini. Aku pakai Maxis broadband. So far tidak mengecewakan aku. Aku pun tak pasti adakah sebab rumah aku tinggi yang menyebabkan kurangnya gangguan. Tapi memang tak mengecewakan.

Ada orang cakap Celcom Broadband yang paling bagus. Tapi ada juga yang kata, Celcom broadband teruk. Selalu tak boleh connect. Selalu putus. Ini bukan bermakna Celcom punyer servis tak bagus ataupun Maxis adalah yang terbaik. Hari itu aku telah berbual dengan seorang professional yang berkerja di bahagian Network / Rangkaian komputer. Aku pun bertanyakan hal ini. Mungkin dia boleh memberikan segala keraguan aku mengenai broadband di Malaysia ni. Di dalam perbualan kami, akhirnya aku dapat satu jawapan yang boleh aku kongsikan kepada semua.

Sebenarnya semua broadband di Malaysia ini adalah sama. Sama bagaimana ya? Mereka menggunakan hanya satu talian jalur lebar yang sama iaitu TM. Kenapa ya? Sebab TM adalah satu company sahaja di Malaysia yang menyediakan Internet Backbone untuk seluruh kawasan Malaysia. Jadi semua menggunakan jalan yang sama. Dan TM telah memonopoli jaringan Internet di Malaysia.

Celcom, Maxis, Redtone, P1WIMAX dan lain-lain provider semua itu menyewa satu jalan atau bandwidth tertentu kepada TM. Dan semua menggunakan WIRED Connection atau dengan kata lain kabel bawah tanah. Korang mesti bertanya, ” bukan ker semuanya wireless”. Memang betul, seperti Celcom, Maxis dan P1Wimax itu semua wireless, tetapi wireles connection hanya dari rumah korang kepada pencawang yang terdekat sahaja. Seterusnya mereka akan menggunakan talian internet daripada TM.

Jika range bandwidth yang di gunakan pada pencawang terdekat dengan rumah korang adalah sekitar 50Mbps, dah 100 orang yang subscribe broadband dengan kelajuan 1Mpbs, jadi bahagikanlah 100 orang dengan 50Mbps. Sure tak kan dapat 1Mbps setiap orang. Kalau tak percaya, korang test internet speed semasa korang. Berapa yang dapat?

Aku rasa tak ramai yang akan dapat seperti yang dijanjikan oleh pihak provider masing-masing kan.  Itu belum cerita dalam 100 orang tu, 25% daripadanya melakukan proses download dan upload. Bertambah kuranglah lagi speed internet korang. Inilah sebab utamanya mengapa broadband korang selalu ada masalah. Bukan setakat wireless broadband sahaja, kadang streamyx pun menghadapi masalah yang sama. Sebab itulah diorang tulis dalam iklan, speed adalah Up to 3.6Mbps.  Jadi dieorang tak salah. Kalau speed Internet korang 512kbps, die tak salah, die janji adalah Up to 3.6Mbps.

Ini semua kerana kita semua berkongsi talian Internet dengan pengguna lain. Kalau di perhatikan, biasa pada permulaannya speed internet semuanya laju. Tapi setelah 2/3 bulan mesti ramai yang menghempan mouse masing-masing. Sebab Internet lambat. Pada mulanya tidak ramai yang menggunakan provider yang sama di kawasan korang. Bila dah ramai, latency berlaku dan menyebabkan Internet korang lambat. Betul tak.

Sebab kita tiada pilihan lain. Apapun provider yang kita ambil, semuanya sama. Cuma aku sarankan kalau korang rasa Internet korang terlalu lambat, cepat-cepat buat report. Report dan report. Supaya pihak provider boleh melakukan sesuatu.  Ini adalah permerhatian aku untuk broadband di Malaysia. Ia juga di ambil daripada pandangan dari pihak-pihak yang boleh dipercayai. Jika ada pihak provider yang mungkin membaca entri ini, sila berikan ulasan anda jika saya tersilap. Apa-apa pun Internet Malaysia sekarang lebih baik daripada 4 atau 5 tahun dahulu. Cuma janganlah berjanji beria-ia semata-mata mendapatkan pelanggan tetapi servis di tahap yang kurang memuaskan.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Takder Broadband, GPRS Pun Jadi Laa..
  • Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka
  • Pengkritik Juga Satu Kerjaya.
  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • Kilang aku juga tidak terlepas.
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

Tags: , , , , , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

29 Responses to “Broadband mana nak pakai yer?”

  1. KNizam Says:

    semua teruk. haha

    [Balas Komen]

  2. spatt Says:

    dengan selamba aku mengiyakan komen bro knizam…wahahaha

    [Balas Komen]

  3. alone Says:

    aku guna streamyx di rumah. boleh la tahan.

    btw, aku setuju dengan Spatt bersama2 mengiyakan apa yang KNizam katakan. haha.

    [Balas Komen]

  4. Shaffik Says:

    Saya jugak sependapat dgn bro Nizam pasal isu ni…hehehehehe..

    [Balas Komen]

  5. Mohd Hafizd Says:

    ooooo..br tahu..thnks for the info..might use it in my blog too in some other time..

    [Balas Komen]

  6. Adry Says:

    takda yang bagus… semua ada masalah…

    [Balas Komen]

  7. rohaizad Says:

    Ini macam komen lepas geram jer bunyinya…hahahahah. Aku ni sampai skang tak tau nak pakai broadband apa… lepas ko buat entri ni, lagilah aku confuse tahap dewa!

