HENTIKAN Cerita Buang Kerja

By | March 20, 2009

Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, pelbagai cerita yang kita sudah dengar. Banyak cerita yang dahulunya menggembirakan sekarang tidak lagi. Bila keadaan ekonomi macam ni cerita yang selalu kita dengar adalah pembuangan kerja. Aku pernah menceritakan bagaimana keadaan member baik aku yang dibuang kerja.

Selepas segelintir pekerja kilang aku yang di buang kerja, banyak cerita-cerita yang kurang menarik terdengar di telinga aku. Ada yang menyatakan dia dibuang kerja sebab ada kes, ada yang mengatakan kes dendam dari pihak pengurusan, ada yang mengatakan dia tidak produktif dan macam-macam andaian yang terkeluar dari rakan-rakan sekerja yang lain.

Ini menjadikan semua pekerja rasa tidak selesa dengan pihak pengurusan. Ada juga yang mengandaikan siapa yang akan dibuang kerja selepas ini. Ada juga yang mengandaikan diri mereka sendiri adalah orang yang akan dibuang selepas ini.


Aku mendengar dan memberikan pendapat mana yang patut. Bagi aku apa yang perlu sekarang adalah meneruskan kerja dan tanggungjawab seperti biasa. Kerja dengan ikhlas dan tingkatkan diri supaya menyakinkan pihak pengurusan bahawa kita adalah penting bagi mereka.

Paling penting waktu ini adalah HENTIKAN bercerita tentang buang kerja. Jangan cerita lagi pasal mengapa dan kenapa seseorang itu dibuang kerja. Jangan menambahkan cerita-cerita yang tidak betul sehingga menakutkan rakan-rakan lain. Pada aku lagi banyak cerita tentang pembuangan kerja, kita akan rasa lebih takut dan tidak selesa untuk bekerja.

Teruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa. Tak perlu mulakan cerita-cerita yang berkaitan dengan buang kerja. Atau bercerita syarikat-syarikat di luar yang melakukan pembuangan kerja. Jangan sibuk mengutuk tentang kerja orang lain. Jaga kerja dan tanggungjawab kita. Jika kita tidak bercerita, maka perasaan takut itu akan luntur. Semua akan menjadi seperti biasa.

Banyak lagi cerita yang boleh dibualkan dengan rakan sekerja. Tak perlu mengosip atau mereka-mereka Hot Story yang boleh melalaikan tugas di tempat kerja. Itu adalah lebih baik dan tepat sekali. Bukan untuk siapa, untuk diri kita juga. Jadi renung-renungkan lah..

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com

Terbaik Dari Shaffik.com

13 thoughts on “HENTIKAN Cerita Buang Kerja

  1. catzer

    Erm isu kena buang keje depa suka ckp sbb time2 ni pembuangan pekerja mmg meningkat..tp yg pelik org yg tak keje, takde keje, sibuk nak bekerja, dah mmg tak suke keje, mengular masa keje yg suke buat cerita ni..org yg dpt VSS, kena buang keje depa dok sibuk cari keje lain takpun meniaga.

    Reply
  2. pakdi

    kalau pasal gosip di tempat kerja, no komen.

    tapi dalam keadaan macam ni, mmg bisnes takde banyak pilihan…

    Reply
  3. haritz

    Aku adalah mangsa pembuangan kerja, jadi aku takmau cerita lebih nanti kau feel down. Ceria dan enjoyed your work. Aku pernah cerita diblog aku.

    Reply
  4. Richie

    majalah im ada dapat email dari sorang engineer.. gaji rm4ribu.. kena notis 24 jam berhenti kerja.. terus nak apply kerja dgan majalah im..

    Reply
  5. budeen

    office politik.. memang lumrah dalam alam pekerjaan.. cakaplah macam mana sekalipun ianya akan tetap wujud utk survival sesetengah pihak..

    Reply
  6. samdaddycool

    … Nasib baik aku keje sendiri… dah tak gentar isu buang kerja…. sapa-sapa yang masih lagi makan gaji, cepat-cepatlah buat part time ebiz…. mana tau masyuk, boleh berhenti kerja?

    Reply

Leave a Reply to pakdi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.