Dulu Nak Jadi Askar…

By | April 1, 2009

Korang mesti ingat masa kecik-kecik dulu, biasanya kat sekolah rendah laa. Cikgu pernah tanya korang, apa cita-cita awak bila dah besar nanti? Aku dengan lantang menjawab, “saya nak jadi askar cikgu”. Cikgu aku puntanya balik, “Kenapa awak nak jadi askar?”. Aku jawab dengan confidentnya, sebab askar boleh pegang senapang. hahahahaha..teringat masa kecik dulu.

Ada seorang kawan aku, namanya tak boleh sebut nanti die marah pulak. Cikgu tanyer ” Awak pulak nak jadi aper besar nanti?. Dia jawab “saya nak kerja kat Parkson” ..masa tu Parkson memang popular tempat aku..hehehehe..Bila ingat-ingat balik memang kelakar. Kecik-kecik dulu memang tak terdedah dengan kerja-kerja yang ada kelas, cerita di televisyen pun tak banyak memaparkan kerjaya-kerjaya yang eksklusif, jadi masing-masing menjawab apa yang terfikir laa.

Bila dah besar sikit, barulah tanam cita-cita nak jadi arkitek. Cewahh, ada kelas sikit. Aku suka tengok orang-orang buat bangunan ni. Tapi tak kesampaian. Lepas SPM aku pun tak tahu nak belajar kat mane. Pada mulanya nak belajar di YPJ jer. Takper laa janji belajar. Tup-tup dapat tawaran Politeknik JB.

Ambik course IT. Sepatah haram pun tak tau pasal IT. Dari situlah wujudnya minat dengan IT.  Ingat lagi, aku diperkenalkan dengan . Memang tak pernah sentuh komputer, di suruh belajar komputer pulak tu. Memang menahu jer laa. Alhamdullilah segala berjalan lancar. Sampailah aku dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Lebih mencabar. Banyak lagi ilmu berkenaan dengan IT aku pelajari. Sumber utama aku bukanlah perpustakaan, Tapi segalanya di Google. heheheh. Boleh di kira satu semester aku menjejakkan kaki di perpustakaan. hehehehe. Maklumlah zaman-zaman kau belajar tu, Internet pun masih baru. Jadi segalanya di internet. Sampaikan assignment yang diberikan pun, aku mencari sumbernya di Internet.

Alhamdullilah, sekarang aku dah jadi pun Orang IT. Sejak aku memulakan kerjaya di bidang IT, semua kerja aku berkaitan denagn IT. Sampai lah sekarang. Erm…cita-cita masa kecil ingin menjadi ASKAR, sekarang jadi orang IT. Jauh panggang dari api kan..hehehehhe. Apa-apa pun ini semua rezeki dan ketentuan Tuhan kan. Segalanya atas ketentuanya.

10 thoughts on “Dulu Nak Jadi Askar…

  1. Fatin Pauzi

    Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu. Sekarang, da tak pikir nak amik profession yang klas2 tu. huhu. rasa cam nak jadi full time internet marketer je. huhu. walaupun, sekarang ni aku belajar dalam bidang mechanical engineering. 😀

    Reply
  2. alone

    haha. masa aku darjah 2 dulu, cikgu suruh tulis apa cita2 aku.

    1 – doktor
    2 – polis
    3 – bomba

    apa yg aku belajar sekarang? – urban planning

    ni pun xtau nak keja apa.

    hidup memang camni, beb =D

    Reply
  3. kakeru

    Ada gak mcm nih. Time tgh ok, bila mak tanya nak jadi apa..saya jawab nak jadi cekgu. Tapi, silap hari bulan boleh kata nak jadi askar…sebab mak tanya time tgh takder mood atau time tgh marah..hoho..

    Cita2 akan berubah depands on mood, ade ke patut…berubah sampai 360 degree betul… haha..

    Reply
  4. twenty-six

    bertuah kalau ada internet di Universiti.aku kat itm dulu-dulu sengsara juga.buku perpustakaan jadi mangsa kami pinjam berulang-ulang sampai satu semester.Rotate pun sesama puak sahaja haha.

    Reply
  5. Kujie

    zaman kak jie kecik2…..sgtlah teruja tengok askar
    kalau konvoi trak askar….dok tepi jalan..ramai2

    jerit ‘ peace………” dgn icon tangan V

    Reply
  6. Vios

    Aku pulak masa cikgu aku tanye cita-cita aku nak jadi ape bile besar nanti..aku dengan penuh confident jawab nak jadi DATIN..hahahaha..amik kau..cikgu aku dah tak tau nak cakap ape dah..satu kelas bantai gelakkan aku..ada aku kesah?? hahahhaha…but now i work as tutor insyaallah tahun depan dijangka akan wat phd utk jadi lecturer…mane la bayang Dato aku..muahahahhaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.