    [Balas Komen]

  8. twenty-six Says:

    time isp down memang ler teruk dan aku mencarut secara tak terhingga..

    time line tengah sedap aku diam jer (benda ini berlaku amatlah jarang-jarang) hehehe..

    btw bro, entry boleh bikin font kaler hitam ke or gelap sket? kelabu mata gua mo bacanya hehe

    [Balas Komen]

  9. JBGirl Says:

    same je sume lembap..tapi kalo nak login ym messenger mmg hampeh..certain time je ok..dpt..tp kebanyakan nye failed to sign in…

    [Balas Komen]

  10. Fatin Pauzi Says:

    Bagi aku depends on tempat. Macam ko cakap la, ade tmpt ok celcom, ade tmpt ok maxis. Mcm tmpt aku skrg, aku pakai maxis teruk gile. tp pakai celcom ok. Dulu, sebelum pndah umah skrg, maxis sgt ok. So, depends on tempat. :P

    [Balas Komen]

  11. eZad Says:

    td singgah jap pc fair, jenguk2 gak streamyx dan P1 Wimax, P1 wimax ada wat offer yg 10mbps tuh tp rm149 sebulan..aduh2 berbaloi tak rasa?

    [Balas Komen]

  12. ain Says:

    ooo baru tau nape org slalu komplen lmbt. tapi stakat ne x de masalah tp kengkawan slalu komplen TM lmbat guna maxis ke celcom ke bleh cepat… hahaha dia org pn x tau maxis @ celcom pun guna internet backbone TM

    [Balas Komen]

  13. en_me Says:

    me pakai digi gprs jakks.. terhegeh2 macam kura-kura.. ehehe

    [Balas Komen]

  14. hazman aka species1980 Says:

    Tahap broadband di malaysia masih perlu diperbaiki…

    [Balas Komen]

  15. hady Says:

    aku pun setuju sangat dengan KNizam.. aku rasa hampir semua pengusaha mementingkan kuatiti dari kualiti

    [Balas Komen]

  16. fadil Says:

    Guna TM kot. Sebab yang lain gune laluan TM tut. Memang betul bro tapi kalau nak dapat fast connection kenalah surf waktu bukan ‘puncak niaga’. ops sori waktu di luar waktu puncak contohnyer pagi-pagi ke mesti laju punyer. Cuba try test!

    [Balas Komen]

  17. Shaffik Says:

    Hady : semuanya penting kuantiti. Kualiti hancur.

    Fadil : kalau dulu belajar, boleh laa stay lame2..skang dah kerja ni…tak larat dah..

    [Balas Komen]

  18. Richie Says:

    kalau ada wimax guna wimax.. celcom laju n byk ocverage..tapi takbleh lawan wimax n dia punya ip tak dynamic

    [Balas Komen]

  19. j_hafiz Says:

    nice article.. leh la f2d kt makcik sy d kg. confuse gak nk memilih tu,,,

    [Balas Komen]

  20. asbesstos Says:

    hurm..nice entry sedang aku sibuk men’survey’ broadband2..aku kat rumah guna streamyx and mmg laju untuk segala..but since aku dah start wat praktikal kat KL ni..aku menyewa tuk beberapa bulan..so..terpaksa la aku pilih broadband gak tuk menyambungkan diri ke dunia tenet nih..dalam kata lain..aku terpaksa memilih broadband jugak..xkan nak pasang streamyx tuk beberapa bulan je aku kat sini ye x..neway..tq a lot

    [Balas Komen]

  21. pcuserz Says:

    sebelum decide better pinjam kawan2 punye dulu.
    try kat rumah mcmn.
    takde la keciwa lepas da subscribe nnt.
    so far Celcom BB kt tmpt aku ok lagi. (tak ramai pakai kot)
    aku pakai pakej HSDPA up to 3.5Mbps.
    speedtest result
    average: Upload = 1.5Mbps, Dload = 0.1Mbps
    kadang2 sampai gak Upload = 3Mbps

    [Balas Komen]

  22. alantanblog Says:

    Macam mana nak capai Negara maju kalau broadband masih lagi SnailMyx

    [Balas Komen]

  23. alfie Says:

    hmm….korang boleh tunggu IPv6 yang nak dikeluarkan oleh TM sebab apa yang aku tau IPv6 ni,satu ISP ader lebih 400 IP address dan buat maser ni yang dok pakai teknologi nie cuma wimax jer kalau tak silap aku….

    [Balas Komen]

  24. ngokngek Says:

    ngok laa korg..
    sume broadband kt msia ni berulangblakangkan TM laa..
    korg salahkn TM laa apsal broadband tak laju..
    die tanak upgrade..
    tp dgr cite nak upgrade..
    tp xtau la btol ke x…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul tu bro, Semua bertulang belakangkan TM. Tapi dalam budget 2010 ada mengatakan nak menaik taraf Broadband di Malaysia. Bagus laa. Harap kita semua dapat merasainya tahun hadapan.

    [Balas Komen]

  25. nakatsu_mizuki Says:

    CELCOM BERUKBANNED NEH perlu larh upgrade ikot tahap selaras degan kemajuan negara kini!!!!!!!!!! baru neh aku dengar berita yang skmm badan penyelaras internet yang ada kat malaysia ni kata, yang dorng akan mempertimbangkan kadar penurunan bayaran internet yang ada kerana pengguna membayar terlalu mahal tapi internet yang dapat tak seberapa!!!!!!! kalau rm10 sebulan ok gark!!!!!!!! hahahaha

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Haa ini yang aku setuju. Bagus jugak turunkan harga..sebab tak berbaloi dengan apa yang kita dapat.

    [Balas Komen]

  26. nakatsu_mizuki Says:

    awt line dyea terok sangat…. hu3 line 3G pun pasang x abiz,,,, lepas neh pakat2 pkai branded ciputband plak,, he2 mna kot laju sebab pkai berokband dyea xmau laju.. keh2

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ciputband eh…hehehheheh…sabar2..inilah lumrah internet di Malaysia…

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :