Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan

By | March 24, 2009

Segala bermula sejak sebulan yang lalu. Aku dan Isteri telah berpakat untuk mencari sebuah rumah. Rumah sendiri untuk kami sekeluarga. Sebab aku merasakan alangkah ruginya jika tidak membeli rumah pada usia muda ni. Kami pun mulakan mencari rumah yang sesuai dengan pendapatan bulanan kami dan juga keselesaan kami. Hampir semua taman-taman di sekitar Johor Bahru kami pergi. Setiap hujung minggu kami kami buat pemantauan.

Setiap pemaju menawarkan macam-macam potogan harga. Ada yang memberikan rebet, ada berikan diskaun, ada yang mengatakan loan 100% dan macam-macam lagi. Setelah short listed, akhirnya kami memilih untuk membuat pelaburan di Bukit Tiram. Agak jauh sikit dari tempat kerja, tetapi harga dan keselesaan untuk kami sekeluarga berbaloi. Sesuai dengan pendapatan semasa kami.

Kenapa kami sibuk sangat mencari rumah sendiri yer? Pertamanya kami ingin merasa untuk duduk di rumah sendiri. Kami ingin mencorak rumah kami sendiri. Kami tidak mahu membazir membayar sewa yang sudah tentu rumah itu bukan kami yang punya. Lagi satu, rumah adalah aset yang bernilai. 10 atau 20 tahun akan datang Insyallah nilai akan berlipat kali ganda. Tidak sama dengan beli kereta, 2 3 tahun akan datang nilai kereta akan susut. Sebab itu kami berkeras untuk memiliki rumah kami sendiri. Tak apa laa, walaupun kenderaan kami tidak mahal, tapi sekurang-kurangnya kami sudah melabur pada satu aset yang akan mempunyai tinggi nilainya satu hari nanti.

2 minggu lepas kami buat booking dengan pemaju sebanyak RM500. Aku cakap dengan Isteri, kalau loan rumah ini lepas, ia rezeki kita dan AKif. Kalau tak lepas kita cuba tahun hadapan. Seminggu selepas itu peguam dari pihak pemaju memanggil aku untuk tandatangan surat SPA. Tapi loan aku masuk tak tahu lagi status nya. 2 hari selepas itu, Pihak Bank menelefon aku dan mengatakan loan rumah aku dah pun lulus. Dia mintak aku dan isteri datang Bank untuk menandatangai offer letter dari bank.

Tapi percaya tak, selepas aku membuat booking kepada pihak pemaju tu, aku tak memikirkan yang aku dah nak beli rumah. Senang cakap aku tak ambil port la. Aku tak ambil tahu langsung pasal lawyer, pihak bank yang memberikan aku loan dan juga pihak pemaju. Segalanya bagaikan mimipi. Sekelip mata sahaja, aku dah ada rumah aku sendiri. Huhuhu..

Sebenarnya inilah azam aku tahun ini. Pada awal tahun, aku berazam supaya ingin memiliki sebuah rumah sendiri. Tidak terlalu besar sekadar cukup selesa untuk kami sekeluarga. Tuhan makbulkan doa dan impian aku. Alhamdullilah, syukur kepadaNYA. Orang kata ini semua rezeki anak aku. Bukan untuk aku seorang sahaja. Untuk kami sekeluarga. Jadi bila kerak dah besar, aku perlu lagi kerja kuat untuk semua ini. Harap semangat aku pada kerja dan blogging tak akan luntur. Insyallah.

22 thoughts on “Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan

  1. azizwan(dot)com

    tahniah krn bro telah membuat keputusan yg sangat bijak dan selamat berumahtangga baru. nanti boleh la aku numpang smalam dua. hehehe :p

    Reply
  2. Mohd Hafizd

    Tahniah!!!..nk mintak pendapat…

    sy masih single dan skrng menyewa di KL..

    so, perlu kah aku beli rumah skng or tunggu selpas kahwin??? poning gak pkir neh..

    Reply
  3. Kujie

    Alhamdulillah…bagus kalau beli rumah muda2

    kalau beli masa bujang pun elok..kat selangor bujang pun boleh beli rumah …dulu ada satu projek perumahan..kami 4 beradik beli…3 bujang lagi masa tu.

    Reply
  4. menteil

    erm.. aku pon ada memasang impian nak membeli rumah waktu muda nie..
    tak pening kepala bila dah berumur nanti..

    Reply
  5. firdauz

    Yerp. rumah ni merupakan aset yang tak susutnilai. Berbaloi utk memiliki rumah (lebih-lebih lagi atas tanah sendiri). Saban tahun harga tanah naik oOo.

    🙂 Taniah saudara. Tak kisah la besar maner umah tu asalkan dpt dijadikan sbg tempat berteduh dr hujan dan panas.

    Reply
  6. nuaeman

    Elok beli awal-awal sebelum kahwin.. andaikata lepas kahwin nak duduk rumah lebih besar.. boleh sewakan atau jual balik dengan nilaian semasa rumah tu.. tak rugi beli rumah weh..! Ramai orang muda lebih kepada nak beli kereta tetapi kene ingat rege kereta makin lama makin susut berbanding dengan rege rumah.. apapun sekiranya kereta tu jadi satu keperluan utk mudahkan bawa mak/abah atau keluarga kemana-mana tanpa susahkan orang lain.. eloklah kalau nak belipun.. aku bercakap berdasarkan pengalaman jee…

    Reply
  7. eZad

    Beli ler skrg pada yg belum beli, walaupun aku belum kawin tp aku dah beli rumah..tp bergantung gak pada keutamaan, aku beli rumah kecik jek.

    Reply
  8. haritz

    Dah termakbul, alhamdulliah. Jgn lupa kat Dia nanti kalau Dia lupak kat kita lagi payah. Tahniah untuk rumah baru ye..

    Reply
  9. Shaffik Post author

    Titan : Thanks. Ya memang betul..sepatutnya dari dulu lagi dah buat…

    Azizwan : Insyallah takder hal …

    MOhd Hafitz : Kalau ader duit lebih, beli rumah lagi bagus. Pelaburan tu..nanti dah kawin pun senang. Wife tinggal cuci kaki jer…

    Kujie : itu laa kalau bujang dah beli rumah lagi bagus..

    Menteil : Plan laa baik2 bro..insyallah..memang lagi bagus beli muda2 ni.

    Firdauz : Betul. asal selesa dan tempat berteduh kami sekeluarga ckp laa..

    Nuaeman : Penerangan yang cukup jelas..sepatutnya aku buat macam tu dulu..namun masih belum terlambat.

    Ezad : Kecik tu takder hal. Janji dah ader satu aset..tak punah2 duit kita..,

    Haritz : Thanks untuk peringatan.

    Reply
  10. Shaffik

    Alone : Insyallah

    KampungBoy : Betul tu, Sementara masih mampu..kita beli dulu

    Azwan : Rumah dah siap, CF dalam bulan 5 ni..

    Reply
  11. Fatin Pauzi

    Semua tu kerja Dia. Dia dah cakap, kalau bertaqwa dengan Dia, Dia akan berikan rezeki yang kita sendiri tak sangka. Congrats! 🙂

    Reply
  12. Akmal

    Tahniah……aku pun ingin beli rumah jgak…satu pelaburan masa depan yg amat bagus…tp x cukup duit lg….huhuhu

    Reply
  13. j_hafiz

    owh..i really dun have idea bout this..perjalanan msh jauh.msih ada 1 thun lg utk tamatkan ijazah.kahwin lg 4,5 tahun inchaAllah. rumah? depend on my future life soon.kene pertimbangkan jgk dgn tempat kerja,isteri,mak mentua,dan yang paling penting,mak sendiri.ssh jgk jd ank sulong lelaki nih… tahniah ye encik shaffik,slmt berumah aru dengan keluarga 😀

    Reply
  14. Richie

    cun bro cun.. nanti aku pun nak ada sbuah rumah mcm kau.. hehe.. skang bujang lagi.. takat menyewa je dgn budakk2 ni

    Reply
  15. Ain

    tahniah dh beli rmah dan sume urusan selesai. bile rumah siap? nnt bleh le sggah rumah shaffik.
    pelaburan beli rumah ne bagus sbb harga hartanah akan naik. rmah akak ne pun diam x diam dah 5 tahun. baru cek ngan bank harge dah naik. nasib awal2 dah beli.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.